Category Archives: kisah anakku

Ombiyol!

‘Ombiyol!’ jerit anakku Widad, 3 tahun, sambil mengangkat tangan seperti mahu terbang. Aku terpaku. Berhenti seketika dari bermain dengan anak-anak yang lain. ‘Apa Widad? Ombiyol?’ tanyaku cuba memahami. Dia tersenyum, menunjukkan kedua-dua lesung pipit di pipinya. ‘Ombiyol tu apa Widad?’ … Continue reading

Posted in kisah anakku | Tagged , , | 1 Comment

Belajar mengerti penderitaan orang lain

Berbuka puasa Allahu Akbar, Allahu Akbar. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. Aku, isteri dan anak-anak terus mencapai kurma buat berbuka puasa. Anakku Widad, 4 tahun turut serta berbuka walaupun dia tidak berpuasa. Segalanya ingin dicapai, ayam, … Continue reading

Posted in kisah anakku | Tagged , | Leave a comment

Abah.. api.. api..

‘Abah! Akit..akit..’ tiba-tiba anakku Ilham, 2 tahun mengadu seraya menunjukkan jarinya yang kebiru-biruan. Aku terkejut. ‘Sakit? Tengok?’ jawabku lembut sambil memegang jarinya. Kepalanya kuusap perlahan. ‘Laa.. kena apa ni?’ tanyaku lanjut. ‘Api..api.. akit..’ gumamnya perlahan. ‘Api? Ilham main api ke?’ … Continue reading

Posted in kisah anakku | Tagged | Leave a comment

miaw.. miaw

‘Abah! Abah! Cini..tu..tu..miaw..miaw..’ anakku Ilham, 2 tahun menunjuk berkali-kali ke arah pagar rumah. ‘Apa Ilham? Miaw.. miaw’ layanku lembut. Mataku melilau mencari kelibat miaw miaw. ‘Tak adapun? Mana ada miaw miaw’ jawabku ringkas. Puas aku mencari, namun tidak nampak pun … Continue reading

Posted in kisah anakku | Tagged | Leave a comment