Penggunaan Strategi Belajar Bersama-Sama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)/The Use of Peer Learning Strategy among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Alhamdulillah, artikel ini terbit pada Mei 2013, namun untuk edisi jurnal tahun 2012. Terima kasih kepada penerbit kerana berjaya menerbitkan edisi jurnal pada kali ini.

Abstrak

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sendiri.

Kata kunci: strategi belajar bersama-sama rakan, pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, strategi pembelajaran kendiri, MSLQ
 

Abstract

The Arabic course at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia is an elective offered to first degree students. This study is aimed to investigate the use of peer learning strategy among students in learning oral Arabic at UiTM. It is a mixed method of quantitative and qualitative study using a questionnaire adapted from The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) and interviews. The quantitative data were collected from 445 samples using the stratified random sampling technique. Meanwhile, the qualitative data were collected by conducting 13 interview sessions with students. Overall, the study found that the use of this strategy among students was high. Further investigations on subcomponents of this strategy found that it was highly used in grouping activities. However, the level of students’ readiness to provide explanations and to spend their time to discuss the course subjects during group discussions was moderate. This study suggested some improvements in learning oral Arabic in UiTM such as using peer assistants which could be officially selected among students themselves in learning oral Arabic.

Keywords:  peer learning strategy, oral Arabic learning, self-regulated learning, MSLQ

Click here for full paper

This entry was posted in artikel jurnal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s