Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu

Pada 29 Mei 2012, saya dan keluarga berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang dewasa dan 9 orang kanak-kanak. Kami menyewa sebuah bot dengan harga RM600 dari pukul 830 pagi sehingga 500 petang. Bot ini dikemudikan oleh dua orang anak muda yang mesra lengkap dengan kelengkapan snorkeling dan jaket keselamatan.

Dalam bot fibre

Perjalanan bermula dari Jeti Chendering yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari pusat Bandararaya Kuala Terengganu. Setiba di jeti, kami memunggah segala barang ke bot fibre berkuasa dua enjin. Aktiviti pertama kami adalah snorkeling. Kami dibawa ke sebelah kiri pulau jika dilihat dari tanah besar. Menurut pengemudi kapal, terdapat dua tempat yang biasa menjadi sasaran para peminat snorkeling di sini iaitu di tempat kami berada ini dan juga di sebelah Pulau Gemia. Pulau Gemia merupakan sebuah pulau kecil bersebelahan dengan Pulau Kapas. Namun, tempat kedua itu kurang sesuai sekiranya terdapat peserta kanak-kanak kerana arusnya yang deras.

Pulau Gemia bersebelahan dengan Pulau Kapas

Kami menyarung jaket keselamatan dan bersiap dengan peralatan snorkeling. Air laut sungguh bersih dan jernih. Kami cuba menarik perhatian ikan dengan umpan roti. Kelibat ikan kelihatan berkerumun apabila roti di tabur di atas muka air.

Tanpa berlengah, kesemua kami terjun ke dalam laut termasuklah anak-anak kecil. Saya agak terkejut kerana tiada riak bimbang dan takut kelihatan pada wajah anak-anak sedangkan kedalaman laut itu saya kira tidak kurang daripada 15 meter.

Banyak hidupan laut dapat diperhatikan. Iyad agak ketakutan apabila melihat kelibat beberapa ekor landak laut di dasar laut. Landak laut agak merbahaya kerana durinya yang lembut mudah terkena kaki serta sukar untuk dicabut keluar. Landak laut kelihatan berwarna hitam pekat dan kelihatan seperti alien di dasar laut.

Kami bersnorkeling di tengah-tengah laut dan cuba berenang sehingga ke pantai. Pengemudi bot mengingatkan kami tentang bahaya landak laut apabila menghampiri pantai. Ini kerana apabila kaki sudah boleh menjejak tanah, maka kemungkinan kaki untuk terpijak landak laut adalah tinggi. Kami juga harus berhati-hati dengan jelly fish (obor-obor). Kami dimaklumkan, obor-obor yang berwarna sedikit oren agak merbahaya kerana gatal manakala yang jernih pula tidak merbahaya.

Obor-obor

Setelah sampai ke pantai kami sekali lagi berenang ke bot yang berada di tengah laut. Huh.. penat juga rasanya. Nasib baik cuaca pada hari itu agak mendung. Anak muda pengemudi kapal menyelam ke dasar laut dan membawa keluar seekor ikan nemo (clown fish). Kecil sungguh fizikalnya. Air di dalam bekas yang mengandunginya perlu ditukar selalu bagi menjamin oksigen yang mencukupi. Apa yang menarik, ketika hendak beredar dari situ, ikan nemo itu perlu dipulangkan semula di tempat ia diambil. Sekiranya ia dilepaskan begitu sahaja di dalam laut, ia akan tersesat dan akan dimakan oleh ikan yang lain. Ikan nemo ini secara semulajadinya tidak akan keluar dari tempat ia tinggal.

Anak muda itu juga menunjukkan kepada kami gamat emas. Besar juga fizikalnya. Pada mula-mula dibawa keluar daripada air, badannya agak keras. Namun, apabila sudah berada di luar, ia mula menjadi lembik dan memanjang.

Gamat Emas

Ada juga spesis gamat yang lain seperti gamat ‘tahi keling’ (opps sorry, kedengaran agak offensif. Namun, begitulah gamat ini dikenali di kalangan nelayan di sini!). Gamat ini agak kecil dan berwarna hitam.

Gamat hitam

Selesai bersnorkeling, kami berlepas ke pantai Pulau Kapas yang terletak bersetentangan dengan Tanah Besar. Disebabkan kedudukannya yang terlindung itu, maka pantainya adalah landai serta sesuai untuk bermandi manda. Kami menyewa satu chalet dengan harga RM80 buat ummi berehat. Anak-anak terus meluru ke arah pantai. Tak mahu naik kecuali masa makan. Nasib baik cuaca mendung. Kami menyewa dua kenu dengan harga RM15 setiap satu untuk satu jam. Pada mulanya, seorang dewasa membawa dua orang kanak-kanak berkenu. Namun, lama kelamaan, budak-budak ni pula yang berkenu sendiri. Tapi tidaklah terlalu jauh daripada pantai. Semua wajib memakai jaket keselamatan. Kami dimaklumkan bahawa nama Pulau Kapas diambil sempena keputihan pantainya yang kelihatan seperti kapas dari tanah besar..

Pantai Pulau Kapas

Kami makan tengahari dengan hidangan nasi dagang yang dibawa sendiri. Di sini juga sebenarnya ada juga menyediakan hidangan tetapi harganya agak lebih tinggi daripada tanah besar.

Kami pulang pada jam 500 petang dengan perasaan puas. Anak-anak sudah kehitaman terbakar walaupun sudah disapu dengan krim anti sunburn….

Maha Suci Allah Yang Menjadikan Segala Keindahan ini.. kepadaMu segala Puji dan Syukur…

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu

  1. Suria Sulaiman says:

    Aslmlkm

    Saudara ada no telefon pengendali bot.
    Saya ingin menyewa spt saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s