Kembara Ke Bumi Di Bawah Bayu

Lokasi: Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau

Tarikh: 30 November-5 Disember 2011

30 November

Menaiki pesawat AirAsia seawal jam 8 pagi. Bermakna, kami perlu membangunkan anak-anak seawal jam 4.30 pagi. Terus bersiap-siap dan bergerak dari rumah jam 5.30 pagi. Sembahyang subuh di LCCT. Anak-anak kelihatan bersemangat walaupun mata mereka sedikit layu kerana mengantuk.

Semua berjalan lancar. Sampai di Terminal 2, airport Kota Kinabalu jam 10.30 pagi. Menaiki Limousin Innova ke Hotel Tabung Haji. Sewa dalam RM35. Kadar sewa di sini mengikut trip dan bukannya jarak. Pelik juga tu. Sementelah jarak Hotel Tabung Haji dari airport pula hanyalah dalam 3 km sahaja !

Berehat sekejap kerana anak-anak sudah mengantuk. Makan tengahari di kompleks Tabung Haji. Sebelah petangnya, pergi ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati suasana matahari terbenam.

Sunset di Pantai Tanjung Aru

Makan malam sambil menghirup udara malam di tepi pantai Tanjung Aru. Pulang ke  hotel jam 9 malam.

1 Disember

Menerima kunjungan Ustaz Ahmad Parakasi, teman seperkuliahan di University of Jordan, 15 tahun yang lalu. Beliau tiba dari Lahad Datu semata-mata mahu menemani kami dalam percutian kali ini!.

Mengemas bilik untuk check out. Bilik di Hotel Tabung Haji ini agak luas dan harganya sangat berpatutan. Hanya RM90 untuk dua katil single. Bertolak ke Kundasang menaiki Avanza. Ustaz Ahmad memandu dengan tenang.

Cuaca sangat berkabus ketika kami sampai. Tidak kelihatan Gunung Kinabalu. Makan tengahari di Kundasang. Terus ke Kinabalu Park. Bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Suasana nyaman dan berkabus. Hujan turun renyai-renyai. Terus ke Botanical Garden dalam Kinabalu Park. Tiada yang menarik sangat di sini kecuali tumbuh-tumbuhan liar sahaja.

Botanical Garden, di Taman Kinabalu

Sekembali ke hotel, kami terpegun melihat puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, rezeki kami kerana biasanya sebelah petang, kabus tebal akan meliputi puncak gunung.

Berlatar belakang Gunung Kinabalu

Bermalam di Hotel Heritage (dahulunya Hotel Perkasa). Sebelah paginya, puncak gunung kelihatan lebih jelas dari hotel tempat kami menginap.

2 Disember

Bertolak ke Ranau. Membeli sedikit barang makanan di pekan Ranau. Bergerak ke Poring, tempat air panas. Menghabiskan masa sepetang di situ.

Jarak tempat-tempat menarik di Poring dari pintu utama

Sebelum bertolak pulang, sempat pergi melihat bunga Rafflesia yang sedang kembang. Membayar RM10 setiap orang dewasa untuk melihat bunga tersebut!. Malah terpaksa menapak lebih 1km untuk sampai ke sana! huh..

Bunga Rafflesia yang sedang kembang

Rafflesia yang belum kembang

Rafflesia yang sudah tua

Kemudian, bertolak ke Sabah Tea Garden yang terletak hampir 10km dari Poring. Menikmati segelas teh sambil menikmati pemandangan ladang teh.

Sabah Tea Garden

Kemudian ke Kg. Luanti, tempat terapi ikan kelah. Ust Ahmad memaklumkan, ikan di sini hanya dituai sekali sahaja setahun, iaitu pada musim tagal. Seronok anak-anak bila dikerumungi oleh ratusan ikan kelah yang besar-besar. Sungguh jinak.

Iyad dikelilingi oleh ratusan ikan kelah

Bertolak pulang ke Kota Kinabalu. Sampai hampir jam 930 malam. Check in di Hotel Promenade, berhadapan dengan water front.

3 Disember

Hari ini kami bertolak ke pulau!. Terdapat 5 buah pulau yang membentuk Taman Negara Hidupan Laut Tunku Abdul Rahman, iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug. Menaiki bot laju dari Pelabuhan Jesselton. Terdapat banyak pengendali pakej pelancongan di situ. Kami mengambil pakej ke Pulau Sapi dan Manukan. Kadar sewa RM33 untuk dewasa (namun masih boleh dirunding lagi!). Sewa alat-alat snorkling daripada pengusaha bot dengan kadar RM15 satu set.

Bertolak ke Pulau Sapi. Pantainya agak landai, sesuai untuk anak-anak. Seronok anak-anak apabila dikerumungi oleh ikan-ikan koral. Cantik dan berwarna-warni. Nasib baik, ketika ini, bukan musim obor-obor. Jika tidak, gerakan kami akan sedikit terbatas. Kami kelam kabut apabila Ilham, 2 tahun hilang dari pandangan. Memang anak kecil itu tidak takutkan sesiapa dan kerjanya asyik berjalan sahaja. Namun, akhirnya ketemu juga dengan wajahnya yang tersengih. Huh…

Snorkeling di Pulau Sapi

Naik bot ke Pulau Manukan pula. Saya lebih menggemari Pulau Sapi kerana pantainya yang lebih landai. Pulau Manukan ini agak dalam namun ia memiliki ikan yang lebih besar dan pelbagai.

Snorkeling di Pulau Manukan

Lewat petang, hujan mulai turun. Ombak mula mengganas. Pengusaha bot mencadangkan supaya kami bergerak pulang lebih awal sejam daripada masa sebenar. Kami akur. Pulang dalam keadaan sedikit resah kerana ombak agak kuat. Habis kuyup kami semua. Pulang ke hotel dengan perasaan puas.

Sebelah malam, pergi makan malam di Fisherman Village Seafood di Kampung Padang, Kota Kinabalu. Tempat ini agak terkenal. Terdapat persembahan kebudayaan disediakan kepada para pengunjung. Namun, kadar makanannya juga agak besar. Maklumlah, menu  seafood hidup dari akuarium.

Antara persembahan pada malam itu

Balik ke Hotel Promenade dalam keletihan.

4 Disember

Ustaz Ahmad tiba awal. Bertolak ke Pasar Tamu Gaya Street dan meronda di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sebelah petang, berjalan-jalan di sekitar Pasar Filipina dan persekitarannya.

Bersama sahabat, Ust Ahmad Parakasi berlatar belakang Pasar Tamu Gaya Street

5 Disember

Hari terakhir di Kota Kinabalu. Sebelah pagi, berkemas barang untuk check out awal. Simpan barang di hotel. Berjalan-jalan di Pasar Filipina. Isteri membeli sedikit barang mutiara di Jamilah Jewellery. Makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Sempelang. Shopping sedikit buah tangan di Pasar Filipina.

Restoran Ikan Bakar Sempelang

Jam 5.30, bertolak ke Terminal 2, airport Kota Kinabalu. Flight berlepas jam 800 malam. Selamat tiba di LCCT jam 1030 malam. Alhamdulillah.

Nota:

1)      Kebanyakan teksi di Kota Kinabalu tidak menggunakan meter. Elok disepakati dahulu kadar bayarannya sebelum naik.

2)      Ramai peragut di Pasar Tamu Gaya Street, perlu berhati-hati.

3)      Kena pandai tawar menawar ketika membeli, mungkin sehingga 50% atau minta hadiah jika pembelian dalam kuantiti yang banyak.

4) Bagi kakitangan kerajaan, perlu bertanya kadar sewa hotel bagi kakitangan kerajaan, kerana kebanyakan hotel memberikan diskaun istimewa kepada mereka.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Kembara Ke Bumi Di Bawah Bayu

  1. eqma says:

    Nak tanya, RM33+15 ke pulau sapi n manukan tu, termasuk tambang pergi balik dari pelabuhan jesselton ke?

  2. zainudin mohamad says:

    saya sekeluarga (6 org) bercadang ke KK 20-24 sept 2012,tlg bagi cadangan hotel dan tempat menarik utk dilawati

    • gyar says:

      salam cikgu…mgkin tuan boleh tengok tempat2 dan jadual perjalanan saya …hotel yg mengadap water front kk, saya cdgkan le meridien, tp mahal sikit…cuba tanya government rate atau tempah ikut booking.com…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s