Kembara Istanbul – hari ke-7

23 Oktober – hari ketujuh

Seawal pagi, kami bersarapan di Hotel Amira. Walaupun hotel ini diberikan ranking pertama oleh pelancong di Tripadvisor, kami agak tidak berpuas hati dengan menu sarapan yang sama pada setiap hari. Dah jemu rasanya.

Sebelah pagi, masa dihabiskan dengan melawat Muzium Turkish and Islamic arts yang terletak berhadapan dengan Masjid Sultanahmet.

Salah satu manuskrip al-Quran yang terjaga rapi

Seterusnya, menaiki tram dari Sultanahmet ke Beyezid dan terus ke Grand Bazaar. Malang sungguh apabila mendapati Grand Bazaar ditutup pada hari Ahad. Namun, kedai-kedai lain di luar Grand Bazaar masih dibuka. Membeli sedikit sebanyak barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kemudian menapak ke Masjid Sulaimaniyyah yang terletak di atas sebuah bukit. Sembahyang di sana. Ramai juga pelancong yang tiba. Seperti biasa, Imad menjadi daya tarikan ramai termasuklah satu keluarga dari Timur Turki iaitu Trabzon. Rasanya orang Turki ini memang suka kepada kanak-kanak.

Imad bersama keluarga dari Trabzon

Imad bersama satu pasangan Turki dalam Masjid Sulaymaniyyah

Usai sembahyang, makan tengahari di luar Masjid Sulaimaniyyah serta membeli beberapa cenderahati. Menapak balik ke Grand Bazaar. Stroller dah penuh dengan barang-barang. Aduss..

Mengintai-ngintai lagi sedikit barang yang lain. Pasar hari Ahad ini nampaknya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang di Grand Bazaar. Memang ada hikmah juga Grand Bazaar ditutup pada hari itu. Kunci utama bershopping di sini ialah pandai tawar menawar. Mungkin harga boleh turun sampai ½ atau 2/3 dari harga asal.

Di hadapan Masjid Sulaimaniyyah

Menapak balik ke Hotel Amira. Hari dah malam. Bertembung dengan sepasang pelancong dari Singapura. Alhamdulillah…

Sampai di hotel, sedikit sebanyak barang dikemaskan kerana esok sudah mahu check out. Saya juga perlu pergi ke Grand Bazaar pada sebelah pagi kerana ingin membaiki jaket kulit isteri yang sedikit rosak.

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s