Kembara Istanbul – hari ke-6

22 Oktober – hari keenam

Hari terakhir seminar. Pada hari ini, para peserta dibawa berjalan-jalan oleh pihak penganjur di sekitar Istanbul. Saya tidak mengikuti trip ini kerana membawa bersama isteri dan juga Imad, yang mungkin tidak sesuai dengan rombongan orang dewasa. Jadi aktiviti pada hari ini agak bebas.

Di hadapan Istana Dolmabahce

Pergi ke Dolmabahce Palace, iaitu istana baru bagi Khilafah Othmaniyah. Istana ini dijaga begitu rapi kerana ia juga tempat tinggal Mustapha Kamal Atarturk selepas beliau menjatuhkan khilafah. Untuk ke sana, menaiki tram dari perhentian Sultanahmet dan berhenti di perhentian terakhir di Kabatas. Tambang tram, 2TL sekali naik, tidak kira destinasi mana yang dituju. Di Kabatas juga terdapat feri ke Uskudar iaitu bahagian Istanbul Asia.

Stesen feri ke Uskudar

Beratur panjang untuk membeli tiket. Harga tiket, 20TL (istana utama dan hareem). Suasana di sini berbeza jika dibandingkan dengan Istana Top Kapi. Dolmabahce Palace dijaga rapi oleh askar. Waktu untuk masuk juga telah ditetapkan seperti yang tertera dalam tiket. Suasana di dalam istana terjaga rapi. Kami diletakkan dalam kumpulan serama 30 orang dan dibawa oleh seorang pemandu pelancong. Ada dua bahagian utama iaitu istana utama dan hareem (tempat keluarga khalifah tinggal). Kami dilarang mengambil gambar. Tata perhiasan di dalam istana jauh berbeza daripada Top Kapi. Pengaruh barat jelas sekali dalam pembinaan ini. Dekorasi dan kelengkapan di dalam istana sangat mewah ala-ala eropah. Menghabiskan masa di sana sehingga jam 3 petang. Cuaca pula sangat baik pada hari itu.

Dari Kabatas, menaiki tram ke Eminonu. Dari situ, menaiki bas ke Eyub. Rasa tak puas dengan lawatan pertama sehari sebelumnya. Dah serik nak naik teksi kerana dua insiden yang berlaku sebelumnya. Bas sangat banyak dan selesa. Meminta pertolongan dari penumpang lain untuk turun di Masjid Eyub. Kebetulan ada seorang makcik tua yang juga mahu pergi ke sana untuk menunaikan sembahyang. SubhanAllah. Imad pula mendapat ramai kawan di dalam bas.

Masjid Saidina Ayyub al-Ansari

Makan malam di Eyub. Berjalan-jalan di sekitar Eyub sehingga malam. Suasana di sini lebih tenang daripada Sultanahmet. Allahu.. Allahu..

Tukar duit di Eyub. Kadar tukaran di sini lebih menguntungkan daripada Sultanahmet. Berbeza dalam 4TL (lebih kurang RM8) bagi 100euro. Sembahyang dan iktikaf di Masjid Saidina Ayyub al-Ansori. Teringat pengalaman pertama ke Turki dahulu, sekitar 15 tahun yang lepas. Di sinilah saya dan seorang kawan yang lain tinggal. Suasana tidak jauh berubah, cuma jumlah kedai sahaja yang makin bertambah.

Jam 9 malam, bertolak balik ke Hotel Amira. Naik bas sampai ke Eminonu dan terus menaiki tram ke Sultanahmet. Menapak sedikit balik ke Hotel Amira.

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kembara Istanbul – hari ke-6

  1. yam madganu says:

    Ribuan tq. Maklumat tuan amat membantu kami yg akan ke istanbul sept nanti. Selain terkena ngan pemandu teksi, masalah lain tiadakan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s