Kembara Istanbul – hari ke-5

21 Oktober 2011

Menaiki teksi dari Hotel Amira ke Hotel Larespark, tempat seminar berlangsung. Kena tipu oleh teksi. Sepatutnya dalam 20TL sahaja tetapi meter naik hingga 34TL. Meter teksi telah diubah. Perkara ini sudah disyakki terlebih awal kerana meter dilihat bergerak terlebih laju dan pemandu teksi pula menurunkan kami agak jauh dari hotel, takut kena cekup oleh polis yang berada di hadapan hotel.

Menghadiri seminar dengan jayanya. Ramai juga yang hadir semasa saya present. Siap tepuk tangan lagi. Masa diberi 10 minit. Tiada Q & A. Lepas tu, berjalan-jalan di sekitar Taksim Square dan Istiklal Street. Kelihatan banyak burung merpati di Taksim Square.

 Deretan doll untuk dipilih

Beli 2 doll utk Ilham dan Widad. Orang tidak begitu ramai di Istiklal Street, mungkin kerana hari itu adalah hari Jumaat. Ada keretapi kecil merentasi Istiklal Street, boleh sahaja dinaiki untuk menjimatkan masa. Namun, kami lebih gemar berjalan.

Tram lama yang berulang alik di celah-celah pejalan kaki melalui Istiklal Street

Naik tunnel train ke Kosokoy. Kosokoy adalah satu side bagi Galata Bridge, manakala sebelah yang satu lagi adalah Eminonu. Dari Kosokoy, naik tram ke Eminonu. Dari Eminonu, bertolak ke Eyub tempat makam sahabat Nabi saw Saidina Ayyub al-Ansori berada.

Mula-mula, bercadang untuk menaiki bas. Namun, akhirnya memilih untuk menaiki teksi kerana memikirkan Imad dan waktu yang makin suntuk. Sekali lagi kena tipu oleh teksi. Aduhai. Kali ini lebih dahsyat!. Kadar sepatutnya dibayar adalah maksimum 15TL, tapi meter naik sehingga 45TL!. Tidak cukup dengan itu, duit 100TL yang dihulurkan untuk membayar sewa cepat-cepat disembunyikan oleh driver, kemudian mengeluarkan sekeping 20TL, dan mendakwa baharu sahaja memperolehi 20TL!.  Hilang mood nak berjalan-jalan malam tu. Dua kali kena tipu oleh teksi pada hari yang sama. Kedua-dua pemandu teksi itu bukan main manis mulut bercakap mengenai Islam dan umat Islam serta bercakap mengenai halal dan haram.

Sembahyang maghrib di Masjid Eyub, menziarahi makam sahabat nabi. Berjumpa dengan satu rombongan dari London, dipandu oleh seorang pakcik tempatan yang baik hati, pakcik Mustapha. Beliau beristighfar panjang apabila kami menceritakan insiden yang dilalui. Dengan bantuan beliau, kami diajak untuk menaiki teleferik ke sebuah tempat tinggi di Eyub bagi melihat pemandangan Istanbul pada waktu malam.

Pakcik Mustapha yang baik hati

Dari situ, menaiki bas awam balik ke Eminonu (2TL sahaja), seterusnya mengambil tram balik ke Sultanahmet. Kesimpulan pada hari itu, elakkan menaiki teksi di Istanbul kerana pengangkutan awamnya adalah baik. Jika mahu ke Eyyub, naik bas 99 atau 99a di Eminonu. Sebelum naik bas, beli tiket dahulu di kaunter khas di stesyen bas tersebut. Manakala kebanyakan tempat-tempat penting yang lain boleh dilawati dengan menaiki tram.

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s