Kembara Istanbul – hari ke 3

19 Oktober 2011

Selepas sarapan pagi di hotel, pergi ke Top Kapi Palace, istana lama Khilafah Uthmaniyah dahulu. Pada asalnya bercadang hendak mengambil teksi, namun teksi enggan mengambil penumpang kerana mungkin jaraknya yang dekat.Terus menapak ke sana. Sebenarnya lokasi Top Kapi tidak jauh, bersebelahan dengan  Ayasophia sahaja.

 Gerai jual jus pomegranate

Cuaca baik hari ini. Matahari sudah mula bersinar. Alhamdulillah. Sebelum masuk, mencuba jus buah delima (pomegranate) asli yang diperah secara tradisional. Harga agak mahal, 1 gelas sederhana, 5TL, namun berbaloi.

 Pintu utama Top Kapi Palace

Berbekal buku Steve Rieves, kami melangkah masuk. Beratur panjang untuk membeli tiket. Mereka yang mengikut pakej pelancongan punya kelebihan kerana semuanya sudah diuruskan oleh ejen.

 Beratur panjang nak beli tiket

Bayaran masuk 20TL. Tiada diskaun untuk pelajar. Untuk memasuki Hareem, iaitu salah satu bahagian dalam Top Kapi, perlu membayar tambahan 15TL. Top Kapi merupakan satu istana yang luas. Ada 4 bahagian utama di Top Kapi. Namun, saya paling tertarik dengan satu pavilion yang menyimpan khazanah Islam zaman Rasulullah saw termasuklah janggut Rasulullah saw. Malangnya, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar.

Imad Wajdi dalam strollernya di Top Kapi

Sepetang berada di sana. Banyak benda yang perlu diselongkar. Buku panduan tadi sangat berguna kerana ia menerangkan apa yang ada di sana bersekali dengan sejarahnya. Jika tidak, kami hanyalah mengagumi seni binaan sahaja tanpa mengetahui sejarah di sebaliknya.

Keluar dari Top Kapi, jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Makan kat restoran Baran, berhadapan dengan stesen tram Masjid Sultanahmet. Selepas itu, makan dondurma (aiskrim) Turki. Dapat diperhatikan, penjual dondurma ini semuanya ceria. Mesti ada celoteh dan aksi yang menghiburkan semasa menyediakan aiskrim. Best, makan aiskrim dalam cuaca sejuk.. hehe.. buang tebiat. Satu aiskrim, 5TL. Berbaloi kerana dondurma ini lain daripada yang lain. Dalam perjalanan pulang, tertarik dengan gerai kecil penjual buah kestane (buah berangan) bakar. Banyak sekali terdapat di hadapan Masjid Biru. Beli 100gram, 3.5TL. Sedap. Balik melalui jalan biasa melepasi Arasta Bazaar. Cuba mencari Muzium Mozek. Akhirnya berjumpa juga, hanya bersebelahan dengan Arasta Bazaar tetapi malangnya telah tutup kerana sudah melepasi jam 5 petang.

 Dondurma musim sejuk!

Malam itu seminar berlangsung dengan sesi pembukaan, opening ceremony…

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s