Kembara Istanbul – hari ke-4

20 Oktober 2011

Pagi, bersarapan di Hotel Amira. Kemudian, ambil teksi dari Amira ke Hotel Larespark, tempat persidangan berlangsung. Tambang, 20TL. Persidangan telah bermula. Tapi hari ni banyak workshop sahaja. Dalam sela-sela masa terluang, cuba menjelajah lagi Istanbul. Berjalan kaki ke Dolmabahce. Dalam peta nampak dekat, tapi agak jauh juga. Aduh. Lenguh kaki..

Sampai ke Dolmabahce, agak kecewa kerana ia ditutup pada hari Khamis. Malang sekali. Namun, syukur kerana di situ terletak stesyen terakhir tram ke Sultanahmet, iaitu Kabatas. Naik Tram, turun di Eminonu. Tiket seorang 2TL. Sampai Eminonu, naik Boshphorus Ferry. Tambang feri berbeza-beza, ada mahal dan murah. Feri yang kami naiki, 10TL. Feri menyeberangi Selat Bosphorus. Terkenang pula perjuangan orang terdahulu melalui selat yang bersejarah ini. Trip ini mengambil masa 2 jam perjalanan.

Dolmabahce Palace dari feri

Rumeli Hisari dari feri

Princess tower di tengah-tengah selat Bosphorus

Burung camar mengiringi perjalanan kami. Kelihatan juga, ramai pemancing tegar bertenggek di tepi Galata Bridge, sedang mencuba nasib. Sampai semula ke Eminonu. Makan Ekmek (fish) kebab. Fuh.. sedapnya. 1 kebab=5TL. Sambil makan donut sira (2TL), air tin (2TL) dan buah kestane. Terus ke Yeni Camii (new mosque) melalui tunnel yang disediakan.

 Peniaga ekmek kebab sedang membakar ikan

Dlm tunnel tu, ramai peniaga berjual. Sembahyang kat masjid baru. Terus bergerak ke Spice Bazaar yang terletak di sebelah Mssjid Baru. Beli pistachio 1kg=27TL, kopi Mehmet Basha=500 gram=14TL. Beli jus oren asli (perah kat situ juga), segelas=1TL (isteri sangat menggemari ini!).

 Spice Bazaar

New mosque dekat Eminonu

Terus ke Rustem Pasha Mosque yang terletak di sebelah Spice Bazaar. Cuba menapak ke Masjid Sulaimaniyyah yang terletak di atas sebuah bukit sambil menolak stroller. Aduh.. penatnya.. Tak larat.. cuba tahan teksi nak balik ke hotel.. biarlah hari lain pula kami ke masjid ini.. namun, tiada teksi mahu ambil sebab masa tu jalan tengah jem.. Berehat kejap kat sebuah restoran.. sambil minum chay dan bagi Imad makan.. datang sorang lelaki Turki, bertanyakan khabar.. mungkin melihat kesukaran kami sebentar tadi.. beliau cuba memandu kami untuk sedikit berjalan ke arah stesen tram terdekat iaitu di Beyezit (sebelah Grand Bazaar). Beliau bersungguh-sungguh membantu, menerangkan dalam bahasa Turki, seolah-olah kami memahaminya.

Berjalan perlahan-lahan, sehingga sampai ke Stesyen Beyazit (berhampiran Grand Bazaar).. beli 2 syawarma buat makan malam. (Namun tidak termakan sebab kepenatan). Sampai Hotel Amira… terus tidur…zzzzz…

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kembara Istanbul – hari ke-4

  1. Od.Itu.Sufi says:

    serius lepas baca pasal sini nak pegi…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s