Kembara Istanbul – hari ke 2

18 Oktober 2011 (hari kedua)

Cuaca masih sejuk dan berangin. Keluar agak lewat dari hotel kerana kesemua kami tidak berapa sihat. Sarapan pagi di hotel. Terjumpa dengan seorang pekerjanya, bernama haji. Beliau fasih berbahasa Arab!. Cafe hotel ini berada di atas sutuh, mengadap pemandangan Masjid Sultanahmet dan Ayasophia.. cool! Pekerja cafe semuanya mesra belaka, terutama terhadap Imad. Masing-masing nak pegang Imad.. Imad pula respons dengan baik..

 Cafe Hotel berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmad

Pekerja hotel dan Imad

Selesai sarapan, bergegas ke kedai farmasi mencari ubat, khususnya buat Imad. Alhamdulillah, untuk membeli antibiotik tidak memerlukan preskripsi doktor. Memduh, pekerja hotel menemani kami.

Check out dari Hotel Deluxe Golden Horn.. Bertolak ke Hotel Amira. Hotel ini dipilih berdasarkan ranking teratas diberikan oleh pelancong dalam laman web tripadvisor. Banyak maklumat sebenarnya diperolehi dari laman web ni. Elok dirujuk sebelum musafir ke mana-mana tempat sekalipun.

Naik teksi ke sana. Charge 10TL walaupun jaraknya hanyalah 1km. Teksi di sana, starting meternya 2.5TL. Tapi kalau hotel yang panggil, teksi dah start meternya awal2 lagi semasa mereka bertolak ke hotel. Sampai ke Hotel Amira dalam masa 10 minit. Sampai sahaja, kami disambut mesra. Sementara bilik disiapkan, Tina seorang pekerja di sana, menerangkan apa yang ada di Istanbul sambil menghidangkan secawan teh panas.

 Tina sedang memberikan penerangan

Masuk bilik, agak terpegun kerana bilik itu agak luas dan punya beranda. Bilik itu dicadangkan oleh pelancong di Tripadvisor. Jadi dari awal lagi, kami dah booking bilik tu.

Sebelah petang, menapak ke Ayasophia, berjalan kaki selama 15 minit melalui Arasta Bazaar yang terletak di sebelah masjid biru. Hujan rintik-rintik. Huh, sejuknya!…

Makan syawarma daging 7TL dan air Lemonade 2TL.. (aduh.. syawarma lagi!).. Tiket masuk ke Ayasophia.. 20TL. Tak ada diskaun untuk pelajar. Ayasophia ini pada asalnya adalah sebuah gereja, namun ditukar menjadi masjid pada zaman pemerintahan khalifah. Pada zaman Kamal Atarturk, ia ditukarkan kepada sebuah muzium…

 Dikri yang menukarkan Masjid Ayasophia kepada Muzium Ayasophia.. mmm..

Selepas Ayasophia, bergerak pergi ke Basilica Cistern, sebuah reservoir air lama. Tempat ni bersebelahan je dengan Ayasophia. Sekarang ni masih lagi ada air, tapi semacam nampak ikan je yang banyak!. Keadaan di situ agak kelam kerana ia berada di bawah tanah.. ada 52 anak tangga perlu dituruni untuk sampai ke bawah. Imad tidur dalam stroller. Jadi, kami angkat sekali stroller tu.. Tiket masuk 10TL seorang. Ada sebuah restoran kat bawah tu, tapi tak berani nak singgah.. hehe..strategi kena betul kalau pergi tempat pelancongan ni..

Basilica Cistern

Selesai tengok tempat ni, hari dah makin gelap, dah nak masuk maghrib. Isteri beli gasing untuk Iyad, harga 2TL, tawar dapat 1TL. Tukar duit euro sikit, 100 euro=252.5 TL. Lepas tu, terus balik ke hotel. Malamnya, saya bersendirian keluar mencari makanan. Nafas berasap, tanda sejuk. Akhirnya, berjaya jumpa Restoran DoyDoy yang disebut oleh ramai pelancong dalam tripadvisor…Kebab juga menjadi rezekinya.. aduhai.. Turki ini terkenal dengan kebabnya, macam-macam jenis ada. Nasi ada juga dijual, tapi tiada nasi putih.. kesemuanya mempunyai rasa.. macam nasi goreng pula.. makan tanpa lauk pun dah ok..nasi sahaja dijual 3TL (1TL=RM1.7)

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s