Kembara Istanbul – hari 1

Sempena International Conference on Education and Educational Psychology (ICEEPSY 2011), 19 – 22 Oktober 2011

17 Oktober 2011

Bertolak menaiki pesawat MAS MH51. Flight ok.. berjaya mendapatkan ruang yang ada bassinet untuk letak Imad, 6 bulan (bassinet kena tempah awal2 di kaunter MAS, seeloknya dua minggu sebelum bertolak). Pesawat penuh dengan team Turki yang baru habis tournament Karate kat Melaka. Fuh.. terasa macam bukan dalam MAS pulak, cam dalam Turkish Airways je…Imad meragam sepanjang perjalanan, mungkin tak biasa naik pesawat. Aduh…

 Dalam MAS MH51, bassinet ada di hadapan kami buat Imad tidur..

Sampai Atarturk Airport jam 6 pagi. Cuaca teramat sejuk, sebab baru lepas hujan. Tukar duit sikit kat airport. 1 euro menyamai 2.49 Lira (agak rugi sebenarnya). Naik teksi airport ke Deluxe Golden Horn Hotel kat Sultanahmet. Tambang dalam 38 Lira.

Sampai ke sana pada awal pagi. Rasa teramat mengantuk sebab tak boleh berehat dalam flight. Sampai kat hotel jam 8 pagi. Aduh.. camana ni.. berdoa agar dapat check in awal. Mula-mula receptionist tak bagi, tapi lepas merayu dengan alasan anak kecil, akhirnya dia bagi juga check in awal. Alhamdulillah. Terima kasih.

Di Hotel Deluxe Golden Horn Sultanahmet…

Berehat kat bilik. Cuaca bukan main sejuk. Bawah 7 darjah celcius dan berangin pula tu!. Selepas zohor, saya bersendirian keluar mencari makanan. Alhamdulillah, syawarma ayam dan daging menjadi rezeki kami. Rupa-rupanya hotel tu sangat dekat dengan Masjid Sultan Ahmad. Jadi, terdapat banyak kedai makan dan money changer kat situ. Membeli dan membungkus makanan untuk dibawa balik.

Usai makan, kami semua keluar mengambil angin. Memang banyak angin pun!. Tak tahan dengan cuaca sejuk dan berangin. Terus mengambil keputusan untuk mencari jaket.  Menapak ke Grand Bazaar. Berjaya menemui satu kedai menjual jaket kulit dengan harga dan kualiti terbaik. (banyak kedai di sanan sebenarnya). Dua pasang jaket kulit dibeli, satu untuk saya dan satu untuk isteri. Harga ditawarkan 1000 Lira, berjaya tawar sehingga 600 Lira! Kedai kat sini, marketing dia hebat. Selalu sahaja ada orang yang menegur kita semasa berjalan. Kemudian ajak masuk kedai, tengok barang. Lepas tu, offer tea (chay). Biasanya apple tea. Beli juga sarung tangan kulit, harga ditawarkan 35 Lira, berjaya dapat 20 Lira. Beli juga sedikit baklava dalam 15 lira bagi 100 gram.

 Bersama Ahmad, pekerja kedai jaket

Kedai jual Baklava

Selepas itu, pergi ke Masjid Sultanahmet. Sembahyang asar di sana dan iktikaf sehingga selesai sembahyang maghrib. Nasib baik, saya ambil air sembahyang awal-awal kat hotel, sebab airnya terlalu sejuk. Kasihan kat isteri kerana terpaksa bersejuk mengambil air sembahyang. Menikmati keindahan masjid dan juga ketenangan beriktikaf di dalamnya. Pelancong tidak putus-putusa datang menziarahi. Tak tahulah, apa yang digambarkan dalam fikiran masing-masing. Kebanyakan pengunjung pula adalah non muslim. Makam Sultan Ahmad pula terletak di sebuah bangunan berasingan di sebelah masjid ini. Masjid ini dinamakan Masjid Biru kerana perhiasan mozek Iznik di dalamnya berwarna biru. Malah warna biru mendominasi warna di dalam masjid tersebut.

 Dalam Masjid Sultan Ahmad,membawa bersama kasut yang diletak dalam plastik!

Pulang ke hotel selepas sembahyang maghrib.

Koleksi penuh artikel Kembara Istanbul. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s