Mr. EndNote…

‘Sungguh memudahkan dan wajib dimiliki oleh pelajar siswazah’. Satu ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada perisian EndNote. Sepanjang penulisan tesis, perisian ini sangat membantu saya dalam menguruskan senarai citation dan bibliografi..

Antara kebaikan EndNote:

1)      Memastikan semua rujukan yang dicite dalam teks tersenarai dalam bibliografi. Dengan kata lain, apabila penulis mencatat satu citation dalam teks, senarai rujukan itu akan tertulis secara automatik dalam ruangan bibliografi dengan format yang penulis sendiri tetapkan.

2)      Senarai citation dan bibliografi juga akan disusun secara automatik berdasarkan format yang dikehendaki sama ada format APA, author-date dan sebagainya. Format ini juga boleh dicustomizekan berdasarkan keperluan. Pergi ke edit-output styles, kemudian pilih edit’xxx’ atau new. Namun, jika anda memilih edit’xxx’ pastikan bibliografi yang dijadikan sebagai sampel itu adalah aktif. Cara ini juga lebih mudah kerana kita hanya perlu mengedit format asal untuk menjadi satu format baharu. Sebagai contohnya, saya pernah mengedit format APA untuk disesuaikan dengan format UKM.

3)      Kita tidak perlu risau tentang susunan bibliografi kerana ia akan tersusun mengikut abjad. Bayangkan sekiranya kita menggunakan hampr 400 rujukan untuk penulisan tesis, maka berapa banyak masa yang kita yang boleh jimatkan.

4)      Kita juga boleh menukar format citation dan bibliografi dengan mudah. Sebagai contohnya, untuk menukar format author-date kepada APA. (Juga mungkin daripada gaya UKM kepada APA). Kita hanya perlu menekan satu butang iaitu format EndNote, maka kesemua format asal akan ditukar secara automatik kepada format baharu yang dikehendaki. Perkara ini banyak membantu saya dalam penulisan artikel jurnal. Ini kerana penulisan asal tesis saya adalah dalam format UKM, namun apabila menulis artikel jurnal, format ini perlu diubah kerana kebanyakan jurnal mengguna pakai format APA. Dengan menggunakan perisian ini, saya tidak perlu lagi menukarkan setiap satu citation dan bibliografi secara manual. Saya hanya perlu klik pada satu butang sahaja dan EndNote akan melakukan tugasan ini dengan segera.

5)      Sekiranya senarai rujukan tersebut didapati dalam pangkalan data online, maka kebiasaannya, kita tidak perlu lagi menulis senarai rujukan tersebut secara manual dalam EndNote. Kita hanya perlu mengimport senarai tersebut ke EndNote. Sebagai contohnya, saya menjumpai beberapa artikel dalam Proquest. Selepas itu, saya perlu tick kotak setiap artikel tersebut. Seterusnya menekan butang export. Senarai rujukan itu akan terus dibawa ke EndNote beserta dengan perinciannya termasuklah URL yang akan memudahkan rujukan pada masa akan datang. Sekiranya anda menggunakan google scholar, anda perlu aktifkan dahulu capaian ke EndNote. Caranya adalah dalam halaman google scholar itu, terdapat capaian ke scholar preferences (sebelah kanan bahagian atas). Klik butang itu. Seterusnya, and pergi ke bibliography manager dan aktifkan Show links to import citations into EndNote. Selepas mengaktifkan butang ini, akan akan melihat butang import to EndNote pada setiap bahan yang anda jumpai melalui google scholar. Selepas mengimport senarai rujukan tersebut, kita perlu menyemak semula senarai itu kerana kemungkinan formatnya lari daripada yang dikehendaki, contohnya, menggunakan tulisan besar. Namun, kita sebenarnya dapat menjimatkan banyak masa dengan tidak perlu lagi menaip semula tajuk artikel tersebut di samping dapat mengelakkan kesilapan semasa menaip.

6)      Oleh kerana perisian ini dapat menyimpan segala maklumat tentang rujukan, saya secara peribadi tidak lagi menggunakan kad manila untuk mencatat pembacaan saya. Apa yang saya lakukan adalah mencatatkan maklumat rujukan dalam EndNote. Apabila saya membaca, saya akan mencatatkan maklumat dalam helaian A4 selain meletakkan nama penulis artikel/buku serta tahun penerbitannya sahaja.

7)      Sekiranya kita perlu memasukkan maklumat rujukan secara manual ke dalam EndNote sekalipun, maka kita hanya perlu melakukannya sekali sahaja. Selepas itu, jika kita hendak mencite rujukan itu semula, kita hanya perlu klik sahaja pada rujukan tersebut. Andainya, terdapat kesilapan semasa memasukkan perincian rujukan tersebut pada peringkat awal, maka kita hanya perlu membaiki kesilapan tersebut pada EndNote, dan seterusnya menekan butang update. Endnote secara automatik akan membaiki kesilapan rujukan tersebut pada keseluruhan teks.

Berhati-hati:

1)      Dalam EndNote, citation dalam teks akan dipautkan terus kepada bibliografi. Oleh itu, apabila kita memadamkan citation dalam teks, maka senarai rujukan tersebut secara automatiknya juga akan terpadam dalam bibliografi.

2)      Sekiranya kita copy and paste citation itu kepada tempat yang lain, maka kita perlu double check, sama ada link tersebut masih lagi aktif. Caranya ialah: Pergi ke citation dalam teks itu. Right click. Pergi ke edit citation dan pastikan link citation itu masih lagi aktif. Saya pernah berhadapan dengan situasi citation yang tidak disertai dengan rujukan kerana link yang menghubungkan kedua-duanya terputus.

Semoga catatan ini dapat dimanafaatkan. Selamat maju jaya kepada semua. Catatan ini tidak mencakupi segala aspek teknikal yang ada dalam EndNote. Namun, perkara itu boleh didapati sendiri secara cuba jaya. Dapatkan perisian ini daripada pustakawan tempat anda sekiranya anda tidak berduit seperti saya!

Senarai artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Mr. EndNote…

  1. GayaUKM says:

    terima kasih, artikel ini sangat bermanfaat…
    tutorial, tips & trik lain utk menulis tesis mengikut Gaya UKM menggunakan MS Word dan Endnote boleh diperolehi di http://GayaUKM.blogspot.com.

  2. Nad says:

    terima kasih jugka. tapi kalau ada gambar rasanya lagi mudah paham kot🙂

  3. muslim says:

    boleh dr kongsi disini file APA yang disesuaikan kepada gaya UKM. muslim5043@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s