Penulisan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 18)

Lagi mengenai laman web SCOPUS

Menarik juga tentang laman web SCOPUS ini apabila ia menyediakan pautan terus kepada laman web jurnal yang terindeks. Dengan kata lain, melalui laman web ini, kita akan memperolehi akses mudah kepada ratusan, malah ribuan jurnal yang tersenarai.

Memuat turun artikel

Namun, agak malang juga, tidak semua artikel yang tersenarai di sini dapat dimuat turun secara penuh. Sebahagiannya hanya dapat dibaca abstraknya sahaja! Saya dimaklumkan oleh seorang teman, keadaan ini bergantung kepada pakej yang dilanggan oleh sesebuah perpustakaan. Mungkin langganan yang dibuat oleh sesebuah perpustakaan itu tidak menyeluruh. Wallahua’lam.

Namun, jika hal ini benar, maknanya andai saya gagal memuat turun sesuatu artikel melalui perpustakaan UiTM, mungkin sahaja saya boleh memuat turun artikel tersebut melalui perpustakaan UKM!

Carian alternatif sesuatu artikel

Sebagai satu alternatif yang lain, saya akan melayari terus laman web utama sesuatu jurnal. Saya akan meneliti senarai penuh pangkalan data lain yang mengindekskan jurnal tersebut. Selepas itu, saya mencuba mencari di pangkalan data tersebut selain daripada SCOPUS. Sudah menjadi kebiasaan sesuatu jurnal itu diindekskan dalam banyak pangkalan data. Mungkin sahaja di SCOPUS, di Thomson Reuters, di Proquest dan sebagainya pada satu masa yang sama.

Mempunyai pelbagai pangkalan data adalah impian semua jurnal kerana ia bermakna artikel yang diterbitkan akan lebih mudah diperolehi oleh pembaca. Implikasinya, artikel mereka akan lebih mencapat citation seterusnya meningkatkan prestij jurnal itu sendiri!

Perkembangan terbaru

Saya baharu sahaja mendapat tahu bahawa pihak Elsevier  memaklumkan bahawa mereka telah mengguna pakai aplikasi iphone, android dan blackberry bagi mengakses laman web SCOPUS! Aduh.. makin sayang saya akan iphone ini. Pendek kata, di mana-mana sahaja saya boleh berdatting dengan ‘kekasih gelap’ ini!

Pemberitahuan daripada ketua editor

Saya sedia maklum bahawa artikel saya di Gema telah diterbitkan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Saya mengetahuinya melalui laman web jurnal tersebut secara langsung. Tahniah kepada pihak Gema!

Emel susulan daripada ketua editor Gema menyusul tidak berapa lama selepas penerbitan itu, mengkhabarkan berita gembira ini. Namun, saya sudah tidak terkejut lagi kerana saya telah maklum lebih awal daripada itu!.

Double joy!

Namun satu kejutan berganda telah berlaku! Saya kesal kerana saya tidak menyedarinya pada peringkat awal. Kunjungan kali kedua ke laman web Gema menyedarkan saya akan perkara ini!

Saya teruja kerana artikel pertama di Gema akan diterbitkan pada keluaran September[1]. Namun, saya sama sekali tidak mengjangkakan satu lagi artikel hasil kajian kolaborasi bersama-sama penyelia dan beberapa teman yang lain juga akan terbit pada keluaran yang sama![2].

Berduet

Pernah sekali penyelia memaklumkan bahawa beliau ada menghantar artikel itu ke pihak Gema, namun tidak pernah terlintas di fikiran, kedua-dua artikel ini akan diterbitkan serentak! Kelihatan daripada sembilan artikel yang terpilih kali ini, artikel kajian kolaborasi kami berada pada kedudukan pertama dan artikel saya sebagai penulis pertama berada pada kedudukan kedua.

“Hai, berduet nampak, moga berduetnya itu sentiasa berulang” doa saya pantas, penuh harapan. Ini juga bermakna artikel saya ini jatuh ke kedudukan nombor dua dalam Gema selepas artikel sebelumnya. Persis anak kembar, bukankah anak yang sulung itu dikira anak yang keluar dahulu bukan? Ya, saya memperolehi sepasang anak kembar kali ini!

Saya masih ingat, saat pertama saya mengetahui tentang penerbitan ini adalah semasa saya sedang bersiap-siap hendak pulang berhari raya. Saya terasa hari raya kali ini lebih meriah daripada tahun-tahun yang lalu.

Kejutan lagi!

Saya seperti biasa akan memuat turun artikel penuh untuk dihantar kepada co authors, tanda berkongsi kegembiraan.  Aku teruja kali ini, lebih daripada biasa kerana artikel kali ini diterbitkan di jurnal SCOPUS!

Saat-saat terakhir sebelum saya pulang berhari raya di kampung, saya membuka sekali lagi laman web Gema Online Journal bagi memuat turun artikel. Memuat turun artikel dari sini adalah percuma kerana Gema Online juga terindeks dalam DOAJ (rujuk siri 11).

Namun, satu kejutan lagi timbul! Artikel itu tiada dalam senarai! “Ya Allah, apa dah jadi ni?” Saya kaget dan terkejut. Memang saya sangat terkejut pada masa itu!. Kelihatan satu ruangan kosong di antara artikel pertama dan artikel ketiga. Sepatutnya artikel itu berada di situ, pada kedudukan yang kedua. Semalam, ia masih ada di situ. Tapi hari ini, kenapa begitu?

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s