Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 26)

Prosiding yang diindeks

Saya juga maklum, prosiding persidangan mempunyai pelbagai bentuk. Selain penerbitan secara biasa dengan nombor rujukan ISSN, terdapat juga prosiding persidangan yang diterbitkan dan diindekskan dalam SCOPUS ataupun ISI Thomson. Terdapat juga persidangan yang menerbitkan kertas kerja dalam bentuk artikel jurnal berwasit. Sekiranya kertas kerja itu diterbitkan dalam prosiding atau jurnal sebegini, maka ia adalah mudah untuk diakses oleh ramai pembaca seperti juga artikel jurnal yang lain.

Saya mengambil contoh artikel yang diterbitkan dalam The International Journal of Learning. Artikel-artikel di situ sebenarnya adalah himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam satu persidangan iaitu Learning Conference (lihat siri tujuh). Namun, sebelum sesuatu artikel itu diterima untuk sesi pembentangan di persidangan ini, artikel itu akan dinilai oleh para pewasit sebagaimana prosedur jurnal-jurnal berwasit yang lain. Oleh itu, penerbitan terakhir kertas kerja persidangan ini adalah dalam bentuk artikel jurnal.

Begitu juga, terdapat prosiding persidangan yang diterbitkan dalam Procedia. Procedia merupakan himpunan prosiding persidangan yang diterbitkan oleh Penerbit Elsevier. Ia mempunyai pelbagai bentuk penerbitan merentasi pelbagai disiplin ilmu. Namun, penerbitan yang berkait rapat dengan bidangku adalah Procedia Social and Behavioral Sciences. Apa yang menarik, kedua-dua Procedia dan juga The International Journal of Learning adalah terindeks dalam SCOPUS!

Perhatikan deskripsi Elsevier mengenai Procedia menerusi laman web mereka[1]:

“Procedia are e-only products focussed entirely on publishing high quality conference proceedings. Procedia enable fast dissemination so conference delegates can publish their papers in dedicated online issues on ScienceDirect, which are then made freely available worldwide.

Conference proceedings are accepted for publication in Procedia based on suitability and are required to meet certain criteria, including relevance to an international audience and covering highly cited or timely topics.

Procedia offer a single, highly recognized platform where conference papers can be hosted and accessed by millions of researchers, enabling authors to keep abreast of the latest developments in their field. All proceedings will appear online, on Science Direct, within 6 weeks of acceptance of the final manuscripts via the conference organizer and will then be freely available to all users. Procedia offer authors and conference organizers a fast and cost effective way to provide maximum exposure for their papers.”

Namun, tidak semua prosiding persidangan diterbitkan oleh Procedia. Perkara ini boleh disemak melalui brosur persidangan. Hanya persidangan terpilih dan memenuhi syarat-syarat Elsevier sahaja boleh diterbitkan dalam Procedia. Persidangan yang menerbitkan prosiding mereka dalam Procedia juga biasanya persidangan yang berprestij dan mendapat perhatian ramai penyelidik. Malah banyak persidangan yang mampu membuat bisnes yang baik dengan menerbitkan kertas kerja persidangan mereka dalam Procedia.

Terdapat juga persidangan yang menawarkan penerbitan kertas kerja ke dalam jurnal-jurnal tertentu. Namun, kebiasaannya tawaran penerbitan ini akan dibuat kepada artikel-artikel yang terpilih sahaja, tidak kesemua artikel. Pembentang harus menyedari hakikat bahawa kertas kerja mereka mungkin sahaja tidak terpilih untuk diterbitkan!.

Penulis kertas kerja yang terpilih akan dihubungi oleh pihak persidangan selepas persidangan itu tamat. Oleh itu, sekiranya kita tidak dihubungi oleh pihak persidangan, kita perlu sedar  bahawa kertas kerja kita itu tidak terpilih!

Oleh itu, saya suka mengesyorkan kepada teman-teman supaya mengambil kisah ke mana artikel kita itu akan diterbitkan selepas sesi pembentangan kerana ia menentukan kesinambungan pembacaan orang ramai terhadap hasil usaha kita. Melainkan sekiranya anda jenis orang yang tidak kisah akan perkara ini!.

Bukankah artikel yang mudah diakses itu akan dapat memberi faedah kepada orang lain. Seterusnya, ia akan menjadi satu ilmu yang dimanafaatkan, bakal mengalirkan pahala yang melimpah ruah kepada penulisnya hatta selepas mati sekalipun.

Mula menulis

Saya mula menjelajah laman web ISI World of Knowledge. Saya dapat melihat beberapa potensi jurnal yang berkaitan dengan bidang penulisan saya. Satu perkara yang menarik tentang jurnal yang terindeks di bawah ISI Thomson ini adalah kebanyakannya bernaung di bawah satu penerbit. Terdapat beberapa penerbit besar aku perhatikan. Sebagai contohnya Taylor & Francis[2], Sage[3], Elsevier[4], Springer[5] dan sebagainya.

Taylor & Francis

Saya melayari salah satu laman web penerbit tersebut, Taylor & Francis. Selain menerbitkan jurnal, saya perhatikan penerbit ini juga aktif dalam penerbitan buku akademik. Saya mendapati banyak jurnal yang tersenarai di bawah penerbit ini merangkumi pelbagai bidang. Namun, saya perlu berwaspada kerana tidak semua jurnal yang tersenarai di bawahnya terindeks dalam ISI Thomson.

Untuk kepastian, saya harus meneliti ruangan abstracting & indexing yang terdapat di ruangan about this journal pada laman web sesebuah jurnal. Saya harus memastikan terdapat catatan Social Sciences Citation Index® yang menunjukkan ia terindeks dalam ISI Thomson sepertimana catatan SCOPUS yang menunjukkan ia terindeks dalam pangkalan data SCOPUS.

Sekiranya  ada keraguan, saya akan terus ke laman web ISI World of Knowledge untuk memastikan perkara ini. Saya boleh membuat carian sesuatu jurnal menerusi laman web ISI Thomson sama ada carian melalui nama jurnal ataupun carian berdasarkan nombor ISSN jurnal.

Saya teringat akan sebuah jurnal, The International Journal of Learning (IjoL). Jurnal ini bernaung di bawah CG Publisher. Saya perhatikan banyak lagi judul jurnal yang bernaung di bawah penerbit ini, namun, hanya IjoL sahaja yang terindeks di bawah SCOPUS. Saya harus berwaspada

Bersambung…

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s