Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 34 – akhir)

Memilih jurnal-jurnal

Dalam pada saya berusaha untuk menulis artikel di jurnal bertaraf ISI Thomson, saya juga tidak lupa untuk menulis artikel di jurnal bertaraf SCOPUS dan jurnal berwasit yang lain. Saya berpendapat saya harus mempelbagaikan bentuk penerbitan. Saya juga perlu menulis artikel dalam bahasa Melayu untuk tatapan para pembaca di Malaysia.

Jurnal tempatan

Namun, saya agak terkilan kerana sebahagian jurnal tempatan masih lagi berbentuk hardcopy. Saya merasakan bahawa penerbitan secara online adalah lebih efektif buat masa sekarang kerana para pembaca lebih mudah untuk mengakses artikel-artikel yang diterbitkan. Saya juga merasa sedikit kesukaran untuk menghantar artikel ke beberapa jurnal kerana saya tidak menjumpai laman web mereka di internet. Dalam keadaan ini, saya terpaksa menghubungi rakan-rakan yang mengetahui cara untuk berhubung dengan pihak jurnal. Perkara ini masih lagi berlaku walaupun jurnal itu saya ketahui sudah sekian lama diterbitkan.

Saya juga mendapati beberapa jurnal tempatan dikeluarkan hanya sekali dalam setahun. Bukan itu sahaja, tempoh pengeluarannya juga tidak tetap. Malah terdapat jurnal yang masih belum menerbitkan keluaran tahun 2010 sedangkan tahun 2011 sudah semakin hampir ke penghujungnya.

Peluang berkomunikasi dengan dunia luar

Saya merasakan aktiviti penulisan artikel ini telah membuka sedikit ruang komunikasi antara penulis dengan komuniti luar, terutama sekali para penyelidik dalam bidang yang sama. Saya kerap kali menerima undangan untuk menulis artikel dalam beberapa jurnal, terutama sekali jurnal yang baru diterbitkan. Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapat alamat emel saya namun saya rasa mungkin sahaja melalui artikel yang diterbitkan. Walaupun begitu, saya perlu berhati-hati dengan jemputan ini kerana kerap kali juga jurnal itu tidak memenuhi spesifikasi yang saya inginkan. Sebagai contohnya, jurnal yang tidak sesuai dengan skop kajian, jurnal yang mengenakan bayaran yang tinggi dan sebagainya.

Begitu juga, saya pernah dijemput oleh satu jurnal bertaraf ISI Thomson untuk mewasitkan satu artikel. Saya merasa sangat teruja untuk menjadi pewasit walaupun artikel yang saya sendiri yang dihantar ke jurnal itu belum lagi mendapat jawapan sama ada diterima ataupun tidak. Saya menganggap jemputan ini sebagai satu pengiktirafan bernilai kepada saya.. alHamdulillah.

Penutup

Saya merasakan bahawa pengalaman menulis jurnal ini memberikan satu kepuasan tersendiri kepada diri sendiri dan juga kepada penulisan kajian PhD. Banyak komen dan kritikan daripada pihak pewasit dapat saya gunakan dalam penulisan tesis. Saya akan memastikan setiap komen yang diperolehi digunakan dalam penulisan tesis.

Kembara ilmiah ini masih jauh lagi dari penghujungnya. Selepas ini, saya berazam untuk terus berkarya demi kesinambungan disiplin ilmu yang kita warisi. Semoga secebis pengalaman yang saya titipkan dalam tulisan ini boleh memberi sedikit gambaran dalam menerbitkan artikel di jurnal. Semoga saya dan rakan-rakan yang lain terus diberikan kekuatan untuk meneroka khazanah ilmu yang maha luas ini.

Andai terdapat kelemahan dalam penulisan ini, penulis memohon jutaan kemaafan daripada sidang pembaca. Sebarang komentar daripada pembaca sangat dialu-alukan.

Tamat…

Alam Damai, Cheras

29 September 2011

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s