Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 33)

Kejutan

Pada tanggal November 2010, saya dikejutkan dengan satu emel daripada Interactive Learning Environment, salah satu jurnal ISI Thomson yang bernaung di bawah Taylor & Francais. Saya teringat akan artikel yang dihantar ke situ dahulu. Saya terasa malas pula hendak membuka emel tersebut. Saya seakan sudah mengetahui isi kandungan emel tersebut. Saya seakan pasti bahawa artikel saya akan ditolak lagi. Namun, saya menggagahkan diri untuk membuka emel tersebut. Saya memerhatikan catatan di situ:

“The reviews are in general favourable and suggest that, subject to minor revisions, your paper could be suitable for publication.  Please re-read your paper and try to make it shorter and more concise, and I look forwards to receiving your revision”

Saya meloncat kegembiraan. Saya terus menghubungi penyelia, isteri dan mereka yang terlibat dalam kajian ini. Satu perkhabaran yang tidak saya sangka sama sekali. Sungguh puas rasanya, tidak ternilai dengan wang ringgit. Saya mengkhabarkan kepada semua sahabat Facebook. Saya merasa sungguh teruja walaupun  sedar bukan semua sahabat FB mengetahui apa itu ISI Thomson dan SCOPUS! Alhamdulillah, semangat untuk menulis kian terbakar..

Membaiki artikel

Saya mengambil masa lebih sebulan untuk membaiki artikel ini. Biarlah artikel ini betul-betul mantap dan tiada lagi pembetulan lanjutan diperlukan. Saya meminta pandangan 2 orang pakar bahasa untuk menyemak bahasa Inggeris. Namun, saya mendapat tahu selepas itu, pihak jurnal itu juga akan membaiki bahasa agar bersesuaian dengan standard jurnal terbabit. Syukur Ya Allah.. Engkau kabulkan doaku..

Selepas menghantar artikel yang diperbaiki, saya menerima perkhabaran daripada ketua editor jurnal melalui emel bahawa mereka menerima pembetulan yang saya lakukan. Artikel itu diserahkan kepada bahagian penerbitan. Selang dua bulan, saya dihubungi oleh bahagian penerbitan supaya mengesahkan (proofread) artikel buat kali terakhir. Saya juga diminta untuk mengisi borang copyright yang memindahkan hak penerbitan kepada pihak penerbit.

Menunggu

Selepas itu, saya menunggu-nunggu artikel itu untuk diterbitkan. Saya menyedari bahawa jurnal ini menerbitkan artikel sebanyak 5 kali dalam setahun. Saya berpendapat bahawa saya mungkin tidak perlu menunggu lama.

Namun, lima bulan telah berlalu semenjak saya mengisi borang copyright, artikel itu masih belum lagi terbit. Saya menjadi resah. Saya terus menghubungi bahagian penerbitan jurnal. Selang beberapa hari, saya menerima satu emel daripada pihak penerbitan:

“As you know, Interactive Learning Environments is a very successful journal, and we have a considerable
backlog of articles awaiting publication. Your article is currently number 12 in the backlog. It is scheduled to be published online by the end of August, but I will upload the article earlier than that if possible.”

Kali pertama saya mendengar istilah backlog[1]. Saya terlupa bahawa sebagai sebuah jurnal berstatus ISI Thomson, mereka mempunyai senarai artikel yang menunggu untuk diterbitkan. Oleh itu, mereka akan menerbitkan artikel itu berdasarkan senarai menunggu tersebut.

Quartile

Pada masa itu, saya tidak mengetahui bahawa dalam jurnal bertaraf ISI Thomson ini dibahagikan kepada quartile tertentu. Sehinggalah apabila dalam satu perjumpaan bulanan pelajar-pelajar PhD, penyelia menerangkan kepada semua pelajar tentang pekara ini.

Beliau juga menerangkan insentif pihak UKM yang ditawarkan kepada penerbitan artikel dalam quartile tertentu, antaranya adalah RM10 ribu artikel  dalam Quartile 1 dan 2 bagi Sains Sosial serta jumlah yang sama bagi Quartile 1 bagi bidang sains.

Saya tidak mengambil berat sangat tentang perkara ini kerana saya menulis bukan kerana ganjaran duit tetapi lebih kepada kepuasan sendiri. Kejayaan menerbitkan artikel dalam  jurnal ISI Thomson itu sahaja sudah memadai berbanding ganjaran kewangan. Namun, saya cuba menelusuri nama-nama jurnal yang disenaraikan. Semua jurnal itu disusun berdasarkan quartile masing-masing mengikut bidang.

Sambil lewa saya menyemak senarai tersebut. Saya terperanjat apabila mendapati jurnal Interactive Learning Environment tergolong dalam Quartile kedua bagi kategori Education & Educational Research. Alhamdulillah, perkara ini merupakan satu berita baik kepada para penulis! Nampaknya ada fulus lebih untuk menjamu selera makan nasi Arab!

Bersambung..


[1] Backlog merujuk kepada senarai artikel yang menunggu untuk diterbitkan.

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s