Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 32)

Menghantar artikel ke jurnal ISI Thomson

Saya mempunyai sedikit pengalaman menghantar artikel ke jurnal ISI Thomson. Walaupun pengalaman itu tidak begitu menggembirakan, namun saya suka berkongsi supaya rakan-rakan boleh mengambil sedikit panduan.

Sebelum menghantar artikel ke jurnal-jurnal ini, saya telah menulis secara intensif beberapa artikel berdasarkan dapatan kajian tesis. Saya mula mendapat sedikit keyakinan dalam penggunaan laras akademik bahasa Inggeris, tidak seperti mula-mula menulis dahulu.

Artikel ditolak

Saya mula menghantar artikel-artikel ke jurnal ISI Thomson. Beberapa artikel saya telah ditolak mentah-mentah oleh ketua editor jurnal tanpa menghantarnya kepada para pewasit (reviewer). Antara sebab artikel saya ditolak ialah skop penulisan artikel yang tidak menepati skop jurnal, skop penulisan yang sempit dan tidak bersesuaian dengan jurnal, senarai rujukan yang not up to date, dapatan kajian yang biasa dan sebagainya.

Walaupun artikel saya ditolak, saya merasa cukup kagum dengan bahasa sopan yang mereka gunakan mereka. Malah terdapat jurnal yang mencadangkan beberapa jurnal lain yang boleh saya hantar selepas ini. Dengan kata lain, sebahagian mereka tidak menolak artikel itu dari segi nilai akademiknya, namun mereka merasakan bahawa ia tidak sesuai dengan jurnal mereka sahaja.

Dua bentuk saringan

Saya merasa kagum dengan pengurusan jurnal-jurnal ini yang menggunakan dua bentuk saringan iaitu pada peringkat ketua editor dan juga pewasit. Sekiranya artikel itu dirasakan tidak sesuai dengan jurnal tersebut, artikel itu akan dikembalikan kepada penulis dengan segera. Dengan kata lain, penulis tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui jawapan dan mereka boleh menghantarnya pula kepada jurnal yang lain.

Sebagaimana yang telah saya bincangkan sebelum ini, jurnal ISI Thomson sangat terperinci dan fokus. Mereka tidak menerima artikel di luar skop jurnal mereka. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan untuk membaca skop jurnal terlebih dahulu dan cuba layari artikel-artikel yang pernah diterbitkan sebelumnya untuk mendapatkan gambaran tentang artikel yang diterima oleh jurnal tersebut.

Beberapa artikel saya telah melepasi tahap saringan awal ketua editor dan dihantar kepada pewasit. Biasanya jumlah pewasit adalah antara 2-5 orang pewasit. Makin ramai pewasit, maka makin kuatlah cabaran yang bakal ditempuh. Dengan kata lain, kelima-lima pewasit itu harus bersetuju dengan artikel tersebut. Sebahagian jurnal meminta penulis untuk mencadangkan nama-nama pewasit yang boleh menilai artikel mereka. Oleh itu, penulis harus pandai menyusun strategi dengan memberikan nama pewasit yang terbaik. Walaupun begitu, dalam hal ini, pihak jurnal mempunyai kata putus dalam memilih pewasit yang mereka fikirkan sesuai.

Bersabar

Saya bersyukur kerana beberapa artikel saya melepasi tahap saringan ketua editor. Saya menunggu pula komen daripada pewasit. Tempoh menunggu mengambil masa dalam beberapa bulan. Perkembangan proses itu boleh diikuti melalui sistem penghantaran bersepadu jurnal. Selepas beberapa bulan, saya mendapati artikel-artikel saya ditolak satu persatu. Komen yang diberikan juga ada yang menyesakkan mata melihatnya, apatah lagi untuk membacanya. “Sabar Ghazali. Ini satu proses” saya memujuk sendiri. Pernah terjadi, dalam masa tiga hari, tiga artikel saya ditolak. Saya merasa sangat berputus asa pada ketika itu.

Saya bercerita kepada isteri sebagai tempat meluahkan perasaan. Isteri juga seorang ahli akademik, dia amat memahami perasaan seseorang ahli akademik apabila hasil tulisannya ditolak. Isteri mencadangkan agar saya cuba menghantar artikel itu ke jurnal yang lain.

Saya terus berusaha menghantar artikel tersebut ke jurnal yang lain. Sekiranya tiga empat kali jurnal-jurnal ISI Thomson menolaknya, saya mencuba pula di jurnal-jurnal SCOPUS. Jika tidak diterima juga, saya mencuba pula di jurnal berwasit yang bukan dalam kategori ISI Thomson ataupun SCOPUS. Jika tidak diterima juga (satu kemungkinan yang belum pernah berlaku kepada saya), saya bercadang untuk menghantarnya ke seminar.

Saya menghitung artikel yang telah ditolak. Saya mendapati sudah 14 kali artikel saya ditolak. Sebahagiannya melibatkan satu dua artikel yang sama yang dihantar ke beberapa jurnal ISI Thomson. Sayapasrah dan berputus asa dengan jurnal ISI. Tidak mengapa, mungkin jurnal-jurnal ini bukan taraf saya.

Bersambung…

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 32)

  1. Syaza Yasmin says:

    Assalamualaikum w.b.
    Saya masih seorang pelajar. Tapi Saya sedang mencari perbezaan di antara jurnal bertahap ISI dan juga bertahap A dan B. Apakah ciri-ciri untuk setiap jurnal tersebut?

    Harap tuan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.

    • gyar says:

      Salam… ada pelbagai kategori dlm ISI…setiap kategori mempunyai senarai jurnal tersendiri yg terbahagi pula kpd 4 level berdasarkan impact factor yg diperolehi pada tahun tersebut. Kedudukan ini sentiasa berubah setiap tahun berdasarkan IF…cara pengiraan IF ada saya sertakan dlm catatan saya.

  2. syazwani sazali says:

    assalamualaikum
    boleh saya tahu apa beza antara jurnal scopus dan jurnal ISI?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s