Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 29)

Lagi mengenai jurnal ISI Thomson

Dahulu, saya pernah berbicara mengenai bagaimana kekuatan artikel dan jurnal dalam pangkalan data SCOPUS dikira (lihat siri tujuh belas). Pangkalan data ISI Thomson juga begitu mengambil berat tentang kekuatan artikel dan jurnal di bawah naungannya.

Impact factor

Kekuatan sesuatu jurnal dalam jurnal ISI Thomson dikenali sebagai impact factor. Formula pengiraan impact factor sesuatu jurnal adalah:  jumlah citation artikel dalam sesuatu jurnal oleh artikel lain dibahagikan kepada jumlah artikel yang diterbitkan oleh jurnal tersebut dalam tempoh dua tahun.

Sebagai contoh, sekiranya jurnal A menerbitkan 40 artikel pada tahun 2008 dan 2009. Terdapat pula sebanyak 60 artikel lain yang men cite artikel-artikel tersebut dalam tempoh dua tahun itu. Maka impact factor bagi jurnal tersebut pada tahun 2010 ialah 60 dibahagi 40 iaitu 1.5. Impact factor sesuatu jurnal dikira dari tahun ke tahun dan biasanya akan diumumkan oleh pihak ISI Thomson pada bulan Jun atau Julai pada setiap tahun melalui laman web mereka.

Sains vs Sosial Sains

Dalam bidang sains, sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat jurnal yang mempunyai impact factor melebihi empat atau lima tetapi dalam bidang sains sosial, nilai impact factor sebanyak 1 kadang-kadang sudah tinggi.

Perlu diingat artikel yang mencite sesuatu artikel itu juga perlu diterbitkan oleh jurnal ISI Thomson dalam tempoh dua tahun. Artikel yang dicite selepas dua tahun tidak akan dikira bagi mendapatkan nilai impact factor sesuatu jurnal.

Nilai impact factor ini akan menentukan kedudukan ranking sesuatu jurnal. Ranking akan dibahagikan kepada empat bahagian. Setiap satunya dinamakan quartile. Quartile pertama mewakili satu perempat jurnal yang menduduki ranking paling tinggi. Begitulah juga, quartile kedua, ketiga dan keempat. Sebagai contohnya, pada tahun 2010 terdapat sebanyak 188 jurnal yang tersenarai dalam kategori Education & Educational Research. Jumlah jurnal ini akan sentiasa berubah dari tahun ke tahun kerana  terdapat jurnal baru akan terindeks dalam pangkalan data ini. Jumlah 188 judul jurnal ini akan dibahagikan kepada empat bahagian berdasarkan ranking mereka. Dengan itu, kedudukan jurnal akan ditetapkan berdasarkan quartile tersebut.

Satu jurnal dalam dua kategori

Kadang-kadang, satu jurnal tergolong dalam dua kategori yang berbeza. Sebagai contohnya, jurnal Foreign Language Annals tergolong dalam kategori Education & Educational Research dan juga Linguistics. Jurnal ini mempunyai ranking yang berbeza berdasarkan dua kategori yang berbeza. Berdasarkan laporan ISI Thomson 2011, pada tahun 2010, jurnal ini berada pada kedudukan ranking yang ke-116 daripada 177 jurnal dalam kategori Education & Educational Research dan berada pada kedudukan yang ke-74 daripada 141 jurnal dalam kategori Linguistics. Impact factor bagi jurnal ini pula pada tahun 2010 pula adalah sebanyak 0.535. Kedudukan ranking jurnal boleh disemak melalui laman web jurnal  ataupun merujuk terus ke laman web ISI Thomson.

Pengumuman ranking terbaru sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pihak penulis dan juga jurnal kerana ia menjadi KPI (key performance index) bagi hasil kerja mereka selama bertahun-tahun.

Tumpuan penulis

Lebih tinggi kedudukan quartile sesuatu jurnal, maka semakin tinggilah status jurnal tersebut. Status yang tinggi akan menarik perhatian lebih ramai penulis di seluruh dunia. Seumpama bunga yang paling wangi akan menarik lebih banyak kumbang untuk hinggap!

Oleh itu, jurnal-jurnal yang mempunyai ranking yang tinggi akan menjadi sasaran utama seluruh ahli akademik berbanding jurnal yang berada pada ranking yang lebih rendah, meskipun kesemuanya terindeks dalam jurnal ISI Thomson. Secara ironinya, pihak jurnal akan mempunyai pilihan artikel yang lebih banyak. Dengan kata lain, persaingan untuk penerbitan artikel dalam jurnal ini juga akan menjadi bertambah sengit. Satu perkhabaran kurang enak kepada penulis kerana peratus artikel yang ditolak juga akan meningkat!

Universiti tempatan dan jurnal ISI Thomson

Terdapat beberapa pihak universiti di tanahair yang mengutamakan penerbitan di jurnal yang berada pada kedudukan yang tinggi. Saya merasa sungguh kasihan kepada pensyarah yang bertungkus lumus menyiapkan artikel untuk dihantar ke jurnal-jurnal ini. Malah, saya selalu sahaja mendapati mereka mengorbankan masa hujung minggu dan juga balik lewat malam untuk menyiapkan penulisan.

Bukan semua bidang mempunyai jurnal yang berstatus first quartile dalam ISI Thomson. Mungkin bidang kejuruteraan dan perubatan mempunyai pelbagai pilihan jurnal. Namun, bagi bidang pengajian Islam contohnya, mereka mempunyai pilihan yang terhad. Ini kerana bidang ini dirangkumkan dalam humanities yang mencakupi bidang yang sangat  luas. Mungkin sahaja jurnal yang berada pada kedudukan ranking yang tinggi adalah dalam disiplin humanities yang lain daripada pengajian Islam. Oleh itu, para sarjana kita dalam bidang ini tidak mempunyai pilihan!

Bilangan jurnal yang terhad

Mungkin ada jurnal dalam disiplin ini tersenarai dalam ISI Thomson. Namun bilangannya adalah amat terhad. Statusnya juga mungkin tidak di first quartile. Mereka juga terpaksa bersaing dengan ribuan ahli akademik di seluruh dunia. Persaingan untuk menerbitkan artikel akademik adalah perkara biasa. Namun, persaingan untuk menerbitkan artikel dalam jurnal yang jumlahnya boleh dihitung dengan jari itu adalah luar biasa.

Perlu berlaku adil

Oleh itu, saya secara peribadi berpendapat kita harus berlaku adil kepada semua ahli akademik dalam semua bidang. Jika kita beranggapan penerbitan di jurnal ISI Thomson first quartile itu penting malah wajib, maka sebagai universiti, kita juga perlu mewujudkan platform kepada penyarah ini untuk berkarya.

Pertanika, UPM

Saya kagum dengan pendirian pengurusan UPM. Mereka mempunyai satu jurnal mereka yang tersendiri iaitu Pertanika yang terindeks dalam SCOPUS. Pertanika dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan tiga bidang yang berbeza iaitu Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS); Pertanika Journal of Science & Technology (JST); and Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH).  Melalui laman web mereka, pihak jurnal memaklumkan bahawa pihak pengurusan universiti bersetuju menjadikan penerbitan dalam ketiga-tiga jurnal itu setaraf dengan penerbitan di jurnal ISI Thomson. Keputusan ini pastinya memudahkan pada pensyarah UPM untuk menerbitkan hasil akademik mereka di halaman mereka sendiri.

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s