Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 30)

Strategi pihak jurnal

Sebahagian jurnal mempunyai strategi tertentu dalam memasarkan artikel mereka, seterusnya meningkatkan status dan ranking mereka. Antara lain, mereka akan mengindekskan jurnal mereka dalam pangkalan data yang besar dan pelbagai. Oleh sebab itu, kita akan dapat melihat sesuatu jurnal itu terindeks dalam banyak pangkalan data.

e-journal

Sebahagian mereka juga akan menerbitkan artikel secara e-journal terlebih dahulu, iaitu menerbitkan artikel lebih awal secara online. Sebagai contohnya, cuba lihat pautan ifirst dalam jurnal Interactive Learning Environments terbitan Taylor & Francis. Penerbitan sebegini menjadikan sesebuah artikel itu dapat diakses oleh para pembaca sebelum tarikh penerbitan sebenar. Oleh itu, peluang untuk ia dicitekan oleh artikel yang lain dalam tempoh dua tahun adalah lebih tinggi, seterusnya meningkatkan nilai impact factor jurnal.

Forthcoming articles

Sebahagian jurnal juga mewarwarkan senarai artikel yang akan keluar pada masa hadapan dalam ruangan forthcoming articles. Oleh itu, para pembaca akan mendapat tahu lebih awal daripada masa sebenarnya. Tatkala ia keluar nanti, sudah ada barisan pembaca yang berpotensi untuk men’cite‘ artikel berkenaan.

Most read articles dan most cited articles

Selain itu, pihak jurnal juga kadang-kadang menyenaraikan artikel mereka yang mendapat jumlah citation dan jumlah pembacaan yang paling tinggi dalam ruangan most read articles dan most cited articles. Ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran jurnal tersebut.

Akses percuma

Terdapat juga jurnal yang menawarkan akses percuma kepada beberapa artikel terbitannya. Perkara ini boleh disemak dalam laman web jurnal tersebut. Akses percuma bermaksud artikel berkenaan akan dapat dibaca oleh lebih ramai pengkaji, meningkatkan jumlah citation dan seterusnya meningkatkan nilai jurnal tersebut.

Selain itu, sebahagian jurnal menawarkan perkhidmatan Free Access kepada penulis yang menerbitkan artikel dengan mereka. Perkhidmatan ini ditawarkan dengan sejumlah  bayaran ketika penulis diberikan borang kontrak penerbitan. Perkhidmatan Free Access menjadikan sesuatu artikel itu dapat dibaca oleh semua penyelidik di seluruh dunia tanpa perlu melanggan jurnal tersebut atau membayar apa-apa bayaran.

Sekiranya penulis merupakan seorang yang dermawan dan mahukan artikelnya dibaca ramai, maka Free Access adalah pilihan yang baik. Perkara ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan lagi citation luar terhadap artikel itu seterusnya meningkatkan lagi ranking jurnal tersebut. Aku pernah melihat khidmat ini ditawarkan oleh Springer dahulu. Bayaran yang perlu dilabur oleh penulis mencecah ribuan dolar!

Penulis jemputan

Sebahagian jurnal juga sangat mengalu-alukan penulisan artikel daripada penulis yang terkenal dalam sesuatu bidang. Penulis-penulis ini mempunyai pengikut-pengikut mereka yang tersendiri. Oleh itu, apabila artikel mereka diterbitkan dalam jurnal tersebut, maka jumlah citation juga akan meningkat.

Terdapat juga ahli akademik yang baru mula menulis, gemar melakukan kajian bersama-sama penulis yang prolifik ini. Apabila mereka menulis sesuatu artikel akademik, mereka akan meletakkan nama penulis prolifik ini sebagai penulis kedua atau ketiga bagi memasarkan artikel mereka. Namun, bukan mudah untuk menggunakan nama penulis prolifik ini kerana mereka juga akan turut serta  dalam kajian dan penulisan tersebut. Sebarang kelemahan dalam penulisan juga akan mempengaruhi kredibiliti mereka sebagai penulis. Oleh itu, pastinya, mereka akan terlebih dahulu memastikan mutu penulisan itu benar-benar mencapai tahap yang tinggi. Dengan kata lain, penulisan ahli akademik yang sudah mempunyai nama ini lebih mudah untuk diterbitkan berbanding penulis yang baru.

Ranking jurnal dan bisnes

Kedudukan ranking yang tinggi menjadikan sesuatu jurnal itu menjadi rujukan utama para sarjana berdasarkan bidang mereka masing-masing. Perkara ini juga menjadikan jurnal tersebut mendapat langganan yang tinggi di seluruh dunia. Faktor ini sangat penting dalam bisnes mereka tentunya. Para penerbit yang menaungi jurnal tersebut juga akan menjadi lebih gembira kerana jumlah dolar yang disumbangkan kepada pendapatan syarikat.

Saya mendapat tahu dari seorang rakan, jika di barat, sudah menjadi satu perkara biasa kepada ahli akademik di sana untuk membeli belah membeli bahan akademik termasuklah artikel jurnal!. Saya tersenyum apabila memikirkan ahli akademik di sini yang kadang-kadang hendak membeli top up telefon pun tidak mempunyai cukup wang.

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 30)

  1. halimahtul says:

    bagus blog ni… byk maklumat sy dpt tentang cara penulisan artikel.. sy sedang mencari maklumat yg tepat dan jelas utk menulis artikel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s