Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 28)

Dokumen penting untuk submission

Dalam ruangan instruction for authors juga, penulis akan dapat melihat format penghantaran artikel yang perlu dipatuhi. Kebiasaannya, jurnal yang menggunakan sistem penghantaran bersepadu ini akan meminta tiga bentuk dokumen, iaitu pertama artikel penuh bersekali dengan nama penulis dan rujukan, kedua, artikel tanpa nama yang telah dipadamkan nama penulis  dan ketiga running page yang menunjukkan tajuk artikel dan maklumat terperinci tentang penulis-penulis.

Dokumen kedua iaitu artikel tanpa nama (anonymous) akan dihantar oleh pihak jurnal kepada para pewasit untuk dinilai. Nama penulis tidak disertakan dalam teks artikel bagi menjaga kerahsiaan penulis yang mungkin boleh memberi kesan terhadap penilaian artikel. Atas sebab ini jugalah, proses pewasitan artikel sebegini dikenali sebagai double blind review process iaitu pewasit dan penulis saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Pernah sekali, saya diminta untuk memadamkan segala maklumat yang boleh mendedahkan identiti diri saya sebagai penulis termasuklah segala rujukan yang mempunyai nama saya sendiri bagi menjaga proses double-blind review. Saya diminta untuk meletakkah xxx pada senarai rujukan yang mempunyai nama saya dan nama co authors yang lain.

Memuat naik dokumen

Kesemua dokumen ini akan dimuat naik ke dalam sistem dalam format word. Ia kemudiannya akan ditukarkan kepada fail pdf secara automatik oleh sistem terbabit. Para penulis akan diminta untuk menyemak dan mengesahkan artikel mereka buat kali terakhir sebelum dihantar kepada pihak jurnal. Melalui sistem ini, penulis akan dapat menyemak dan mengikuti perkembangan proses pewasitan artikel mereka serta dapat menghubungi ketua editor jurnal sekiranya timbul sebarang permasalahan.

Had panjang penulisan

Dalam ruangan Instruction for authors juga, penulis akan dapat melihat jumlah panjang minimum dan maksimum sesuatu artikel yang hendak dihantar. Jumlah ini bergantung kepada sesebuah jurnal. Kebiasaannya panjang sesuatu artikel ditetapkan antara 2000 hingga 6000 patah perkataan.

Format penulisan

Melalui ruangan ini juga, penulis akan memperolehi maklumat penting berkaitan dengan format penulisan akademik, termasuklah format penulisan abstrak dan teks artikel. Ini kerana setiap artikel mungkin mengguna pakai format yang berbeza. Setahu saya, semua jurnal bernaung di bawah Taylor & Francis mengguna pakai format APA, namun jurnal-jurnal di bawah Sage mengguna pakai format yang berbeza.

Kesilapan penggunaan format ini mungkin sahaja menyebabkan sesuatu artikel itu ditolak!. Oleh itu, saya mengesyorkan kepadamu teman, supaya mengambil sedikit masa untuk membaca dan meneliti perkara ini sebaik-baiknya. Malang sungguh sekiranya sesuatu artikel itu ditolak bukan disebabkan oleh kandungannya tetapi disebabkan oleh penggunaan format yang tidak tepat.

Saya suka mencadangkan penggunaan EndNote kepada rakan-rakan kerana ia sangat membantu dalam menguruskan aspek teknikal penulisan terutama sekali berkaitan dengan citation dan rujukan.

Submit online

Melalui ruangan For contributors juga, penulis akan dapat melihat satu pautan Submit Online. Ayuh, klik pautan itu. Kita akan dibawa ke satu paparan baru iaitu sistem penghantaran artikel bersepadu yang aku jelaskan tadi seperti ScholarOne Manuscripts. Di sana, kita akan dipandu untuk mendaftar satu persatu. Selamat mencuba teman. Namun seeloknya anda siapkan dahulu artikel yang hendak dihantar itu!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s