Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 27)

Skop penulisan bersesuaian dengan jurnal

Saya juga harus memastikan skop jurnal yang saya pilih  adalah bersesuaian dengan skop artikel yangsaya tulis. Perkara ini boleh diselidiki melalui sedikit penelitian pada ruangan Aims & Scope yang terdapat di bahagian about this journal bagi sesuatu jurnal.

Saya sedar bahawa sekiranya saya tersilap memilih jurnal, maka artikel itu akan ditolak mentah-mentah, walaupun ia mungkin bermutu. Mungkin juga skop sesuatu jurnal itu bersesuaian dengan skop artikel, namun ia lebih mengutamakan kajian yang yang dilakukan di Eropah atau di Amerika. Jurnal sebegini juga berpotensi tinggi untuk menolak artikel yang dilakukan di Malaysia atau negara-negara lain yang tidak berkaitan.

Jurnal ISI Thomson kebiasaannya adalah sangat teliti dalam hal ini. Apatah lagi apabila mereka bernaung di bawah satu penerbit yang terkenal. Mereka juga tidak ketandusan artikel kerana ramai penyelidik di seluruh dunia berpusu-pusu menulis artikel untuk jurnal mereka kerana prestij ISI Thomson itu. Sudah tentu perkara ini merupakan satu khabar kurang baik kepada penulis baru kerana kebarangkalian untuk artikel mereka ditolak adalah tinggi!.

Pihak jurnal juga-juga kadang menerbitkan satu edisi khas yang mengupas isu-isu tertentu dalam kajian. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih jurnal berdasarkan skop yang telah ditetapkan. Saya mempunyai pengalaman pahit dalam hal ini. Nanti aku kongsikan…

Bilangan keluaran (isu) dalam setahun

Selain itu, saya juga harus melihat jumlah bilangan keluaran ataupun isu yang diterbitkan oleh sesuatu jurnal dalam setahun. Bilangan isu adalah berbeza antara satu jurnal dengan yang lain. Sebahagian jurnal hanya mempunyai satu keluaran sahaja setahun, manakala terdapat juga jurnal yang terbit sebanyak 12 kali dalam setahun. Ini bermakna jurnal ini menerbitkan satu keluaran dalam sebulan!. Penerbitan yang lebih kerap bermakna saya tidak perlu menunggu lama untuk melihat artikel saya diterbitkan.

Bayangkan, sekiranya jurnal itu diterbitkan hanya sekali dalam setahun dan melibatkan beberapa buah artikel sahaja. Ini bermakna saya perlu menunggu setahun lagi lamanya untuk melihat artikel itu diterbitkan sekiranya ia tidak terpilih pada tahun ini!…Siapa berani menyatakan bahawa penantian itu satu perkara yang indah.

Malah pernah berlaku, terdapat penulis yang menghantar artikelnya kepada satu jurnal yang lain kerana tidak sabar menunggu kelahiran artikelnya dalam jurnal pertama. Tindakan ini akhirnya mencetuskan konflik antara kedua-dua jurnal kerana kedua-duanya memiliki copyright artikel tersebut, seumpama dua orang suami bergaduh kerana berebutkan seorang isteri.

Selidiki dahulu jurnal tersebut

Setiap jurnal biasanya mempunyai pautan For contributors di laman web mereka. Saya perlu meneliti ruangan ini sebelum menghantar artikel ke mana-mana jurnal.

Pertama sekali, dalam ruangan ini, saya perlu meneliti bahagian instruction for authors. Bahagian ini sangat penting kerana ia menggariskan panduan penulisan artikel kepada para penulis. Setiap jurnal mempunyai garis panduan yang mungkin berbeza.

Sistem penghantaran bersepadu

Pada bahagian instruction for authors, antara maklumat penting yang boleh didapati adalah cara menghantar artikel. Seperti yang telah saya maklumkan dahulu, kebanyakan jurnal ISI Thomson bernaung di bawah penerbit tertentu. Biasanya, penerbit ini akan menggunakan satu sistem penghantaran yang standard bagi semua jurnal di bawahnya. Sebagai contohnya, semua jurnal yang berada di bawah Taylor & Francis menggunakan sistem ScholarOne Manuscripts (dahulunya dikenali sebagai Manuscript Central). Begitu juga semua jurnal di bawah Springer mengguna pakai sistem Editorial Manager. Ini bermakna penulis perlu mendaftarkan diri mereka ke dalam sistem ini bersekali dengan nama dan password sebelum dapat menghantar artikel kepada jurnal dipilih.

Bersambung…

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 27)

  1. mohh zamirul says:

    bagaimana saya mahu menghantar jurnal saya, adakah melalui email atau website. Apa websitenya.. harap saudara boleh memberi penerangan kepada saya di za_mirul@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s