Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 23)

Masa senggang

Sekarang, saya mempunyai masa senggang lebih kurang dua minggu sementara menunggu penyelia membaca dan menyemak draf penulisan tesis. Pembaikan bab-bab yang lain juga telah saya bereskan. Alhamdulillah. Saya merasa sungguh bersyukur dan puas kerana sekurang-kurangnya telah berjaya melepasi tahap ini. Sekurang-kurangnya!

Dalam sela-sela masa yang terluang itu, saya terfikir untuk menulis artikel dengan lebih giat. Saya sedar bahawa masa jika tidak dimanafaatkan sebaik yang mungkin, ia pasti akan meninggalkan kita. Masa pasti akan terus meninggalkan saya walaupun saya hanya duduk berdiam diri! Saya juga sedar, masa cuti adalah masa yang terbaik untuk melakukan aktiviti akademik. Saya juga meragui kemampuan untuk menulis seperti sekarang apabila kembali bertugas nanti, lantaran komitmen kerja yang begitu menuntut keringat.

Hubungan akademik

Sebagai seorang ahli akademik, saya harus ‘menjual’ kepakaran saya kepada pihak luar. Saya juga harus membuat hubungan dengan ahli-ahli akademik luar yang lebih berpengalaman. Antara cara terbaik yang boleh saya lakukan untuk berkomunikasi dengan mereka adalah dengan menulis artikel yang berkaitan dengan bidang saya sendiri. Komuniti ilmuan akan lebih mengenali diri seorang ahli akademik dengan hasil penulisan walaupun tidak pernah bersua muka.

Jurnal ISI Thomson

Penyelia mencadangkan agar saya cuba menghantar artikel ke jurnal yang terindeks dalam pangkalan data ISI Thomson. Saya menyedari bahawa jurnal bertaraf ISI Thomson mempunyai piawai yang lebih tinggi daripada SCOPUS. Bukan mudah untuk menerbitkan artikel di jurnal-jurnal bertaraf ISI ini! Bukan semua jurnal terindeks dalam SCOPUS diindekskan dalam jurnal ISI, begitulah sebaliknya, bukan semua jurnal terindeks dalam ISI diindekskan dalam SCOPUS. Setiap satu pangkalan data ini mempunyai kriteria tertentu dalam penyenaraian jurnal.

ISI Thomson merupakan satu pangkalan data yang dikelolakan oleh Thomson Reuters Corporation. ISI merupakan singkatan bagi The Institute for Scientific Information, namun sekarang ia dikenali pula sebagai Thomson Reuters Web of Knowledge. Perhatikan diskripsi yang diberikan dalam laman web mereka:

“Thomson Reuters Web of KnowledgeSM is a research platform that gives you access to objective content and powerful tools to search, track, measure and collaborate in the sciences, social sciences, arts, and humanities. This intelligent research platform provides access to the world’s leading citation databases, including powerful cited reference searching, the Analyze Tool, and over 100 years of comprehensive backfile and citation data.”

Syarat penyenaraian sesuatu jurnal ke dalam pangkalan data ini adalah sangat ketat. Malah saya belum menemui satu jurnal pun dalam bidang pendidikan di Malaysia yang terindeks dalam pangkalan data ISI Thomson. Setahu saya, pihak Gema Online Journal sekarang ini sedang berusaha untuk diindekskan ke dalam pangkalan data ini. Mudah-mudahan usaha mereka ini membuahkan hasil.

Bersambung…

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s