Penerbitan artikel jurnal: Satu catatan pengalaman (siri 21)

Kepentingan penyenaraian artikel dalam SCOPUS

Penyenaraian dalam pangkalan data SCOPUS menjadikan sesebuah artikel itu lebih mudah untuk sampai kepada khalayak pembaca. Ini kerana SCOPUS memuatkan hampir 18000 judul daripada lebih 5000 buah penerbit.

Bayangkan satu senario begini. Katakanlah terdapat sepuluh ribu buah jurnal yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa Arab. Terdapat pula seorang pengkaji yang ingin mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan topik kajiannya. Untuk tujuan itu, beliau terpaksa membuka kesemua laman web jurnal yang berjumlah ribuan itu satu persatu bagi mencari arttikel yang berkaitan. Bayangkan berapa lama masa yang beliau perlu peruntukkan untuk mencari artikel-artikel tersebut!.

Menjimatkan masa

Sekiranya kesemua jurnal ini diletakkan dalam satu pangkalan data, maka pengkaji ini boleh mencari artikel yang berkaitan melalui pemilihan kata kunci yang tepat ataupun melalui carian penulis!. Taip sahaja satu kata kunci, maka kesemua artikel yang berkaitan akan muncul dalam satu paparan.

Begitu juga, pengkaji itu boleh sahaja menaip nama seorang penulis, maka akan keluarlah kesemua tulisan penulis itu tanpa mengira jurnal mana yang menerbitkannya. Sistem ini sungguh menyenangkan para pengkaji. Malah, dapat menjimatkan lebih banyak masa!

Work smart..

Bayangkan juga, sekiranya sepuluh ribu jurnal ini diterbitkan secara bercetak sahaja dan tidak diterbitkan secara online. Seorang pengkaji terpaksa membelek satu persatu jurnal yang bilangannya mencecah ribuan judul ini semata-mata untuk mencari artikel-artikel yang berkaitan. Malah, satu jurnal pula mungkin sahaja mempunyai beberapa keluaran dalam setahun. Nah, darab sahaja angka sepuluh ribu itu dengan jumlah keluaran itu. “Penat, penat, penat” satu perkataan yang aku rasakan paling layak untuk proses pencarian sebegini. Oleh sebab itu, adalah penting sesebuah jurnal itu diindekskan dalam satu pangkalan data, malah mungkin beberapa pangkalan data bagi memudahkan para pembaca mencari dan mendapatkan artikel tersebut. Satu keadaan menang-menang bagi kedua-dua belah pihak iaitu pembaca dan juga penulis…

Oleh itu teman, jangan terkejut sekiranya saya mendedahkan bahawa dalam kembara pengajian ini, hanya dua kali sahaja saya pergi ke Perpustakaan UKM dan hanya beberapa kali sahaja saya bertamu di Perpustakaan UiTM. Selebihnya, masa saya dihabiskan dengan mengadap komputer riba sambil ditemani oleh sebuah wireless ADSL modem.

Capaian mudah

Jurnal yang diterbitkan dalam bentuk bercetak biasanya tidak dapat dicapai oleh pembaca di seluruh dunia kerana kekangan logistik dan sebagainya. Bayangkan berapa lama masa yang diperlukan oleh pengkaji di Kanada untuk memperolehi dan membaca jurnal yang dicetak di Malaysia. Itupun jika kita mengandaikan jurnal itu sampai ke sana!.Oleh sebab itu, kebanyakan jurnal sekarang diterbitkan secara online, ataupun setidak-tidaknya diterbitkan dalam dua bentuk serentak iaitu secara online dan juga bercetak.

Impian sebagai seorang penyelidik ilmu-ilmu Islam

Ketika saya membuat carian artikel secara online, saya membayangkan ratusan ribu hasil penulisan akademik ulama-ulama Islam terdahulu. Kesemua penulisan itu dihasilkan dengan susah payah dan menelan masa yang bukan sedikit. Sebahagian besarnya bersaiz XXXXL, berjilid-jilid tebalnya. Sebahagian besarnya juga masih lagi dalam bentuk tulisan tangan, menunggu masa untuk disunting oleh generasi muda. Malah terdapat juga tulisan yang semakin lusuh dan uzur dimamah anai-anai ataupun tulisannya menjadi semakin pudar disebabkan oleh hukum alam semulajadi.

Pengalaman terdahulu

Saya membayangkan kesukaran yang pernah saya hadapi pada pengajian peringkat Masters dahulu dalam mencari rujukan buku-buku ternama ini. Malah sebahagian teman-temanku yang lain terpaksa berkelana berbulan-bulan lamanya ke negara Arab bagi mencari rujukan di sana kerana ketiadaan sumber di perpustakaan tempatan. Berapa banyak masa dan keringat yang telah ditumpahkan untuk tujuan itu.

Sebuah impian

Saya membayangkan alangkah bagusnya sekiranya segala kandungan buku-buku utama tersebut dapat diindekskan dalam satu pangkalan data seperti SCOPUS ataupun pangkalan data yang lain. Alangkah baiknya, sekiranya usaha sebegini dapat dilaksanakan. Perkara ini pernah dilakukan dalam konteks kajian al-Quran iaitu dalam mencari ayat yang berkaitan dengan topik tertentu. Pencarian boleh dilakukan sama ada  berdasarkan perkataan seperti tulisan al-‘Allamah al-Asfahani melalui kitab Mufradat alfaz al-Quran ataupun pencarian berdasarkan tajuk seperti tulisan Syeikh Subhi ‘Asr melalui kitab al-Mu’jam al-Mawdu’i li ayaat al-Quran al-Karim.

Saya tidak dapat membayangkan betapa mudahnya para pengkaji untuk melakukan proses silang rujukan sekiranya pangkalan data ini berjaya diwujudkan. Pengkaji hanya perlu menaip satu kata kunci. Selepas itu, enjin carian pangkalan data tersebut yang akan menjalankan tugas!.

Saya tersenyum apabila mula membayangkan beberapa kelibat tokoh akademik Islam muda yang mampu berhujah dengan pelbagai rujukan muktabar hanya dengan berbekalkan sebuah ipad atau komputer riba! Persis para ulama terkemuka yang dapat berhujah dengan dalil-dalil berserta dengan nama kitab dan muka suratnya sekali!

Sekiranya sistem pangkalan data ini dapat diwujudkan, saya kira kita mampu untuk mewujudkan satu rangkaian ulama segera yang berhujah dengan dalil bersumberkan rujukan yang muktabar, tanpa menunggu mereka untuk menghafal helaian muka surat buku tersebut!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s