Kembara ke Pulau Bali: Kehidupan penduduk dan hasil seni

Pulau Bali

Kehidupan penduduk Bali

Penduduk Bali kebanyakannya masih mengekalkan corak kehidupan tradisional yang berlatarkan kehidupan nelayan dan petani. Jalan-jalan di sekitar pulau ini juga masih ala-ala kampung walaupun pembangunan industri pelancongannya begitu pesat membangun.

Harga makanan

Harga makanan juga tidak tinggi. Namun, perbezaan yang amat ketara dapat dirasakan antara harga makanan hotel tempat kami menginap dengan harga makanan di kaki lima. Bayangkan harga air mineral di luar dijual serendah RM1 sedangkan air yang sama boleh dijual dengan harga RM10 oleh pihak hotel. Walaupun mungkin sahaja kedudukan kedai itu hanyalah bersebelahan pagar hotel!.

Pengaruh kepercayaan dalam kehidupan

Kehidupan penduduk Bali banyak dipengaruhi oleh kepercayaan sebahagian besar penduduknya iaitu agama Hindu. Para pelancong akan dapat melihat keadaan ini dalam segenap tatacara kehidupan mereka. Antara perkara yang menarik perhatian kami semasa berada di sana adalah hasil ukiran kayu dan batu oleh penduduk di sana.

Ukiran kayu dan batu

Pulau Bali sememangnya terkenal dengan hasil ukiran kayu dan batu. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya kedai-kedai menjual hasil seni ini tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Terdapat juga satu perkampungan yang semua penduduknya bergantung rezeki kepada hasil ukiran ini. Malah, bakat itu mereka warisi sejak turun temurun lagi.

Terdapat pelbagai hasil ukiran yang mereka hasilkan. Namun, tema yang paling kerap dijumpai adalah ukiran patung-patung dan segala yang berkaitan dengan kepercayaan mereka, termasuklah ukiran topeng hantu jembalang. Malah, terdapat juga tema ukiran yang diambil dari perkara yang menjadi taboo bagi kaum kita termasuklah menjadikan alat sulit manusia sebagai tema bahan ukiran.

Lukisan tangan

Pulau Bali juga terkenal dengan hasil lukisan tangan. Kami sempat berkunjung ke satu perkampungan seni. Kami begitu teruja apabila mendapati keseluruhan penduduk di situ merupakan insan-insan seni yang berbakat dalam melukis. Terdapat galeri-galeri seni milik persendirian mempamerkan hasil seni mereka. Hasil lukisan pula mempunyai pelbagai bentuk, tema dan saiz. Kami sempat membeli satu lukisan tangan yang bernilai hampir RM150. Menurut perkiraan kami, hasil sebegitu mungkin sahaja mencecah RM600 dalam pasaran tanahair. Satu perkara yang penting semasa membeli hasil lukisan ini adalah kesabaran memilih dan kesabaran dalam tawar menawar. Ini kerana, pemiliknya akan meletakkan harga yang tinggi pada mulanya, mungkin mengjangkakan harga itu akan ditawar oleh para pelanggan.

This entry was posted in kembara and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s