Rahmat Allah kepada manusia: Perutusan para nabi dan rasul

Kita berasal dari syurga

Manusia sebenarnya adalah satu ciptaan Allah yang berasal dari syurga. Moyang kita dahulunya berasal dari syurga. Oleh itu, kita nantinya akan kembali ke syurga. Kita diturunkan ke dunia ini untuk sementara waktu bagi menguji tahap keimanan kita, iaitu bagi membezakan yang mana satu insan taqwa dan yang mana satu insan fasiq. Untuk kembali ke syurga, kita harus memiliki sifat-sifat yang melayakkan kita untuk menetap di sana.

Panduan ilahi

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian” tegas Allah dalam surah alTiin. Manusia telah dijadikan dengan segala sifat yang melayakkannya untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dengan kejadian ini juga, manusia boleh memanipulasikan segala ciptaan Allah yang lain untuk kelangsungan hidup mereka di alam ini.

Allah taala tidak meninggalkan manusia untuk hidup bersendirian dengan kelebihan yang mereka miliki itu. Allah taala dengan penuh kasih sayangnya telah menyediakan segala kemudahan untuk membimbing manusia supaya menjadi satu entiti yang boleh memberi rahmat kepada seluruh alam. Bukan itu sahaja, bimbingan Allah ini juga adalah bagi memandu manusia untuk menjadi sekelompok makhluk yang berjaya di dunia dan juga berjaya juga di akhirat nanti, iaitu kembali semula ke tempat asal mereka, syurga Allah taala.

Allah taala secara konsisten menerangkan kepada manusia erti kehidupan mereka yang sebenar di dunia ini melalui perutusan-perutusan nabi dan rasul sepanjang zaman, semenjak Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad saw. Pemilihan nabi dan rasul adalah juga dari kalangan manusia sendiri bagi memudahkan mereka untuk menghadam segala ajaran dan tunjuk ajar. Ini kerana para nabi dan rasul menjalani kehidupan normal sebagaimana manusia yang lain juga. Tidak cukup dengan perutusan para nabi dan rasul, Allah taala membekalkan pula perutusan ini dengan kitab-kitab sebagai panduan utama. Malah kitab yang terakhir iaitu al-Quran diturunkan mengikut sebab-sebab dan peristiwa-peristiwa tertentu. Perkara ini bagi memudahkan lagi para sahabat Nabi saw untuk memahami isu kandungan al-Quran tersebut.

Kandungan al-Quran

Kandungan al-Quran dijamin kekal asli sehingga ke hari kiamat. Ini bermakna kandungannya dijamin tidak akan diubah dan ditokok tambah oleh golongan tertentu. Oleh itu tidak timbul persoalan tentang kesahan kandungan sumber utama ini. Al-Quran juga dihafal oleh ribuan manusia di seluruh dunia. Andai kata al-Quran ini dimusnahkan oleh golongan tertentu, maka dalam sehari sahaja ia akan dapat dicetak kembali melalui para penghafal al-Quran ini. Dengan kata lain, untuk menghapuskan al-Quran, kaum muslimin juga perlu dilupuskan.

Penutup

Sesungguhnya, perutusan para nabi dan rasul ini berserta dengan kitab-kitab panduan merupakan satu rahmat Allah kepada seluruh manusia. Tanpa panduan ini, kehidupan manusia akan menjadi kucar kacir walaupun mereka mempunyai kelebihan dari sudut penciptaan mereka. Oleh itu, sebagai seorang hamba kepada Allah taala, maka kita wajib memanjatkan kesyukuran kepada Allah taala atas kurniaan yang hebat ini. Tanda syukur kita adalah dengan memahami dan mengikuti segala ajaran yang tercatat dalam al-Quran dan juga segala ajaran yang ditunjukkan oleh para nabi dan rasul. Sesungguhnya manusia itu adalah daif dan sangat memerlukan bimbingan daripada Allah taala. Namun dalam pada itu, Allah taala itu maha kaya dan tidak memerlukan kepada sesiapa jua.

This entry was posted in pembersihan jiwa and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s