Kembara ke Pulau Bali: Jalan-jalan cari makan (Makanan Minang)

Pulau Bali

Jalan-jalan cari makan: Makanan Minang

Kami tinggal lebih kurang seminggu di Pulau Bali. Tempat tinggal kami merupakan salah satu hotel terkenal di Nusa Dua Bali, Hotel Nikko. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana hotel ini dibina. Bayangkan sebuah hotel yang dibina di lereng sebuah bukit!. Masuk sahaja ke hotel itu, kami sudah berada di tingkat 14 (kalau tidak silap). Memang selayaknya untuk sebuah hotel yang diberi penarafan 5 bintang!

Namun, kami menghadapi kesukaran untuk mencari makanan halal. Kami dinasihatkan oleh teman-teman agar tidak mencuba makanan di hotel kerana ketiadaan status halal. Hotel Nikko terletak agak jauh ke dalam, dihubungkan oleh sebuah jalan setaraf jalan kecil di kampungku sahaja. Mungkin keadaan itu dikekalkan sebegitu bagi memperlihatkan satu suasana semulajadi Pulau Bali, iaitu sebuah perkampungan nelayan.

Kami terpaksa menaiki kereta sewa untuk keluar mencari makanan. Di kiri kanan jalan terpampang gambar babi dengan pelbagai bentuk masakan, yang paling terkenal adalah babi panggang!. Kami dimaklumkan oleh pemandu kereta sewa, Pak Bambang, babi diternak di Bali seumpama kita menternak ayam itik di belakang rumah!.

Kami bernasib baik kerana pemandu kereta sewa kami itu seorang Muslim. Muslim merupakan golongan minoriti di Bali. Beliau membawa kami makan di sebuah restoran Minang. Pertama kali aku merasai makanan Minang. Sebaik sahaja kami duduk di restoran itu, kami terus dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk. Sebahagiannya belum pernah aku lihat, termasuklah hidangan otak lembu masak lemak kuning dan beberapa hidangan lain yang agak pelik. Aku terkejut kerana begitu banyak lauk pauk terhidang di atas meja namun sedikit teruja dengan hidangan ‘eksotik’ itu. Siapa yang nak habiskan makanan ni? Dan siapa pula yang nak bayar kesemua ni?” Aku mengeluh sendirian sambil mengerutkan muka.

Isteriku tersenyum sendirian, seolah-olah mengetahui apa yang bermain di dalam fikiranku. “Tak pe bang. Kat restoran Minang ni, mereka akan menghidangkan semua lauk-pauk yang ada. Kita makan apa yang kita nak sajelah. Pengiraan bil nanti bergantung kepada lauk-pauk yang kita makan” jelas isteriku, mesra. Oh..macam tu ke?” Aku tersenyum lega. Maklumlah ini merupakan pengalaman pertamaku makan di restoran Minang!

Kami makan dengan penuh selera. Sedap juga makanan Minang ini…

Koleksi artikel kembara. Klik di sini.

This entry was posted in kembara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s