Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri tujuh belas)

Sambungan daripada artikel sebelum ini. Klik di sini.

Laman web SCOPUS

Setiap artikel yang diterbitkan oleh jurnal SCOPUS akan tersenarai dalam laman web SCOPUS, sepertimana juga artikel yang terindeks dalam Proquest boleh didapati dalam laman web Proquest. Laman web SCOPUS perlu dilanggan sebelum ia boleh diakses. Sekiranya saya berada di universiti, saya tidak bimbang kerana dengan menggunakan server universiti, saya secara automatik dapat mengakses laman web ini secara percuma. Ini kerana laman web ini sudah meng’authorize‘kan IP universiti yang melanggan perkhidmatan mereka. Namun, sekiranya saya berada di luar universiti, saya harus berbaik-baik dengan librarian kerana dengan password tertentu, saya boleh melayari laman web ini juga secara percuma.

EZ Access

Perpustakaan UiTM sebagai contohnya telah menyediakan perkhidmatan EZ Access kepada kakitangan akademik dan pelajar siswazah untuk mengakses laman web ini, malah juga puluhan pangkalan data yang lain di mana-mana sahaja pelajar berada. Perkara ini sungguh memudahkan pelajar kerana ramai juga pelajar yang terdiri daripada pelajar luar kampus! Oleh itu, saya sentiasa menyimpan nombor telefon librarian kesayangan saya kerana password ini selalu berubah atas faktor keselamatan!

Author search

Melalui laman web SCOPUS, seorang penulis boleh melihat bilangan artikel yang telah beliau hasilkan dalam kesemua jurnal SCOPUS!. Teman, engkau buka sahaja laman web SCOPUS. Pergi ke search dan author search. Taipkan nama penulis berdasarkan last name dan first name. Senarai artikel penulis tersebut akan muncul beserta dengan abstrak dan senarai rujukan. Sekiranya rujukan yang digunakan  juga tersenarai dalam SCOPUS, khalayak pembaca boleh mengakses rujukan asal artikel tersebut! Dari satu segi, saya sebagai penulis harus berhati-hati mencite artikel penulis lain kerana khalayak pembaca boleh mengaudit hasil tulisan saya.

Artikel penulis lain

Menarik juga, melalui laman web ini, selain boleh menjejaki bilangan penulisan artikel saya sendiri, saya juga boleh melihat bilangan penulisan co author yang lain. Malah, saya boleh melihat bilangan artikel sesiapa sahaja termasuklah dekan dan profesor jabatan. Apa yang penting, saya perlu mengetahui nama yang mereka gunakan.

Saya juga boleh melihat berapa bilangan artikel yang telah diterbitkan oleh ahli akademik di universiti secara keseluruhan, merentasi disiplin ilmu. Malah, saya juga boleh melihat berapa artikel yang telah diterbitkan oleh semua ahli akademik di Malaysia dan membandingkannya dengan penerbitan ahli akademik di Singapura!.

Nah, cuba teman, saya memberikan satu homework mudah. Pergi ke laman web SCOPUS dan jangan lupa tulis nama profesor di tempat anda sendiri! Selepas itu, cuba klik pada nombor yang tertera di bawah ruangan documents. Nah, kesemua artikel profesor anda akan keluar bersekali dengan nama jurnal.

Sekarang pada halaman itu juga, cuba lihat bahagian citations, di hujung sekali sebelah kanan, anda akan nampak nombor bukan. Jika nombor itu kosong, ia berwarna hitam. Namun, sekiranya ia mempunyai nilai, ia akan berwarna biru, tanda ia telah di link‘kan kepada sesuatu. Nah, jika berwarna biru, cuba anda klik di situ. Anda pasti dapat melihat senarai artikel lain yang telah men‘cite‘ artikel profesor anda berserta dengan perinciannya sekali!. Seronok bukan! Sekiranya anda mahu melihat sumber asal artikel ini, klik sahaja pada nama jurnal di bawah ruangan source title. Mudah bukan!

Sekiranya anda mahu melihat sumbangan artikel co-author yang lain, anda boleh sahaja klik nama mereka yang terdapat di bawah ruangan authors. Setiap nama penulis telah di’link‘kan secara individu kepada database masing-masing.

Penggunaan nama penulis

Berkaitan dengan penggunaan nama, semenjak dari awal lagi, penyelia menasihatkan saya agar menggunakan satu nama sahaja dalam penulisan artikel. Saya mempunyai pilihan sama ada menggunakan nama Ghazali Yusri Abd Rahman ataupun Ghazali Yusri sahaja. Nama yang pertama akan membuatkan saya dikenali dengan Rahman,G.Y.A manakala melalui nama kedua, saya dikenali sebagai Yusri, G. Saya akhirnya memilih nama kedua kerana ia lebih ringkas. Begitu juga, penyelia saya lebih gemar menggunakan nama Nik Mohd Rahimi. Nantinya beliau akan dikenali sebagai Rahimi, N.M.!

Menjejaki citation

Saya kagum kerana laman web ini juga membolehkan saya menjejaki artikel-artikel lain yang mencite artikel saya. Ini membolehkan saya meneliti perkembangan body of knowledge secara dekat dan juga mengukur kekuatan dan kesan artikel yang saya hasilkan terhadap kajian-kajian lain. Menarik bukan!

Waspada dalam citation

Namun, saya juga harus berwaspada. Jika saya boleh melihat artikel lain yang mencite artikel saya, penulis artikel yang saya rujuk dalam penulisan pun boleh melihat hasil penulisan saya. Bayangkan sekiranya saya tersilap memahami dan melaporkan dapatan mereka! Aduh, saya harus lebih berhati-hati.

Senarai lengkap jurnal SCOPUS

Laman web ini juga menyediakan senarai lengkap jurnal yang terindeks dalam SCOPUS. Begitu juga jurnal yang telah dilucutkan penarafan mereka! Dengan cara ini, saya boleh memilih jurnal mana yang harus saya pilih berdasarkan tema perbincangan. Saya sedar, sangat penting saya menghantar artikel saya ke jurnal yang bersesuaian dengan tema penulisan. Jika tersalah tema, artikel itu pasti ditolak mentah-mentah walaupun bermutu! Laman web SCOPUS juga menyediakan pautan terus kepada laman web jurnal yang terindeks. Mudah bukan!

Apa yang perlu anda lakukan teman, pergi sahaja ke laman web SCOPUS. Tekan butang Sources yang terdapat di bahagian atas laman web itu. Pilih subject area yang hendak dicari terlebih dahulu. Jika tidak pencarian anda akan menjadi sukar kerana puluhan ribu jurnal bakal menanti anda! Kemudian jangan lupa memilih source area kerana SCOPUS juga mengindekskan prosiding seperti PROCEDIA (nanti akan saya bualkan tentang hal ini, teman!). Selepas itu, jangan lupa tekan butang display sources. Nah, anda akan lihat jajaran jurnal keluar di sana, tersusun rapi mengikut abjad. Anda nampak senarai jurnal yang tertulis ‘coverage discontinued in SCOPUS‘? Anda tentu sudah tahu maksudnya bukan?

Nah, sekarang, penting sekali anda mengetahui nama jurnal bermula dengan abjad apa. Mudah bukan. Sekarang saya minta anda carikan untuk saya jurnal Pertanika. Pilih huruf P seterusnya pe. Klik pada nama jurnal tersebut. Nah sekarang kesemua keluaran jurnal itu  tersenarai, lengkap, bersekali dengan SJR dan SNIPnya. Keluaran yang terkeluar adalah bermula semenjak ia diindekskan oleh SCOPUS. Keluaran-keluaran sebelum itu tidak akan anda jumpai, teman. Sekarang tolong beritahu pada saya, jurnal ini diterbitkan di mana? Jika anda tidak berpuas hati, boleh sahaja pergi ke laman web jurnal. Anda nampak butang journal homepage di situ? Ayuh, tekan sahaja teman. Anda pasti akan berada di laman web jurnal tersebut.

Malang sekali saya lewat mengetahui perkara ini, jika tidak, usaha pencarian jurnal yang bertepatan dengan tema penulisan artikel pasti akan menjadi lebih mudah! Malah saya boleh membandingkan kekuatan antara jurnal-jurnal secara statistik bagi membolehkan pemilihan yang lebih jitu.

Kekuatan jurnal

Kekuatan jurnal dan artikel yang tersiar dalam SCOPUS akan dikira melalui SJR (SCImago journal rank) dan SNIP (Source Normalised Impact per Paper). Oleh itu, ranking jurnal serta nilai artikel yang tersiar akan dapat dinilai dari tahun ke tahun. Nantikan kupasannya secara panjang lebar semasa saya berbual bicara tentang jurnal Thomson Reuters dan impact factor!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s