Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri lima belas)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Jurnal bercetak vs jurnal online

Pihak AJTLHE tidak mengirimkan hardcopy jurnal kepada saya. Saya memahaminya kerana AJTLHE adalah sebuah jurnal online sepenuhnya, sebagaimana yang tertera dalam laman web mereka. Ini bermakna, segala artikel yang diterbitkan tidak akan dicetak dan dijilidkan.

Saya tidak kisah tentang perkara ini, malah saya secara peribadi lebih menggemari jurnal online sebegini! Saya tahu jurnal bercetak akan mengambil masa yang lebih lama untuk diterbitkan kerana ia melibatkan proses percetakan. Saya tiba-tiba teringat akan  artikel saya di IJAES. Hardcopy jurnal sampai ke genggaman saya 5 bulan setelah ia diterbitkan secara online!

Penerbitan artikel dalam jurnal online biasanya tidak mengambil masa yang lama berbanding jurnal bercetak. Namun terdapat juga jurnal yang mengambil dua pendekatan serentak iaitu penerbitan secara bercetak dan juga secara online. Setiap satu bentuk penerbitan biasanya akan mempunyai ISSN masing-masing, berbeza antara satu dengan yang lain. Satu ISSN untuk edisi bercetak dan satu ISSN untuk edisi online.

Artikel di Gema

Selepas penerbitan di AJTLHE, saya ternanti-nanti pula penampilan sulung artikel saya dalam sebuah jurnal SCOPUS, Gema Online Journal. Semua pembaikan susulan telah saya penuhi dan telah dipersetujui oleh pihak editor. Hanya masa yang akan menentukan.

Volum vs Isu

Mulai tahun 2010, Gema Online Journal menerbitkan artikel sebanyak tiga kali dalam setahun iaitu Januari, Mei dan September. Terdapat dua istilah yang diguna pakai dalam penerbitan jurnal iaitu volum dan isu. Volum merujuk kepada bilangan penerbitan sepanjang sesuatu jurnal dikeluarkan, manakala isu merujuk kepada edisi ke berapa ia diterbitkan dalam tahun yang sama.

Penerbitan dalam tahun yang sama akan menggunakan rujukan volum yang serupa. Jumlah volum yang tinggi menunjukkan bahawa jurnal itu telah lama wujud dalam pasaran, manakala jumlah isu pula menunjukkan kekerapan penerbitan jurnal dalam setahun. Contohnya volum 18 isu 1. Volum 18 menunjukkan jurnal ini sudah 18 tahun wujud. Manakala isu 1 menunjukkan bilangan keluaran yang pertama pada tahun itu.

Terbit awal!

Tiba-tiba saya dikejutkan dengan penerbitan artikel saya sebelum bulan September. Saya masih ingat, saat itu adalah penghujung Ogos 2010. “Wah, hebat” bisik saya perlahan. Gema telah menerbitkan artikel kali ini lebih awal dari tarikh penerbitan. Ini menunjukkan kecekapan pihak editor dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan jurnal.

Penerbitan yang menepati masa adalah sangat penting bagi sebuah jurnal bertaraf SCOPUS. Malah, sudah banyak jurnal yang telah ditarik balik penarafan SCOPUS mereka kerana gagal menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah dalam hal penerbitan.

Berhati-hati dengan penarafan SCOPUS!

Saya tersenyum sendirian. Saya terbayangkan satu jurnal SCOPUS yang satu masa dulu sangat popular dalam kalangan ahli akademik Malaysia. Malah saya mendapati majoriti artikel yang terkandung di dalam jurnal itu datangnya dari Malaysia!. Penerbitan di jurnal ini sangat mudah dan cepat.

Namun, penarafan jurnal ini telah ditarik balik oleh pihak SCOPUS kerana mereka gagal menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Saya tidak pasti syarat yang mana satu. Dahulunya, saya juga nyaris-nyaris menghantar artikel ke situ. Nasib baik penyelia cepat-cepat memberi nasihat.

Saya menjadi sangat berhati-hati dalam perkara ini. Jika saya hendak menghantar artikel ke sebuah jurnal SCOPUS, saya akan memastikan jurnal ini masih lagi bertaraf sebegitu. Mungkin tahun lepas, ia masih lagi bertaraf SCOPUS, tetapi tidak lagi pada tahun ini!. Perkara ini boleh disemak melalui laman web SCOPUS yang sentiasa dikemas kini setiap tahun. Jurnal yang telah ditarik balik penarafannya akan ditulis “coverage discontinued in SCOPUS”. Saya cukup maklum akan perkara ini.

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s