Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri enam belas)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Terhutang budi

Saya terhutang budi dengan bengkel penerbitan artikel jurnal yang diadakan oleh Perpustakaan UiTM Shah Alam. Dari situ, saya mengenali apa itu jurnal SCOPUS dan juga jurnal ISI Thomson. Apatah lagi, penceramah yang dijemput juga seorang penyelidik dan pakar dalam penerbitan artikel jurnal (lihat siri 1).

Apa itu SCOPUS?

SCOPUS adalah satu pangkalan data seperti DOAJ dan Proquest (lihat siri 11). Ia dikawal selia oleh Elsevier, salah satu penerbit yang terkenal (laman web ELSEVIER)..

Lihat sahaja deskripsi SCOPUS sebagaimana yang tertera dalam laman webnya.

“The largest abstract and citation database of research literature and quality web sources covering nearly 18,000 titles from more than 5,000 publishers.”

Aduh, jika hendak bercerita tentang SCOPUS ini, panjang pula ceritanya teman. Elok sahaja dicari sendiri! (contohnya di sini).

Jurnal berkualiti

Apa yang pasti, jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data SCOPUS diiktiraf berkualiti dan menepati syarat-syarat yang agak ketat. Justeru itu, jurnal SCOPUS hanya menerbitkan artikel yang bermutu sahaja selaras dengan statusnya. Proses perwasitan juga adalah telus dan ketat. Oleh itu, tidak mudah untuk menerbitkan artikel di dalam jurnal yang terindeks dalam SCOPUS.

Disebabkan oleh faktor prestij ini, ahli akademik berlumba-lumba untuk menghantar artikel mereka. Pihak editor jurnal akan menerima lambakan artikel, dan pastinya perkara ini akan menyebabkan kebarangkalian artikel untuk ditolak juga adalah lebih tinggi! (Berita kurang baik untuk penulis, pastinya). Penerbitan artikel di sini juga bermakna sesuatu artikel akan mendapat ruang dan peluang yang lebih meluas untuk sampai kepada khalayak pembaca, seterusnya dicite oleh pengkaji yang lain.

Jurnal bukan SCOPUS

Saya tidak bermaksud untuk memperlekehkan artikel yang diterbitkan dalam jurnal yang bukan bertaraf SCOPUS. Perkara terpenting untuk dipastikan, sesuatu jurnal  adalah jurnal berwasit (refereed journal)!. Saya memahami proses penerbitan dalam jurnal berwasit. Sebelum sesuatu artikel diterbitkan dalam jurnal seperti ini, ia akan melalui satu proses penilaian yang ketat oleh beberapa orang penilai bebas yang terdiri daripada pakar dalam kandungan artikel. Biasanya para doktor PhD, malah juga mungkin para profesor!

Mutu artikel terjamin

Sudah menjadi kebiasaan, sesuatu artikel yang diterima oleh jurnal berwasit akan diminta untuk diperbaiki berdasarkan saranan para pewasit. Dengan cara ini, mutu artikel tersebut menjadi lebih terjamin. Malah, sekiranya sesuatu artikel tidak memenuhi tahap kesarjanaan yang mencukupi, pastinya ia akan ditolak.

Faktor perwasitan (refereed) merupakan syarat utama yang perlu dititikberatkan. Jika sesuatu jurnal terindeks dalam SCOPUS, maka itu merupakan satu kelebihan kepada jurnal itu dan juga kepada penulis.

Sebahagian universiti meletakkan syarat penerbitan artikel di SCOPUS sebagai syarat utama kenaikan pangkat! Saya secara peribadi kurang bersetuju dengan syarat ini. Bagi saya, sekiranya penerbitan artikel jurnal menjadi ukuran kesarjanaan seseorang ahli akademik, mungkin penerbitan di jurnal berwasit sudah mencukupi. Terdapat bidang-bidang tertentu yang tidak mempunyai banyak jurnal SCOPUS. Oleh itu, peluang penerbitan mereka adalah sangat terhad!  Usah dibandingkan bidang pengajian Islam dengan bidang kejuruteraan atau sains. Jurnal-jurnal SCOPUS untuk disiplin sains bersepah-sepah!

Penarafan SCOPUS

Setiap jurnal baru biasanya akan meletakkan matlamat untuk tersenarai dalam pangkalan data SCOPUS. Namun, proses permohonan untuk diindekskan biasanya memakan masa serta perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. Mungkin selepas beberapa tahun sesuatu jurnal itu diterbitkan, baharulah layak untuk memohon penarafan ini!

Malah terdapat jurnal yang bernaung di bawab penerbit terkenal seperti Taylor & Francis serta Sage masih belum bertaraf SCOPUS!. Aku mengambil contoh jurnal AJTLHE. Jurnal ini sekarang sedang memohon untuk penarafan SCOPUS setelah tiga tahun diterbitkan!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s