Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri tiga belas)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Artikel di AJTLHE

Saya membaiki artikel kedua yang dihantar ke ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE) berdasarkan saranan para pewasit (lihat siri sembilan). Saya menyedari bahawa jurnal ini telah membekalkan satu borang khas yang dinamakan rebuttal. Saya tidak pernah menemui borang sebegini sebelum ini. Rupa-rupanya, borang rebuttal disediakan bagi menjawab komen para pewasit sekiranya penulis tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan mereka. “Bagus juga tu. Dengan adanya borang ini, penulis boleh menjawab balik komen-komen para pewasit yang dirasakan kurang tepat. Bukan menafikan kesarjanaan para pewasit, namun kadang-kadang mereka ini menikuslabukan artikel penulis dengan mencadangkan sesuatu yang kurang tepat” saya gembira dengan inisiatif pihak jurnal ini.

Rebuttal

Saya meneliti kembali komen para pewasit. Saya rasakan bahawa saya bersetuju dengan semua pandangan mereka. Tiada bantahan langsung. Jika ada, pasti saya telah mencatatkan dengan terang dalam borang tersebut. Kebanyakan komen menyentuh tentang aspek teknikal dan bahasa. Saya mengakui bahawa itu memang kelemahan saya. Guru Bahasa Melayu di sekolah dahulu pun pernah membangkitkan perkara ini. Saya tidak mengisi apa-apa dalam borang rebuttal kecuali sedikit nota ringkas:

“Kesemua pembaikan telah dibuat berdasarkan saranan reviewer 1 dan 2. Pembetulan dan penambahan telah diwarnakan dengan warna merah.”

Jangan lupa di’cc’kan emel itu!

Selepas itu, saya terus menghantar manuskrip yang telah diperbaiki kepada pihak jurnal berserta dengan borang rebuttal. Saya menghantar satu salinan kepada penyelia, sebagai satu makluman. Saya juga menghantar satu salinan kepada emel sendiri sebagai satu rekod penghantaran.

Saya mencatatkan satu nota ringkas dalam emel “Harap dapat menghubungi saya sekiranya terdapat aspek lain yang perlu diperbaiki. Mohon juga pihak tuan mengesahkan penerimaan emel ini. Terima kasih.”

Satu nota ringkas tetapi sangat penting. Pengesahan penerimaan adalah penting kerana mungkin sahaja pihak jurnal tidak menerima emel itu. Oleh itu, saya harus menghantarnya sekali lagi. Kerap kali juga berlaku, emel yang dihantar terus masuk ke ruangan spam, lantas terus dideletekan tanpa sengaja.

Emel penerimaan

Pagi saya hantar emel, petang itu juga pegawai jurnal AJTLHE membalas emel saya, menyatakan penerimaan artikel yang telah diperbaiki. Sungguh lega rasanya. Jika saya tidak menerima emel penerimaan ini, pasti saya akan mengutuskan lagi emel susulan keesokan harinya. Malah, dalam ruangan emel yahoo ini, saya telah membuat satu folder khusus bagi segala urusan emel dengan semua jurnal. Satu jurnal, satu folder supaya tidak bercampur-campur dan menyusahkan pencarian pada masa hadapan.

Artikel di Gema Online Journal

Artikel saya di Gema juga sudah siap diperbaiki dan dihantar ke pihak editor (lihat siri tujuh). Saya menunggu maklum balas daripada mereka. Selang beberapa ketika, satu emel daripada co-editor Gema menyusup masuk ke dalam emel saya.

Nota ringkas disertakan “Mohon betulkan nama penulis. Sila rujuk fail yang dikepilkan.” Saya terus merujuk fail yang dimaksudkan, tanpa lengah. Rupa-rupanya saya tersilap menulis nama penulis rujukan. Mengikut format APA, nama penulis akan ditulis begini: Jika Ghazali Yusri, akan ditulis Yusri, G.

Namun, pihak Gema mempunyai format yang tersendiri, iaitu nama penulis Melayu, Cina dan India perlu ditulis penuh. Sebagai contohnya: Ghazali Yusri (bukannya Yusri,G), Lim Swee Kim (bukannya Kim,L.S) dan sebagainya. Sebenarnya, saya sudah terbiasa dengan format Gema ini kerana penulisan tesis gaya UKM pun menggunakan format yang sama. Namun, saya terkhilaf dengan format penulisan artikel di jurnal-jurnal yang lain kerana kebanyakannya menggunakan format APA.

Menulis nama universiti

Saya juga diminta untuk membetulkan nama penulis artikel dengan memasukkan nama Akademi Pengajian Bahasa dan juga nama universiti.    Berkaitan dengan nama universiti, saya telah dimaklumkan melalui pekeliling UiTM baru-baru bahawa saya perlu menulis nama penuh dalam bahasa Melayu iaitu Universiti Teknologi MARA dan bukannya MARA University of Technology. Ketetapan ini perlu diikuti dalam semua penerbitan artikel jurnal walaupun untuk penerbitan jurnal antarabangsa berbahasa Inggeris. Penyeragaman ini bagi membolehkan pengiraan hasil tulisan ahli akademik dibuat dengan tepat. Ini kerana dua nama yang berbeza akan dianggap sebagai dua buah universiti yang berbeza.

Satu kesilapan teknikal yang telah saya lakukan dalam artikel pertama di IJAES!

Berhati-hati dengan aspek teknikal

Saya menerima komen ini dengan senang hati. Lain jurnal, lain pula formatnya. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak berhati-berhati serta tidak membaca dengan teliti format penulisan artikel di Gema Online Journal. Malah panduan ini boleh sahaja dimuat turun daripada laman web jurnal secara percuma dalam bahagian submission guidelines.

Saya menanti kehadiran kehadiran artikel kedua dan artikel ketiga dengan perasaan membuak-buak, tidak sabar seumpama si kecil menanti-nanti kedatangan waktu maghrib untuk berbuka puasa!

Bersambung…

Koleksi artikel penuh, klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s