Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri dua belas)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Perutusan kepada penyelia

Saya segera mengepilkan satu salinan artikel penuh bersama-sama emel yang bakal dikirimkan kepada penyelia. Saya yakin, beliau belum mengetahui tentang perkara ini. Saya mahu membuat satu kejutan. Surprise!. Namun, saya tidak pasti sama ada beliau akan terkejut ataupun tidak kerana bilangan artikelnya sudah berbakul-bakul. Mungkin tahap keterujaannya tidak seperti mana yang saya alami. Emel itu segera dihantar seraya menitipkan serba ringkas sebuah nota:

“Salam prof. Alhamdulillah, artikel kita telah terbit. Tahniah kepada kita semua atas kejayaan ini. Moga kita boleh terus berkolaborasi dalam kajian dan penerbitan akan datang. Bersama-sama ini, saya kepilkan artikel penuh. Terima kasih.”

Dengan penuh bangga dan syukur saya menulis, menghidangkan kepada penyelia satu produk yang telah sah diterbitkan. Produk yang saya adalah nakhodanya!

Sampul surat ganjil

Selepas 4 bulan artikel itu diterbitkan, saya menerima satu bungkusan pos yang pelik. Bungkusan itu agak besar daripada biasa. Dengan sampulnya berwarna putih dan tulisan tangan yang agak buruk. Alamat saya pun ditulis secara tidak teratur, tidak seperti biasa. Tercatat nama saya di situ, Dr. Ghazali Yusri.

Dalam kehairanan saya membuka sampul. Mungkinkah sang puteri mengutuskan saya satu hadiah sempena hari jadinya? Ataupun surat saman PDRM yang belum dijelaskan! Saya melihat setem di luar sampul. Agak pelik kerana kelihatannya seperti setem luar negara. “Luar negara?” Saya jarang menerima surat dari luar negara!.

Surprise!

Setelah dibuka, saya terdiam seketika. Kelihatan dua naskhah buku disertakan bersama-sama. Tiada yang lain melainkan dua buah buku. Tercatat di situ ‘International Journal of Applied Educational Studies, Volume 8, August 2010.’ Rupa-rupanya pihak IJAES telah mengirimkan satu naskhah jurnal terkini yang mengandungi artikel saya. Setiap naskhah sudah siap diletakkan tanda nama, satu untuk saya dan satu lagi untuk penyelia. Saya teruja, pertama kali saya mendapat jurnal bercetak yang mengandungi artikel saya di dalamnya. Rasa geram kepada pihak jurnal dahulu sirna serta merta (lihat siri sembilan). “Patutlah mereka tidak memberitahu saya dahulu. Mereka memang mahu menghantar satu naskhah original kepada setiap penulis” saya tersenyum simpul, malu mengenangkan emosi saya pada ketika itu. Hari ini saya memperolehi satu hadiah yang lebih mahal daripada sekeping cek RM10 ribu..

Saya juga teruja apabila mereka menggunakan nama Dr. Ghazali Yusri di hadapan sampul, sedangkan hakikatnya saya masih lagi seorang pelajar hingusan! “Ya, Allah makbulkanlah doa saya untuk menjadi seorang dr., sepertimana pihak jurnal ini juga mendoakan!” Saya berbisik perlahan.

Menjadi contoh kepada pelajar lain

Saya mengajukan senaskhah jurnal original kepada penyelia. Ketika itu, sesi perjumpaan bulanan pelajar PhD di bawah penyeliaan beliau sedang berlangsung. Semua pelajar yang lain memandang saya penuh hairan apabila saya memajukan jurnal tersebut kepada penyelia. Prof. segera menyambut gembira, seraya memuji saya di hadapan kelas. Beliau meminta agar para pelajar siswazah yang lain mencontohi saya dan belajar cara menulis artikel daripada saya! “Aduhai prof, tidak selayaknya saya dipandang sebegitu, sedangkan hakikatnya, saya baru sahaja menjadi nakhoda bagi satu artikel! Itupun dalam satu jurnal berwasit sahaja, bukan SCOPUS, bukan ISI Thomson”

Menjadi selebriti

Usai perjumpaan, semua rakan-rakan menyerbu, mahu melihat dan menyentuh jurnal tersebut. “Ambil berkat” kata mereka. Mungkin sahaja nanti berjangkit kepada mereka pula! Amin, aku berdoa, moga rakan-rakan saya yang lain juga akan menulis. Tidak mengapa sekiranya artikel kita ditolak. Pihak jurnal akan menolak artikel itu dengan seribu satu komentar yang membina. InsyaAllah, kita pasti dapat membaiki semula hasil tulisan itu dan kita pasti dapat menghantarnya semula ke jurnal-jurnal yang lain!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s