Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri sepuluh)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Berkongsi artikel

Setelah artikel saya selamat diterbitkan secara online, saya berkira-kira untuk berkongsi artikel penuh tersebut dengan co-author saya, yang tidak lain dan tidak bukan adalah penyelia saya sendiri. Saya terus melayari laman web jurnal, terus ke pautan archive, year 2010, volume 8, August 2010. “Klik” saya menekan mouse. Keluarlah paparan senarai artikel yang terbit pada keluaran kali itu. Sungguh pantas. Terima kasih Mr. Broadband. Engkau sungguh berjasa pada hari ini.

Kelibat artikel

Kelibat artikel saya jelas kelihatan. Nombor lima daripada enam buah artikel yang terbit pada kali ini. Nama saya dan penyelia saya terang, tiada selindung lagi. Bersama-sama kami, nama-nama ahli akademik dari China, ‘orang puteh’ dan juga orang Arab. Pastinya tokoh-tokoh hebat dalam dunia akademik. Nama kami sebaris dengan mereka!. Nama kami adalah nama Melayu tunggal yang mewarnai halaman tersebut. Siapa kata orang Melayu tidak boleh menulis? Siapa kata orang major pengajian Arab seperti saya tidak boleh menulis dalam bahasa Inggeris! (saje nak lepas geram)..Alhamdulillah…

Saya tersenyum puas. Teringat saya tentang persepsi beberapa orang sarjana yang memandang rendah golongan ustaz yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Saya puas kerana saya telah membuktikan sesuatu pada hari ini. Nanti akan saya buktikan lagi kepada mereka. Saya akan menulis lagi selepas ini. Menulis dan menulis. Biarlah komputer ini lunyai kerana penulisan. Saya bersemangat. Kasihan saya melihat sebahagian komputer sebahagian teman yang lain hancur kerana bermain games atau berchatting melalui laman sosial. Sungguh malang komputer itu kerana mempunyai tuan sebegitu.

Nama penulis

Saya melihat nama saya mendahului nama penyelia! Saya tersenyum sendirian. “Prof, maaf. Saya tak bermaksud nak lawan tuan guru. Jika boleh, saya nak letak nama prof. dulu. Tapi etika penulisan artikel sememangnya begitu” saya berbisik perlahan.

Saya teringat pesan seorang teman, nama penulis harus diletakkan sejujurnya. Penulis pertama seharusnya orang yang paling banyak menyumbang kepada pembinaan artikel. Corresponding author pula adalah orang yang akan dihubungi oleh pihak jurnal atau pembaca berkaitan dengan artikel. Corresponding author tidak semestinya penulis pertama, tetapi kebiasaannya penulis pertama dan corresponding author adalah orang yang sama. Itulah dunia akademik, kejujuran adalah prasyarat utama!.

Peranan penyelia

Saya merasai sentuhan dan bimbingan berterusan daripada penyelia. Beliau tidak pernah sama sekali mempertikaikan kedudukan namanya dalam artikel tulisan saya. Malah, beliau tidak pernah meminta untuk memasukkan namanya pun!. Namun, saya menitipkan namanya selepas nama saya kerana peranannya yang sangat signifikan dalam semua kajian yang saya lakukan. Sungguh besar jasanya dalam kajian ini. Tanpa kelibatnya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih prof.

Tidak sabar

Saya dengan rakus menekan URL yang disertakan. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat artikel itu. Ya, artikel yang tercatat di headernya nama jurnal, volum, nombor isu dan muka surat. Jika artikel penuh biasa, saya boleh sahaja mendapatkannya daripada simpanan peribadi sendiri. Ini lain dari yang lain!.

Apa sudah jadi?

Satu paparan baru muncul. Alhamdulillah, saya nampak abstrak artikel itu keluar. Aku menyelusuri lanjut untuk mencari kelibat teks penuh. Saya terkejut. Teks yang dicari tidak kelihatan! “Eh, betul ke ni?. Memang betullah, tak ada. Habis tu, takkan abstrak sahaja kot. Ini mesti ada kesilapan teknikal” pantas saya memujuk diri sendiri. (Klik di sini)

Mencuba lagi

Saya cuba membuka artikel-artikel seangkatan yang lain. Perkara yang sama juga berlaku. Tiada teks penuh, hanya abstrak sahaja yang muncul. “Biar betul jurnal ni. Kata nak publish, tapi takkan publish abstrak sahaja. Anticlimax betullah” saya merungut.

Mencari punca

Sayacuba mencari punca. Saya menyelidiki lanjut jurnal ini. Puas saya menyelongkar. Saya terpana seketika tatkala melihat satu patah perkataan. Ketika itu, saya berada di muka depan jurnal. Terdapat satu link di situ yang menyebut perkataan subscription. Saya faham benar tentang perkataan itu. Ini bermakna jika saya ingin mengakses penuh kepada artikel dalam jurnal ini, saya perlu melanggan (subscribe) terlebih dahulu.

“Apalah orang Arab ni. Duit dah banyak, nak bisnes lagi dengan benda alah ni. Takkan penulis sendiri pun kena bayar!” saya menyumpah marah kepada pihak jurnal. Saya meneliti lanjut. Untuk pelajar, bayaran langganan adalah USD115 setahun. “Aduh! Dalam RM300 lebih tu. Macamana saya nak buat ni.” Saya buntu dan sedih. Ya Allah! Tolong!…

Bersambung..

Koleksi artikel penuh. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s