Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri sebelas)

Sambungan daripada artikel sebelum ini. Klik di sini.

Indeks jurnal

“Apa yang harus saya lakukan?”. Fikiran saya ligat berpusing mencari idea. Saya melihat senarai pangkalan data yang mengindeks jurnal ini (lihat di sini). Pangkalan data adalah penting bagi sesebuah jurnal kerana ia menyatakan lokasi artikel-artikel dalam jurnal itu tersenarai dan boleh dimuat turun.

DOAJ?

Saya mencari-cari kelibat singkatan DOAJ. Saya pasrah. “Patutlah” saya mengeluh perlahan. Jurnal ini tidak terindeks dalam Directory of Open Access Journal (DOAJ). Saya mengharapkan jurnal ini berada dalam senarai DOAJ kerana semua artikel yang terindeks dalam directory ini boleh dimuat turun secara percuma!.

Mencari alternatif

“Baik, selama ni saya mencari artikel jurnal macamana?” Tiba-tiba persoalan itu terdetik dalam fikiran. Saya tersenyum seolah-olah dihadiahi sekilogram emas. “Ya, selama ini saya selalu sahaja berjaya mendapatkan artikel-artikel hebat daripada senarai jurnal-jurnal yang terbilang. Semuanya dilakukan melalui perkhidmatan pangkalan data online yang didapati menerusi laman web perpustakaan universiti!.”

Bengkel penerbitan artikel dalam jurnal

Saya mengimbau kembali tentang satu bengkel penerbitan artikel dalam jurnal dahulu. Bengkel ini adalah hasil inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam. Wakil pihak perpustakaan berdegar-degar mendedahkan bahawa pihak universiti telah membelanjakan sejumlah belanja yang besar setiap tahun untuk melanggan pangkalan data secara online. Namun, mereka sangat kecewa kerana tahap penggunaannya dalam kalangan pelajar dan staf adalah sangat mendukacitakan. Ingin sahaja saya berkata kepada mereka saat ini “Insya Allah tuan, tuan tidak akan kecewa lagi kerana hari ini sudah ada Ghazali dan rakan-rakan yang lain.”

PTSL atau PTAR?

Sebagai seorang pelajar, saya boleh sahaja menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), UKM. Semuanya disediakan secara percuma. Malah saya yakin sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM pasti memberi tumpuan yang lebih untuk menyediakan prasarana akademik seperti perkhidmatan pangkalan data secara online.

Namun, sebagai seorang ahli akademik UiTM Shah Alam, saya juga boleh menggunakan perkhidmatan PTAR. “Wah, ini sudah bagus. Saya mempunyai dan boleh memilih sumber yang pelbagai. Saya tidak perlu belajar ke overseas untuk mempunyai kemudahan sebegini. Standard perpustakaan di negara ini sudah setanding dengan perpustakaan di sana!” saya bangga dengan IPTA di negara sendiri.

UiTM di hatiku, UKM di jiwaku

Akhirnya, saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan PTAR. Bukan apa, saya sudah terbiasa dengan PTAR sebelum saya bergelar pelajar UKM lagi. Sebarang masalah yang timbul, telefon sahaja, semuanya beres. Malah saya sudah terbiasa dengan senyuman abang-abang librarian di sana. Setakat ini, perkhidmatan mereka sangat tip top, selalu tidak menghampakan.

Online databases

Saya segera membuka laman web PTAR. Subscribed Databases pantas menjadi tumpuan. Berbekalkan password yang diberikan oleh librarian tempohari, saya membukanya dengan penuh berhati-hati. Saya perlu membuka pangkalan data ini melalui perpustakaan kerana saya berada di luar universiti.

Nah, puluhan databases muncul di hadapan skrin. Tersusun mengikut abjad. Saya mencari satu perkataan. Proquest. Saya telah terbiasa menggunakan pangkalan data Proquest Education dan Proquest Digital Dissertation & Thesis sebelum ini. Bukan apa, bagi saya, enjin pencariannya adalah mesra pelajar. Yang penting juga bagi saya sebagai pelajar, saya boleh melihat senarai tesis atau disertasi terkini dari luar negara. Malah, saya boleh muat turun tesis tersebut secara online dengan percuma!. Lagipun, IJAES sememangnya terindeks dalam pangkalan data PROQUEST (lihat di sini). Proquest merupakan satu pangkalan data yang bernaung di bawah Cambridge Information Group (CIG)

Mencari artikel

Saya menulis rapi tajuk artikel yang dicari. “Jangan ada kesilapan ejaan, dik” tergiang-giang pesanan abang librarian tempohari. Saya menjadi sangat berhati-hati dalam hal ini. Pada bahagian sort result by, saya memilih option: date (most recent first) dan bukannya relevance kerana artikel itu baru sahaja keluar. Masih panas. Saya tidak memerlukan artikel-artikel lama yang berkaitan. “Klik saya menekan mouse. Pantas, senarai nama artikel muncul setelah kutekan butang search.

Lega

Terpampang di hadapan skrin, senarai artikel yang berkaitan dengan pencarian saya. Terdapat 2351 artikel yang berkaitan. Manakala artikel saya berada pada kedudukan paling atas. Saya tersenyum gembira, sungguh puas hati saya. Nampaknya, strategi saya kali ini berjaya lagi. Saya memuat turun artikel itu dengan segera. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga memuat turun artikel pertama saya!

Bersambung..

Koleksi artikel penuh, klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s