Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri sembilan)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Emel dari AJTLHE

Dalam saya sibuk melayani artikel di IJAES, saya dikejutkan lagi dengan satu perkhabaran gembira seumpama perkhabaran gembira oleh burung hantu Hogwards kepada si anak yatim, Harry Porter. Kali ini perkhabaran daripada pihak ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE) (lihat siri enam). Emel yang diterima dari pegawai Pusat Perkembangan Akademik, UKM berbunyi ringkas tapi penuh makna:

“Adalah dimaklumkan pihak kami telah menerima makalah yang telah dinilai oleh penilai yang dilantik. Memohon pihak tuan dapat membuat pembetulan dan mengembalikan semula makalah yang telah siap diedit ke Pusat Pembangunan Akademik dalam bentuk softcopy sebelum atau pada xxx. Surat dan makalah tuan akan menyusul tidak lama lagi.”

Curiga

Saya tidak kisah sangat baris-baris yang pertama. Biasa sahaja. Namun, baris terakhir begitu menggamit perasaanku! “Surat dan makalah tuan akan menyusul tidak lama lagi!” Adakah bermakna artikel ini diterima? Betul ke ni? Saya menjadi curiga. Saya meneliti lampiran komen pewasit yang disertakan bersekali dengan emel. Penuh curiga dan berhati-hati. Saya tidak mahu cepat merasa gembira.

Lega

Saya terus membuka lampiran emel. Nasib baik Mr. Nitro PDF Professional itu berkhidmat dengan jujur, pantas membaca lampiran PDF fail, tanpa sebarang rungutan. Terbukti setia kepada tuannya. Dua fail sekaligus dibuka, mewakili dua laporan daripada dua orang pewasit yang berasingan. “Alhamdulillah!” Saya berbisik ceria. Telahan awal saya terbukti benar. Artikel itu telah diterima!. Saya seakan di awang-awangan. Hanya pembaikan minor sahaja diperlukan.

Komen pewasit

Para pewasit mencadangkan supaya saya lebih fokus dalam perbincangan. Beberapa rujukan tambahan juga dicadangkan. Saya berterima kasih kepada dua orang ‘penyelia tambahan’ ini kerana memberikan komentar. Saya amat memerlukan komen mereka, lantaran saya bukannya pakar dalam penulisan artikel jurnal. Tambahan pula, komen itu  akan membantu dalam penulisan tesis juga.

Berkongsi berita gembira

Orang pertama saya khabarkan berita gembira ini adalah penyelia. Beliau tidak lagi betah membalas sms saya tetapi terus menghubungi lewat panggilan telefon, pantas selepas mendapat perkhabaran sms. Saya teruja. Ini adalah artikel saya yang kedua diterima oleh pihak jurnal selepas IJAES.

Perbualan kami berlangsung hampir sepuluh minit. Di hujung perbualan, beliau menyatakan “Tahniah syeikh, teruskan menulis, anta mampu pergi lebih jauh.” Satu lafaz keramat yang benar-benar menggegarkan jasad dan membakar semangat untuk terus berbakti lewat penulisan artikel.

Sahabat Facebook

Saya juga mencanangkan berita gembira ini kepada sahabat-sahabat Facebook. Bertalu-talu ucapan tahniah menerpa masuk. Saya suka berkongsi berita gembira ini dengan rakan-rakan. Bukan niat di hati  untuk bermegah tetapi sekadar untuk membakar semangat saya dan rakan-rakan yang lain untuk menulis. Apatah lagi kebanyakan rakan Facebook adalah juga terdiri daripada ahli-ahli akademik. Bukankah berkongsi berita sebegini lebih baik daripada sekadar menulis “aku sayang kamu” atau “aku sedang makan  epal, kamu sedang makan apa, yek?”

Menanti-nanti

Semenjak semakan akhir artikel IJAES dan borang copyright telah disempurnakan, saya menanti-nanti kehadiran artikel itu di dunia online. Saban hari saya meneliti laman web IJAES. Benar, penantian itu satu penyeksaan! Namun, setiap penantian pasti ada penghujungnya. Akhirnya, artikel itu selamat diterbitkan secara online (klik di sini untuk abstrak artikel).

Geram

Pihak editor IJAES langsung tidak memaklumkan kepada saya mengenai penerbitan. “Sampai hati kamu ye” saya memberontak. Nasib baik saya ini jenis orang yang rajin membuka laman web mereka. Mereka pasti gembira melihat laporan statistik pengunjung laman web IJAES saban tahun. Namun, saya pasti, statistik pengunjung laman web IJAES dari Malaysia akan meningkat pada tahun ini kerana ‘pengunjung-pengunjung’ itu adalah saya, saya dan saya!

Saya menerima kelahiran artikel sulung di IJAES! Ya, artikel yang benar-benar sulung. Artikel yang saya adalah penulis pertamanya dan juga penulis correspondingnya!

Bersambung..

Artikel-artikel lain yang berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s