Penerbitan artikel jurnal: Satu perkongsian pengalaman (siri lapan)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Umpama pungguk rindukan bulan

Saban hari saya meneliti laman web IJAES bagi melihat perkembangan artikel saya. “Jika tidak bulan April, pastinya bulan Ogos akan terbit” saya memujuk diri sendiri apabila saya mendapati artikel itu tidak diterbitkan pada keluaran April 2010. Emel pertanyaan kepada ketua editor dahulu sampai sudah tidak dijawabnya. Aduhai, kesiannya saya!

Dalam kesibukan menulis tesis, masa terasa begitu pantas berlalu. Sekarang ini Julai 2010. Sudah enam bulan berlalu semenjak saya menghantar salinan artikel yang diperbaiki kepada sidang editor IJAES pada bulan Februari 2010.

Pengirim emel ganjil

Pagi itu, seperti biasa, sebelum mula menulis tesis, saya membelek beberapa akhbar utama online dan juga yang paling penting, emel!. “Emm, ada emel baru nampaknya masuk”. Terpampang di situ nama pengirimnya, Editorial office. “Siapa pula ni?” hati saya terdetik.

Hampir sahaja saya memadamkan emel ini. Saya teringat pesan seorang teman baik agar tidak membuka emel sembarangan yang tidak diketahui siapa pengirimnya. Nanti komputer dimasuki virus!. Sudahlah komputer ini digunakan untuk penulisan tesis. Nanti hilang semua sekali, haru saya dibuatnya.

Perkhabaran gembira

Namun, hati saya pantas berbisik “Entah-entah emel ni…”. Saya segera membuka emel tersebut. “Alhamdulillah..” spontan perkataan itu terpacul keluar. Tertera jelas satu pernyataan ringkas tetapi penuh bermakna:

“Congratulations ! Your manuscript, “Self-Regulated Learning Strategies Among Students of Arabic Language Course and Intensive Arabic Course in Mara University of Technology Malaysia (UiTM)” has been accepted for publication in August Volume 8 of IJAES Journal.”

Semakan terakhir

Saya sujud syukur kepada Allah. Alhamdulillah. Rupa-rupanya emel dari pejabat editor IJAES. Waktu itu bulan Julai. Tepat sekali telahan saya. Bulan Ogos 2010, artikel ini bakal diterbitkan. Saya diminta untuk menyemak (proof read) artikel buat kali terakhir dari sudut teknikal.

‘No major corrections, please!

Saya ditegah untuk membaiki artikel itu secara major kerana pada peringkat ini ia tidak lagi disemak secara intensif oleh pihak editor. Sekarang adalah peringkat penerbitan. Saya berurusan dengan bahagian yang lain sekarang, iaitu bahagian penerbitan. Lagipun, bukankah pembaikan major telah dibuat dahulu dan telah dipersetujui oleh editor?.

Saya diberikan masa selama dua hari sahaja untuk proses semakan. Saya merasa sangat teruja. Apatah lagi ini adalah artikel saya yang pertama. Maksud saya, saya menjadi penulis utama dan juga corresponding author. Dalam masa satu jam sahaja, tugasan ini disempurnakan. Malam itu, saya merasa panas dan tidak lena tidur. Mungkin sahaja otak saya sedang bekerja keras dan hormon-hormon dirembes keluar.

Perkhabaran gembira ini pantas sahaja saya kongsikan dengan penyelia lewat pesanan SMS. Ucapan tahniah ringkas daripada penyelia kuterima “Well done syeikh!”

Kepada teman-teman Facebook saya khabarkan jua. Bertalu-talu ucapan tahniah menyusup masuk. Alhamdulillah.

Borang copyright

Saya diminta untuk mengisi borang copyright bagi memindahkan hak penerbitan kepada pihak jurnal. Sehelai sahaja borang itu. Jangankan sehelai, sepuluh helaipun saya sanggup isi! hehe..

Borang copyright itu saya muat turut dari emel yang dihantar, saya cetak dengan bantuan teman rapat, Encik HP LaserJet 1020, saya tandatangani secantik-cantiknya dengan pena terbaik yang saya miliki saat itu,  seterusnya di‘scan’ dengan bantuan Cik Dell Photo AIO Printer 924. Alhamdulillah, rakan-rakan saya ini memberikan kerjasama yang mantap. Mereka selalu sahaja tidak menghampakan. Akhirnya artikel yang telah disahkan dan juga borang copyright diemelkan dengan sempurna kepada pejabat editorial IJAES.

Pangkat penulis

Selang beberapa jam, saya menerima satu lagi emel daripada ketua editor IJAES.“Thank you, Ghazali. I received your manuscript. Could you please provide all academic ranks of authors in this manuscript?” bunyi emel tersebut ringkas.

Saya pelik. Sepanjang pengetahuan saya, jarang sekali jurnal meminta pangkat penulis untuk dimasukkan ke dalam artikel. Biasanya biografi ringkas penulis di satu sudut kecil dalam artikel sudah memadai. Biasanya di hujung artikel selepas rujukan. Namun, saya memenuhi juga permintaan ketua editor. Lain padang lain belalang. Lain jurnal, lain pula pendekatannya. Saya membuat kesimpulan sendiri. Jangankan pangkat, satu resume lengkap pun saya sanggup sertakan jika diminta!

Bersambung…

Artikel-atikel lain berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s