Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri tujuh)

Sambungan daripada artikel sebelum ini. Klik di sini.

Perkhabaran dari Gema

Dalam pada itu, artikel saya di Gema Online Journal juga mendapat perkhabaran yang positif. Tiada pembaikan major seperti artikel saya yang pertama. Sungguh di luar dugaan. Mungkin berkat bimbingan penyelia yang menyemak artikel ini pada peringkat awal.

Membaiki artikel lagi!

Namun, saya perlu juga membetulkan beberapa perkara terutama sekali melibatkan perbincangan yang terlalu meleret, tidak fokus serta beberapa aspek teknikal penulisan akademik. Terdapat rujukan yang aku tertinggal walaupun ia disebut (cited) dalam teks!.

“Aduh, guna EndNote pun boleh tertinggal rujukan?’ keluh saya perlahan. Saya mendapat pengajaran untuk selalu mengulang semak aspek teknikal sebegini. Usah terlalu percaya kepada kepakaran perisian kerana ia adalah ciptaan manusia. Peluang ini membuatkan saya lebih memahami tentang konsep dan tingkah laku rakan kembara ilmiah saya, Encik EndNote. Rupa-rupanya link rujukan tersebut terputus dalam teks akibat saya menyalinnya (copy and paste) terus daripada tesis.

Alhamdulillah, artikel saya ini sudah diterima di jurnal bertaraf SCOPUS! Rasa syukur ketika itu begitu memuncak walaupun ia belum diterbitkan lagi. Saya semakin bersemangat dan galak untuk menulis artikel. Sementelah lagi pada masa itu, data kajian saya sudah lengkap, malah sebahagiannya sudah dianalisis.

Kejutan

Dalam pada saya membaiki artikel Gema, saya dikejutkan pula dengan satu emel daripada CGPublisher. CGPublisher merupakan penerbit bagi The International Journal of Learning:

We are pleased to inform you that your paper has now been published and is available in the online bookstore at http://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.2599

Emel penyelia menyusul sejurus itu. “Syeikh, artikel kita dah publish. Alhamdulillah” ujar penyelia saya ringkas. “Artikel mana pulak ni?” saya kehairanan. Saya bingkas meneliti URL yang disertakan. Saya terpana dan terdiam sendiri.

“Alhamdulillah, rupa-rupanya artikel hasil kajian kolaborasi kami bersama-sama dahulu!” saya mengimbau kembali satu kajian yang kami lakukan bersama-sama. Saya juga terlibat dalam menyunting dan mengemaskinikan artikel itu sebelum dihantar ke The International Journal of Learning, salah satu jurnal yang terindek dalam SCOPUS. Namun, saya tidak berapa mengambil tahu perihal jurnal yang dihantar kerana penyelia saya adalah penulis utama dan juga corresponding authornya. (Klik di sini untuk melihat abstrak).

Learning Conference 

Saya dimaklumkan oleh penyelia, sebelum artikel ini diterbitkan di dalam jurnal, penulis harus mendaftarkan artikel mereka untuk sesi pembentangan di satu konferen tahunan iaitu di Learning Conference. Sesi pembentangan pula mempunyai pelbagai bentuk termasuklah pembentangan secara maya. Ini bermakna penulis tidak perlu hadir secara fizikal ke konferen tersebut.

Saya juga mendapat tahu kemudiannya, penyelia saya telah membayar sejumlah USD200 untuk sesi pembentangan secara maya ini. “Tak apa syeikh, ana guna duit geran penyelidikan” terang beliau tenang apabila saya menimbulkan perihal bayaran. Bimbang juga saya tentang bayaran. Sebagai penyelidik bersama, saya harus juga berkongsi apa-apa kos yang melibatkan penerbitan artikel bersama.

Syukur

“Alhamdulillah. Saya sudah mempunyai artikel yang telah diterbitkan. Jurnal SCOPUS pulak tu” saya tersenyum gembira dan puas. Biarpun lain yang ditunggu, lain pula yang datang. Saya menjangkakan kelahiran sulung di IJAES, namun Allah menganugerahkan satu kelahiran sulung yang lain pula. Malah dalam jurnal yang lebih terbilang!. “Terima kasih prof, insyaAllah, moga kita akan berkolaborasi lagi dalam kajian-kajian yang akan datang” saya berbisik sendirian.

Bersambung..

Artikel-artikel lain yang berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s