Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri lima)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Membaiki artikel

Saya memperbaiki artikel itu berdasarkan saranan para pewasit. Patah demi patah komen mereka diteliti. Saya terpaksa menjalankan balik analisis data kajian. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Shafrimen dari Indonesia (sekarang Dr. ) atas tunjuk ajarnya mengenai SPSS.

Saya juga merasa kagum dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM kerana kerap kali menganjurkan program yang hebat-hebat. Program persatuan tersusun rapi setiap musim. Penceramahnya juga hebat-hebat sama ada dari dalam negara ataupun jemputan dari luar negara. Selain itu, pelajar yang lebih senior juga selalu sahaja membimbing rakan pelajar yang lebih junior secara percuma. Beruntung sekali pelajar-pelajar di sana.

Bahasa lagi!

Segala bahagian artikel dirombak, terutama sekali bahagian metodologi dan cara analisis data. Namun satu masalah lain pula muncul. Alamak, bahasa Inggeris pula bagaimana?. Takkan saya kena merujuk kembali teman di Akademi Bahasa UiTM. Sudahlah sekarang ini musim peperiksaan. Para pensyarah pastinya sedang bertungkus lumus dengan timbunan kertas pelajar yang perlu disemak. Saya faham benar rutin pensyarah UiTM. Tidak seperti pensyarah-pensyarah universiti yang lain. Saya resah dihambat masa.

Masa hanya tinggal beberapa hari lagi. Saya cuba melakukan yang terbaik. Saya menggunakan sepenuhnya tips dan tunjuk ajar teman saya dahulu. Saya membelek dengan teliti coretan-coretan merah yang beliau lakarkan pada draf pertama dahulu satu persatu. Saya bertawakkal dan berserah.

Isteri membantu

Sebagai satu usaha untuk memuaskan hati, saya merujuk kepada isteri buat kali terakhir. Isteri saya juga seorang ahli akademik. Oleh itu, sebagai seorang ahli akademik, saya pasti dia juga mengetahui laras bahasa penulisan akademik. Isteri membaca sepintas lalu.   Tidak banyak yang diperbetulkan. “Bahasa Inggeris abang dah okaylah. Banyak improvement” isteri saya mengomel dalam nada terkejut. “Alah.. nak ambil hati saya lah tu” detik hati saya sendiri. Sentuhan teman di UiTM dahulu terasa amat diperlukan.

Menghantar revision

Saya menghantar artikel yang telah diperbaiki kepada pihak IJAES. Saya menyatakan segala pembaikan dengan tulisan merah sepertimana yang diminta. Alhamdulillah, akhirnya pembaikan itu diterima oleh pihak jurnal!.

Menunggu saat diterbitkan

Saya menunggu-nunggu saat-saat artikel itu diterbitkan persis menunggu kelahiran anak yang pertama. Berdebar dan ternanti-nanti. Aku menjangkakan bulan April kerana jurnal ini terbit 3 kali setahun. Apatah lagi saya menghantar revision itu pada bulan Januari. Pastinya keluaran terdekat adalah pada April.

Kempunan

Saya selalu meneliti laman web IJAES, terutama sekali apabila sudah menghampiri April. Akhirnya, keluaran April terbit. Namun, kelibat artikel itu tidak kelihatan!. Saya merasa sangat gelisah. Bermacam-macam persoalan yang timbul di benak fikiran. Semuanya negatif. Saya menghantar emel pertanyaan kepada ketua editor, namun tidak dijawab. Saya kempunan menyambut kelahiran artikel sulung pada April 2010.

Bersambung..

Artikel-artikel lain yang berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s