Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri enam)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Seminar di Brunei

Dalam menanti perkhabaran dari pihak jurnal IJAES, saya dimaklumkan oleh seorang rakan tentang satu seminar pendidikan yang diadakan di Brunei pada Mei 2010. Saya tertarik dan teruja. Tempoh penghantaran abstrak hampir tamat, tinggal dua hari sahaja lagi. Tanpa berlengah, saya terus menyiapkan abstrak pada malam itu dan menghantarnya ke pihak penganjur.

Alhamdulillah, akhirnya saya menerima perkhabaran bahawa abstrak itu telah diterima!. Gembira sungguh rasanya. Namun, saya perlu menyiapkan satu kertas kerja penuh. Tugas itu rasanya bukanlah satu tugas yang terlalu sukar pada ketika itu kerana saya telah memperolehi segala data yang diperlukan untuk menulis. Saya merasa seronok. Pertama kali saya akan ke Brunei. Saya bertambah teruja apabila mengetahui beberapa rakan siswazah yang lain akan turut serta ke sana.

Saya segera menghantar kertas kerja penuh yang ditulis dalam bahasa Melayu. Segala persiapan telah dipersiapkan seadanya melainkan tiket kapal terbang sahaja yang belum ditempah.

Halangan

Saya sudah lama mengetahui hasrat isteri untuk ke Jerman bagi membentangkan satu kertas kerja di sana. Namun, saya tidak menyangka tarikhnya hampir bertembung dengan tarikh seminar di Brunei. “Aduh, macamana ni. Kalau kedua-duanya pergi, siapa yang nak menjaga keluarga?” soal saya perlahan. Silap saya juga kerana tidak menyemak kalendar terlebih dahulu.

Setelah berfikir panjang terutama sekali tentang anak-anak, saya membatalkan hasrat untuk ke Brunei. Saya pasrah, mungkin bukan sampai masanya lagi saya ke sana. Jika tidak tahun ini, mungkin tahun depan, Brunei akan ditakluki. Dalam keadaan sekarang, keluarga menjadi keutamaan.

Mencari penerbit

Walaupun saya membatalkan hasrat untuk ke Brunei, namun kertas kerja penuh yang sepatutnya dibentangkan itu sudah pun disiapkan. Apa yang harus saya lakukan sekarang dengan kertas kerja ini? Mencari seminar lain atau bagaimana? Beberapa hari persoalan sebegitu bermain-main dalam kotak fikiran.

Penulisan tesis tetap diteruskan. Sayameneliti dan menghadam artikel demi artikel bagi memantapkan penulisan. Satu tradisi biasa bagi pelajar siswazah. Sehinggalah satu hari, saya menemui satu artikel ditulis dalam bahasa Melayu. Saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang jurnal tersebut. Google search engine menjadi teman setia pencarian. Akhirnya, saya menemui laman web jurnal tersebut di celah-celah hasil pencarian. Saya terus menelusuri dan mengamati nama jurnal: ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE), diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Akademik, UKM. Ia merupakan satu jurnal berwasit dan sekarang dalam proses diindekskan dalam SCOPUS.

“Prof. Dr. Amin Embi” nama itu gah terpampang sebagai editor eksekutif jurnal. Satu nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi pada peringkat fakulti, malah juga pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sementelah lagi, beliau juga merupakan penyelia utama teman baik saya, Kamarul. Saya teruja.

Artikel ketiga

Selepas berpuas hati dengan skop jurnal yang sesuai dengan kandungan artikel itu, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib. Lagipun, artikel itu sudah ditulis. Saya terus sahaja mengepilkan bersama-sama emel kepada sidang editor. Saya mencatat ringkas:  “attached herewith is an article proposal entitled xxx for your consideration. I am looking forward to hearing any comments or suggestions about the article. Thank you.”

Maklum balas

Prof Amin menjawab emel saya dalam kadar segera. Hanya dua jam selepas saya menghantar artikel itu. “Terima kasih di atas sumbangan artikel. Kami akan menghubungi saudara sebaik menerima laporan dari penilai luar.” bunyi emel prof, ringkas. Saya terkedu. Saya malu kerana saya menulis emel tadi dengan menggunakan bahasa Inggeris, tiba-tiba prof menjawabnya pula dalam bahasa Melayu. “Ah, siapa kata bahasa Melayu tidak hebat.” Saya tersenyum sendiri di hadapan teman setia, sebuah komputer riba lama.

Bersambung…

Artikel-artikel lain yang berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri enam)

  1. Azlina says:

    Assalammualaikum Dr..Nama saya Azlina, baru berjinak-jinak hendak menulis artikel di jurnal. Tulisan Dr melalui siri ‘Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi’ ni banyak memberi inspirasi kepada saya untuk menulis. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang banyak ni.
    Di sini saya ingin bertanya kepada Dr. bagaimana kita hendak mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada sesuatu jurnal jika artikel kita diterima. Adakah setelah kita mengetahui artikel kita diterima baru kita tahu jumlah yang perlu dibayar? kalau hendak diikutkan bukanlah duit itu masalah yang besar tapi dengan tiadanya dana & menggunakan duit sendiri perlulah kiranya mencongak-congak dahulu contohnya seperti ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE) ni =)

    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s