Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri tiga)

Sambungan dari artikel sebelum ini. Klik di sini.

Dilema

Alhamdulillah, saya berjaya menghantar artikel itu ke jurnal tersebut. Selepas itu, pelbagai persoalan timbul. “Terima ke tak terima ni?. Iskh.. kalau tolak macamana?” persoalan negatif sahaja yang selalu timbul, semacam menjadi satu beban pula. Saban hari saya meneliti emel, bahkan bahagian spam juga selalu sahaja menjadi sasaran. Saya menanti-nanti, andai ada sebarang maklum balas daripada pihak editor jurnal. Hari demi hari berlalu, saya terus dengan kegilaan itu, sehinggakan isteri menegur “Hai, tak nampak isteri lagi dah ke?” Saya menjadi seorang teman setia kepada sebuah emel yang dahulunya selalu terabai..

Data temu bual

Sementara itu, data kajian saya sudah semakin bertambah. Saya berjaya mengumpul dan menganalisis data temu bual. Ya Allah! Syukur. Sukarnya menganalisis data kualitatif ini. Nanti saya akan berkongsi pengalaman ini dengan kalian.

Saya menggunakan NVIVO7 untuk menganalisis data temu bual. Sementara itu, data soal selidik daripada kampus UiTM negeri belum diterima sepenuhnya lagi. Oleh itu, saya tidak dapat menganalis kajian ini dengan sepenuhnya lagi. Saya terfikir semula tentang penulisan artikel di jurnal. “Kenapa saya tidak menulis satu artikel berdasarkan data temu bual ini?” entah mengapa dan bagaimana idea itu secara tiba-tiba tercetus.

Sokongan penyelia

Saya menyatakan hasrat itu kepada penyelia pertama. Beliau menyokong penuh hasrat itu sambil menyatakan hasratnya juga untuk menghantar satu artikel lain, hasil kajian kolaborasi kami bersama. “Wah, menarik ni”. Saya menjadi bersemangat kerana selain data yang saya miliki, hasil kajian kolaborasi  itu pun cuba diketengahkan juga. Maksudnya, saya tidak berseorangan!.

Artikel kedua

Saya terus melakar satu artikel berdasarkan data temu bual. Dalam masa dua hari saya berjaya menyiapkan draf. Saya mengajukan artikel itu kepada penyelia untuk semakan. Komen pertama beliau yang aku masih ingat lagi sampai sekarang “Syeikh, banyak sangat idea anta nak letak dalam artikel ni. Jadi berserabut pulak. Cuba fokus kepada isu-isu tertentu sahaja” lembut dan tenang beliau membimbing.

Saya senang hati dan ceria menerima pandangan beliau. Sementelah lagi, teknik analisis data kuantitatif tidak sama dengan data kualitatif. Dalam masa sehari saya membetulkan artikel itu dengan penuh semangat. Maklumlah pertama kali menulis dengan menggunakan data kualitatif!.

Pemilihan jurnal

Persoalan berikutnya adalah ke mana harus saya menghantar artikel ini? Tambahan pula artikel ini ditulis dalam bahasa Melayu. Saya buntu. Sudahlah hari itu, saya telah menghabiskan sehari suntuk untuk mencari jurnal yang sesuai untuk artikel yang pertama. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk menghabiskan masa begitu sahaja. Ya Allah! BantuanMu..

Perbincangan dengan penyelia

Sebagai satu jalan mudah, saya mengambil keputusan untuk berbincang dengan penyelia. Saya fikir, sebagai seorang ahli akademik yang berpengalaman, beliau pasti mengetahui jurnal yang paling sesuai dengan konsep dan kandungan artikel ini.

Beliau mencadangkan Gema Online Journal di UKM. “Gema Online Journal?” Saya seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini. “Ya, seorang sahabat di UiTM pernah berbicara mengenai jurnal yang berprestij di UKM ini. Ya, betul. Jurnal yang terindeks dalam SCOPUS itu! Aduh, layakkah saya? Sudahlah artikel pertama belum diterima jawapannya. Itupun jurnal berwasit yang biasa-biasa sahaja” persoalan negatif itu tiba-tiba muncul. Dalam paksa rela dan berat hati saya merenung penyelia sambil menganggukkan kepala. “Baik prof” ujarku perlahan sambil menanam azam yang hanya Allah mengetahuinya. Ibarat peribahasa Melayu ada berbunyi:

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Bersambung..

Artikel-artikel lain yang berkaitan, klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s