Pemilihan situasi dalam pembelajaran kemahiran lisan

Kemahiran lisan

Kemahiran lisan merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima maklumat, manakala bertutur pula merupakan kemahiran menyampaikan maklumat.

Komunikasi lisan

Komunikasi lisan berlaku tanpa rujukan yang kerap kepada kamus kerana pemilihan perkataan dan ayat adalah secara spontan dan tidak terancang. Oleh sebab itu, dalam banyak keadaan, penggunaan ayat adalah tidak lengkap dan bergantung kepada bahasa bukan linguistik seperti bahasa badan dan persekitaran. Pemilihan ayat juga berbeza berdasarkan aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik seperti bentuk formal ataupun tidak formal.

Ciri-ciri bahasa lisan

Bahasa lisan juga mempunyai ciri-ciri khusus seperti irama, intonasi, pengulangan ayat dan perkataan, tekanan (stress) dan berlangsung secara terus (spontan) (Fulcher, 2003). Rost (2002) menyatakan bahawa dari segi ciri-ciri fizikal, bahasa pertuturan mempunyai unsur-unsur berhenti sekejap, teragak-agak, intonasi, tekanan, kelajuan, loghat dan suara latar. Manakala dari segi ciri-ciri bahasa, bahasa pertuturan mempunyai unsur-unsur bahasa pasar, ekspresi dan bahasa badan. Ciri-ciri psikologi pertuturan pula meliputi bentuk tawar menawar, bentuk konstruktif semasa dan sebagainya.

Metode situasi

Antara metode yang digunakan pada hari ini dalam pembelajaran kemahiran lisan ialah metode situasi. Melalui metode ini, topik pembelajaran dimulakan dengan memilih situasi tertentu seperti komunikasi di kedai makan, di asrama dan sebagainya. Penekanan pembelajaran seperti pemilihan perkataan dan strategi komunikasi adalah di sekitar situasi yang dipilih. Pelbagai teknik pembelajaran digunakan seperti latih tubi, main peranan, lakonan dan sebagainya bagi mengukuhkan penguasaan pelajar dalam suasana yang dipilih.

Pemilihan situasi

Namun, para pendidik seharusnya berhati-hati dalam memilih situasi yang digunakan. Biarlah situasi yang dipilih itu dekat dengan pelajar dan selalu digunakan. Begitu juga, adalah penting untuk memastikan bahawa situasi itu bersifat autentik (asli) dan berpijak di bumi yang nyata. Perkara ini akan menjadikan pelajar merasa lebih realistik dan bermotivasi kerana mereka nampak akan kegunaan pembelajaran itu dalam kehidupan mereka.

‘Kesilapan’ yang terlepas pandang

Penulis sebenarnya tidak mahu menggunakan perkataan silap kerana bukanlah kedudukan penulis untuk menghukum yang mana benar atau salah. Namun, dalam konteks pembelajaran kemahiran lisan, kerap kali pelajar diperdengarkan dengan monolog atau percakapan seseorang mengenai hobi dan pekerjaannya. Walhal, dalam kehidupan sebenar, jarang sekali pelajar mempunyai peluang atau berhadapan dengan keadaan seseorang yang bercakap mengenai hal peribadi. Malah terdapat juga pendidik yang menggunakan perkataan yang jarang digunakan seperti jongkang-jongkit, spa, keretapi laju dan sebagainya. Perkataan ini jarang digunakan pelajar!. Apabila pelajar tidak menguasai situasi ini, kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan pelajar.

Pengalaman Vietnam

Dat (2007) mendakwa punca penolakan ramai pihak di banyak negara Asia terhadap pembelajaran berasaskan pendekatan komunikatif adalah kerana bahan yang digunakan tidak sesuai dengan budaya setempat dan bukannya disebabkan oleh pendekatan tersebut. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Vietnam. Bahan pembelajaran yang digunakan adalah membincangkan mengenai meter parking kereta dan mesin automatik, sedangkan perkara tersebut tiada dalam budaya masyarakat di Vietnam. Oleh itu, mereka tidak dapat menjiwai ataupun membayangkan perkara yang mereka sedang pelajari.

Sekadar renungan bersama

Rujukan

Dat, B. (2007). Materials for developing speaking skills. In B. Tomlinson (Ed.), Developing materials for language teaching (pp. 375-393). London: Continuum.

Fulcher, G. (2003). Testing second language speaking. London: Pearson Education Limited.

Rost, M. (2002). Teaching and researching listening. London: Longman.

Artikel-artikel lain yang berkaitan. Klik di sini.

This entry was posted in pembelajaran bahasa Arab and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s