Penerbitan artikel jurnal: Satu pengalaman peribadi (siri satu)

Pendahuluan

Saya merupakan seorang pensyarah bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam merangkap seorang pelajar peringkat PhD di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian saya adalah dalam bidang pendidikan bahasa Arab, melibatkan penilaian kurikulum kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM.

Dalam catatan ini, saya akan berkongsi segala pengalaman dalam penulisan dan penerbitan artikel yang saya sendiri alami. Walaupun saya merasakan pengalaman ini tidaklah sehebat para profesor yang telah lama menulis dan mengkaji, namun saya merasakan bahawa pengalaman ini wajar dikongsi bersama-sama dengan rakan pengkaji. Dalam perkongsian ini, saya akan cuba berkongsi tips-tips penerbitan artikel dengan harapan ia akan memudahkan urusan rakan-rakan dan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan dalam penulisan artikel.

Bengkel penerbitan

Saya mula mengetahui tentang penerbitan artikel jurnal apabila menghadiri dua bengkel akademik yang diadakan di UiTM, Shah Alam. Bengkel pertama berkaitan dengan cara menulis ulasan literatur, disampaikan oleh seorang ahli akademik dari Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam. Saya masih ingat, dalam bengkel itu, beliau menasihatkan para peserta bengkel supaya mengutip data yang melebihi keperluan penulisan PhD kerana data itu nanti boleh digunakan dalam penulisan artikel jurnal. Kali pertama saya mendengar tentang artikel jurnal dan kaitannya dengan data PhD!

Bengkel kedua pula berkaitan dengan penerbitan artikel dalam jurnal yang berimpak tinggi, dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM, Shah Alam. Bengkel ini disampaikan oleh seorang kakitangan akademik UiTM yang baharu sahaja menamatkan pengajian PhDnya di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang sains gunaan. Saya merasa sungguh kagum apabila mengetahui bahawa beliau telah berjaya menerbitkan 12 buah artikel dalam jurnal-jurnal yang berimpak tinggi. Malah beliau berjaya mendapat anugerah khas daripada USM atas kejayaan itu.

Bersemangat

Saya merasa begitu bersemangat untuk menulis selepas mengikuti bengkel ini. Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang di telinga sehingga sekarang “Melakukan kajian itu seumpama menanam ubi, menerbitkan artikel ke jurnal umpama mencabut ubi untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai. Tiadanya gunanya ubi yang tertanam di dalam tanah sekiranya tidak dikeluarkan kepada orang ramai untuk dinikmati!.” Beliau menunjukkan contoh-contoh penerbitan yang telah beliau hasilkan seraya mengakui ‘kegilaannya’ untuk mengikuti jumlah ‘citation’ terhadap artikelnya yang sentiasa meningkat saban hari, dari seluruh pelusuk dunia. “Kepuasan seorang ahli akademik adalah apabila melihat artikelnya di‘cite’ oleh ramai orang, ada dari Brazil, Jepun, Uk dan sebagainya’ sambungnya lagi. Saya menjadi bersemangat untuk menulis. Tapi apa yang harus saya tulis?…

Bersambung…

untuk kembali ke bank artikel berkaitan klik di sini.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s