Fungsi maklum balas (feedback) dalam pembelajaran

Dalam proses pembelajaran secara umum, maklum balas daripada guru adalah penting. Kita boleh mengkategorikan maklum balas kepada empat jenis iaitu maklum balas prestasi (performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich & Schunk, 1996).

Maklum balas prestasi merujuk kepada maklum balas guru terhadap tahap ketepatan tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Ia juga melibatkan pembetulan kesilapan mereka dalam melakukan tugasan tersebut. Maklum balas yang menyatakan bahawa tugasan pelajar adalah betul dipercayai dapat meningkatkan motivasi pelajar. Ini kerana ia menyebabkan pelajar merasa lebih kompeten dan mampu meneruskan pembelajaran dengan lebih jauh. Maklum balas yang menyatakan kesilapan mereka juga dipercayai mampu meningkatkan motivasi pelajar sekiranya disusuli dengan pembetulan yang sepatutnya. Ini kerana pelajar percaya bahawa mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan mengikuti pembetulan yang disediakan oleh guru.

Maklum balas motivasi pula merujuk kepada maklum balas guru yang berfungsi meningkatkan motivasi pelajar seperti membandingkan pelajar tersebut dengan prestasi rakan lain yang lebih berjaya. Guru juga boleh mengingatkan pelajar tentang manafaat yang bakal diperolehi oleh pelajar daripada melakukan sesuatu tugasan sama ada ia berbentuk ganjaran jangka pendek seperti hadiah kerana mendapat tempat pertama ataupun ganjaran jangka masa panjang seperti memperolehi pekerjaan yang baik. Maklum balas sebegini dipercayai mampu meningkatkan lagi tahap motivasi pelajar untuk melakukan tugasan dalam bentuk yang lebih baik.

Maklum balas attribut pula mengaitkan pencapaian pelajar dengan faktor lain seperti mengaitkan kesukaran belajar dengan keupayaan pelajar yang rendah. Guru perlu peka dalam hal ini dengan melihat faktor personal dan psikologi setiap pelajar yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Malah kecenderungan setiap pelajar dalam setiap pelajaran juga adalah berbeza. Sekiranya pelajar percaya bahawa kesukaran belajar disebabkan oleh usaha yang kurang maka mereka boleh meningkatkan lagi tahap usaha kerana ia berada dalam kawalan pelajar. Oleh itu, maklum balas guru perlu melihat kepada aspek sebab musabab yang mempengaruhi pencapaian tersebut seterusnya memaklumkannya kepada pelajar.

Maklum balas strategi bermaksud guru memaklumkan kepada pelajar strategi tertentu yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sesuatu tugasan. Strategi pembelajaran yang diguna pakai dalam setiap pelajaran adalah berbeza mengikut bentuk pelajaran tersebut. Kadang-kadang prestasi pelajar lemah dalam pelajaran tertentu adalah disebabkan oleh penggunaan strategi pembelajaran yang tidak tepat. Sebagai contohnya, strategi yang digunakan dalam pelajaran matematik tentunya bebeza daripada strategi yang digunakan dalam pelajaran bahasa Malaysia. Pencapaian pelajar boleh ditingkatkan apabila strategi yang digunakan adalah sesuai mengikut tugasan dan subjek yang berbeza.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

 

This entry was posted in pembelajaran bahasa Arab and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s