Ombiyol!

‘Ombiyol!’ jerit anakku Widad, 3 tahun, sambil mengangkat tangan seperti mahu terbang. Aku terpaku. Berhenti seketika dari bermain dengan anak-anak yang lain. ‘Apa Widad? Ombiyol?’ tanyaku cuba memahami. Dia tersenyum, menunjukkan kedua-dua lesung pipit di pipinya. ‘Ombiyol tu apa Widad?’ tanya anakku Iyad, 6 tahun, ingin tahu. Dia pun tidak mengerti maksud sebenar Widad. Widad menggeleng-gelengkan kepalanya, malu mungkin…

Hadiah dari Hong Kong

‘Okay, ibu ada hadiah untuk Iyad dan Widad, surprise!’ jerit adikku yang baru sahaja pulang dari berkursus di Hong Kong. ‘Yey, dapat hadiah. Hadiah apa ibu? Baju ke?’ tanya Iyad, kurang sabar. Bukan sekali dia mendapat hadiah berupa baju daripada saudara mara yang pulang dari luar negara. ‘Bukan, nah.. ni dia’ adikku menyerahkan sebungkus hadiah. Hadiah bertukar tangan. ‘Ala, keciknya’ rungut Iyad.

‘Iyad, bukalah dulu’ sahut isteriku, tidak senang dengan rungutan sebegitu. ‘Okay, Iyad buka’ dengan segera Iyad menyahut saranan isteriku. Raut wajahnya tiba-tiba bertukar riang. ‘Wah, Woody, Buzz Lightyear dan…. Andy!’ jerit Iyad terkejut. Isteriku juga teruja melihat karakter terkenal Toy Story tu. Apatah lagi, dia sememangnya meminati karakter Woody.

Widad membulatkan matanya. Senyumannya terukir indah, menunjukkan keputihan baris gigi yang belum dijamah karies. Ceria dan teruja. Terus diambilnya Buzz Lightyear sambil menjerit girang ‘Ombiyol!..’

Aku terpana. Ombiyol! Teringat aku sebutan itu sebulan yang sudah. Belum terjawab lagi persoalan ombiyol tu. Aku menoleh kepada isteriku. ‘Yang, ombiyol tu apa yek?’ isteriku pun bingung. Tiada jawapan selain menggeleng-geleng kepalanya. Persoalan itu terbiar begitu sahaja tanpa jawapan.

Hadiah dari Paris

Sebulan selepas itu, isteriku pula pulang dari satu seminar di Paris. Sempat pula membeli t-shirt mengandungi watak-watak Disneyland, Paris. Anak-anak kelihatan sangat gembira. Widad paling girang dengan t-shirt yang mengandungi karakter Buzz Lightyear. Sekali lagi dia menjerit sambil menggayakan watak Buzz Lightyear ‘Ombiyol!’. Aku terkejut lantas bertanya kepada isteriku di sebelah. ‘Yang, ombiyol itu sebenarnya apa ye? Susah juga hendak faham bahasa budak-budak ni’ aku mengeluh. Isteriku terdiam, berfikir tentang kemungkinan-kemungkinannya.

Tiba-tiba isteriku ketawa, ada sinar bahagia di wajahnya. Mungkin sudah menjumpai jawapan yang dicari. ‘Haa, saya tahu bang. Ombiyol tu sebenarnya ‘to infinity and beyond!’ jelas isteriku dengan gaya-gayanya sekali. Maklumlah peminat tegar Buzz Lightyear dan Woody. Aku turut ketawa sambil mengerling anakku Widad yang tersenyum galak tanda mengiyakan. Subhanallah..rupa-rupanya ombiyol itu sebutan Buzz Lightyear ketika mahu terbang. Hampir dua bulan misteri ombiyol baru terungkai. Sampai sekarang sebutan ini menjadi bualan kami sekeluarga.

Artikel-artikel lain yang berkaitan, klik di sini.

This entry was posted in kisah anakku and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Ombiyol!

  1. iqa says:

    ouh. . teranyum saye bace crote ni. .mst chumel kan time iyad wat ambiyol! .. huhuuh. .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s