Belajar mengerti penderitaan orang lain

Berbuka puasa

Allahu Akbar, Allahu Akbar. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. Aku, isteri dan anak-anak terus mencapai kurma buat berbuka puasa.

Anakku Widad, 4 tahun turut serta berbuka walaupun dia tidak berpuasa. Segalanya ingin dicapai, ayam, daging, ikan dan segala jenis lauk-pauk yang terhidang. Aku mengerling kepada isteri memberi isyarat supaya membiarkan sahaja. Bukan apa, tidak mahu mengeruhkan suasana berbuka pada hari itu.

‘Haa.. Widad.. tak baik membazir tau. Membazir tu kawan syaitan.. kan bah..’ anakku Iyad, 7 tahun, tiba-tiba bersuara. ‘Bah, hari tu kan, Pok Di cakap kat Iyad, kat luar sana ramai orang susah, cari makanan kat tempat sampah aje. Ada yang kurus kering, lalat banyak kat mulut dia.. eeee’ getus Iyad lagi dengan mimik muka sedih.

‘Betul ke Iyad? Mana ada macam tu?’ tanyaku sekadar menguji. ‘Betul bah, hari tu kan, Pok Di tunjuk gambar orang miskin kat dalam internet, kesian betul Iyad tengok’ ujar Iyad dengan raut wajah yang bersungguh-sungguh. Dia masih ingat lagi gambaran kemiskinan di Afrika dan beberapa negara lain yang dipertontonkan oleh bapa saudaranya, Pok Di di internet.

Aku tersenyum seraya memandang wajah isteriku.Teringat aku peristiwa setahun yang lepas…

Setahun yang lepas

‘Iyad! Kenapa ambil lauk banyak sangat ni?’ bantahku keras apabila melihat anakku Iyad mengambil lauk penuh pinggan di sebuah kedai makan. ‘Iyad laparlah bah’ rintih anakku, mohon belas kasihan. ‘Baik, nanti Iyad habiskan ye, kalau tak habis, abah tak nak beli aiskrim’ ujarku pantas, penuh diplomasi. Anakku terdiam.

Selepas setengah jam

‘Abah, kenyang dah lah..’ujar Iyad sambil menolak pinggannya ke tepi. Dua ketul ayam masih belum terusik. ‘Haa, itulah, tadi kan abah dah cakap, jangan ambil banyak sangat, tengok tu, tak habis’ tegurku tegas. ‘Jadi, abah tak boleh beli Iyad aiskrim’ tambahku lagi seraya mengagihkan aiskrim kepada anak-anaku yang lain. Iyad terdiam, matanya merah tergenang air mata. Agaknya kepingin mencicip aiskrim seperti adik-adiknya.

Mendidik melalui contoh

Anak-anak kita masa kini biasa hidup dalam suasana yang mewah, minta apa sahaja semua dapat. Sebagai ibubapa yang bertanggung jawab, kita perlu menceritakan kesusahan dan penderitaan orang lain. Biar anak-anak mengerti dan bersyukur dengan nikmat yang dimiliki. Baharulah mereka mengerti makna penderitaan dan kesusahan. Barangkali peranan pihak ketiga dalam menerangkan keadaan ini akan lebih memberikan kesan. Apatah lagi mungkin sahaja anak-anak sudah lali mendengar leteran ibubapanya saban hari!

Salam Ramadhan…

Artikel-artikel lain berkaitan, klik di sini.

This entry was posted in kisah anakku and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s