Abah.. api.. api..

‘Abah! Akit..akit..’ tiba-tiba anakku Ilham, 2 tahun mengadu seraya menunjukkan jarinya yang kebiru-biruan. Aku terkejut. ‘Sakit? Tengok?’ jawabku lembut sambil memegang jarinya. Kepalanya kuusap perlahan. ‘Laa.. kena apa ni?’ tanyaku lanjut. ‘Api..api.. akit..’ gumamnya perlahan. ‘Api? Ilham main api ke?’ tanyaku lagi. Dia terdiam, tidak mengiya atau menidakkan. Namun, di kelopak matanya tergenang air mata yang bakal tumpah bila-bila masa menahan kesakitan.

Kedengaran enjin  kereta isteriku dimatikan di luar rumah. Si kecil bergegas keluar menyambut umminya. ‘Ummi.. ummi.. akit.. api.. api..’ jerit si kecil bertalu-bertalu seraya mengangkat jarinya ke atas. Dalam keletihan pulang dari tempat kerja, isteriku terus menyambut si kecil seraya melihat jarinya yang sedikit lebam. ‘Api? Ilham main api ke? Fikirannya terus menerawang ke dapur. Kalau api, ini mesti main api kat dapur. Di rumah ni, dapurlah satu-satunya sumber api yang ada. ‘Bibi…Ilham main api ke?’ tanya isteriku pantas kepada bibi yang kebetulan berada di dapur. ‘Bukan ibu.. Ilham tadi bermain di luar.. bukan di dapur’ jelas pembantu rumah kami itu jujur.

Aku pening. Memang tadi, si kecil ini bermain berseorangan di halaman rumah, bukannya di dapur. Isteriku juga buntu. ‘Habis tu, yang disebut api..api tu, apa?’ isteriku bertanya sendiri. ‘Memang tadi Ilham bermain di luar, takde pulak nampak dia masuk ke dapur’ aku menambah.

Ilham masih cuba menjelaskan. ‘Abah..akit.. api..api’ seraya menuding jarinya ke arah pintu jeriji besi di hadapan rumah. Aku berfikir sendirian ‘Api.. pintu..akit..’. Tiba-tiba aku tersenyum. ‘Ummi.. ummi tahu tak maksud Ilham?’ ujarku mesra. ‘Tak tahu lah bang’ keletihan masih tergambar di raut wajah isteriku yang hening. ‘Ilham nak bagitahu kita, jarinya sakit, terkepit pintu jeriji besi tu’ jelasku perlahan. ‘Api tu maksudnya kepit’ jelasku lanjut. ‘Oh ye ke..’ ada ceria di sebalik suara isteriku, walaupun sedih kerana jari anak kecilnya sedikit lebam.

‘Ilham.. datang sini.. big hug abah’. Anak kecil itu terkedek-kedek datang, memelukku. Kiss?’. Si kecil itu terus mencium pipiku. ‘Ilham.. abah dah tahu Ilham nak bagitahu apa… Ilham sakit terkepit pintu kan?’ tanyaku lembut. Si kecil tersenyum dalam kesakitan. Senyum kerana abah dan ummi memahami patah-patah bicaranya. Aku menyambut tangan si kecil sambil menyapukan ubat seraya berdoa dan memujuk ‘Ya Allah! Sembuhkanlah tangan Ilham.. jadikan dia anak yang solehah’. Si kecil terdiam, seperti mengaminkan bacaan doaku, tenggelam dalam pelukan mesra seorang abah.

This entry was posted in kisah anakku and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s