miaw.. miaw

‘Abah! Abah! Cini..tu..tu..miaw..miaw..’ anakku Ilham, 2 tahun menunjuk berkali-kali ke arah pagar rumah. ‘Apa Ilham? Miaw.. miaw’ layanku lembut. Mataku melilau mencari kelibat miaw miaw. ‘Tak adapun? Mana ada miaw miaw’ jawabku ringkas. Puas aku mencari, namun tidak nampak pun kelibat objek tersebut. Aku terus masuk ke dalam rumah. Kebetulan adik iparku datang berkunjung. Rasa tidak senang juga bila tidak melayannya.

Anakku Ilham merasa tidak puas hati. Sekali lagi dia memanggil. ‘Abah! Abah! Cini!..tu..tu..miaw.miaw..’ ujarnya pelat dalam nada bersungguh-sungguh. ‘Iskh.. tak fahamlah abah.. mana ada miaw miw’. Adikku bergegas keluar, cuba memahami maksud si kecil. Selang seminit, kedengaran riuh suara adikku ketawa di luar rumah. ‘Haha.. ooo.. ini rupanya miaw’ dia seakan memahami maksud anak kecilku itu. Aku keluar untuk meninjau kerana memang aku tidak menjumpai objek miaw miaw itu.

‘Abang.. tu dia miaw miaw’ tunjuk adikku. Aku tidak mengerti. Masih cuba mencari objek miaw miaw. Namun miaw miaw tidak juga kelihatan. ‘Iskh.. mana ada miaw miaw. Tak nampak apa-apa pun’ bisik hatil kecilku sendiri. Mataku melilau, masih mencari-mencari. ‘Itulah..’ tunjuk adikku dengan lebih tepat seraya tangannya menunjuk ke satu sudut kecil pagar. Aku masih belum mengerti apa-apa. Kelihatan di sana hanyalah seekor siput kecil yang melekat di satu sudut basah di tepi pagar.

‘Laa.. itulah miaw Spongebob squarepants.. alah..  si Gary tu’ adikku menjelaskan, seakan mengerti persoalan hatiku. ‘Hahahaha.. oo.. si Gary..’ aku mula terbayang maksud sebenar anakku. Aku turut ketawa apabila menyedari kelemahanku memahami hasrat si kecil.

Anakku tersenyum girang, agaknya gembira apabila hasrat hatinya mula difahami oleh sang abah. ‘Hehe.. abah.. tu.. tu.. miaw..miaw’ ujar anakku melompat lompat. Sepertinya baru pertama kali berjumpa dengan miaw miawnya di alam nyata. Lebih gembira apabila dapat berkongsi penemuannya dengan abah tersayang.

Alahai anak abah. Cepatlah membesar. Jangan nanti sang buaya dikokokkan pula seperti ayam. Susah pula abah nak lari selamatkan diri.

This entry was posted in kisah anakku and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s