Kembara ke Pulau Bali

Tanggal Mei 2010, aku diberi kesempatan untuk melawat Pulau Bali, menemani isteriku menghadiri satu seminar perubatan selama seminggu. Anak bongsuku ketika itu, Ilham Farhanah, 5 bulan kubawa sekali atas faktor penyusuan. Aku tidak dapat membayangkan apa-apa tentang pulau ini melainkan majoriti rakyatnya yang beragama Hindu.

Catatan pertama: Negara seribu tuhan (tarian kecak-kecak)

Anggapan awalku tentang Bali ternyata benar. Majoriti rakyatnya beragama Hindu. Pengaruh Hindu dapat dilihat di serata tempat di Bali, bermula dari cara bertegur sapa, berpakaian dan sebagainya. Termasuklah juga ukiran-ukiran patung, perayaan dan tari-tarian.

Aku masih ingat, tatkala pemandu kami membawa kami ke satu tempat untuk melihat tarian kecak-kecak. Beliau dengan bangga mempromosikan bahawa tarian ini satu perkara wajib tonton oleh semua pelancong. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku dan teman-teman yang lain bersetuju untuk mengikuti aktiviti ini.

Waktu persembahan  pada pukul 8 malam. Semasa kami sampai di sana, jam menunjukkan hampir sahaja waktu maghrib. Sampai sahaja di pintu masuk, perasaan aku gelisah kerana melihatkan lokasi tarian tersebut adalah di sebuah kuil. Kelihatan pula cebisan-cebisan kain kuning diberikan kepada setiap pengunjung untuk dililit di kepala. Kami mengambil kain tersebut tanpa banyak bicara walaupun tidak menggunakannya sepertimana diminta. Kami terus menelusuri jalan kecil yang agak gelap dan kecil sehinggalah sampai ke tempat persembahan. Aduh, memang tarian itu dibuat di tengah-tengah kuil. Kali pertama aku memasuki kuil. Macam-macam tanggapan timbul pada ketika itu, apatah lagi aku membawa bayiku berumur 5 bulan pada waktu maghrib!.

Masuk sahaja ke ruang utama tarian, aku mula faham. Rupa-rupanya tarian ini merupakan satu ritual ibadat penganut Hindu di Bali. Tarian ini mengisahkan hikayat epik Ramayana dan Mahabrata persis tarian Makyong di Malaysia satu masa dahulu. Tarian ini dilakukan saban hari, dan biasanya pada waktu remang-remang senja. Cuma di sini, ritualnya menghasilkan wang lumayan lantaran ramai pelancong terutamanya pelancong barat gemar untuk mengikutinya atas nama budaya. Lantas aku berfikir pantas untuk mengajak isteriku keluar dari tempat itu. Mujur juga anakku menangis pada ketika itu, maka bolehlah aku memberikan alasan kepada pemandu pelancong kami. Biarpun bayaran masuk mencecah Rupiah100,000 seorang (dalam RM33), namun bagiku sebagai seorang Muslim, aku berpendapat bahawa aku telah mengambil keputusan yang betul.

This entry was posted in kembara and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s