Buku terbaru: PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA DAN ASING

Masih pada peringkat pembetulan manuskrip. Insya Allah akan diterbitkan oleh Penerbit Universiti UiTM (UPENA)…tunggulah masa dan detiknya…

Buku ini disusun bagi membantu para pelajar, para guru, pihak sekolah, kolej dan institusi pendidikan tinggi dalam menyelami isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa secara umumnya dan pembelajaran bahasa kedua dan asing secara khususnya.  Ia mengandungi tiga bab utama iaitu pertamanya, pemerolehan dan pembelajaran bahasa, keduanya, faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa dan ketiganya, pembelajaran kemahiran lisan.

Bab pertama mengupas aspek luaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran bahasa seperti pendekatan pembelajaran, prinsip aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan pembelajaran serta faktor tenaga pengajar. Ia dimulai dengan permasalahan pembelajaran bahasa pertama, kedua dan asing termasuk juga tentang perbezaan pendekatan pembelajaran yang perlu diambil dalam pembelajaran bahasa dalam ketiga-tiga konteks tersebut. Ia kemudiannya disusuli pula oleh perbincangan mengenai metodologi pembelajaran bahasa dengan penekanan diberikan kepada aspek pendekatan komunikatif yang mendominasi corak pembelajaran bahasa pada ketika ini. Seterusnya, buku ini mengupas pula aspek-aspek lain seperti prinsip-prinsip aktiviti pembelajaran bahasa, bahan pembelajaran serta tenaga pengajar.

Bab kedua membincangkan aspek dalaman pelajar yang mempengaruhi pembelajaran bahasa. Secara umumnya, ia merangkumi beberapa bahagian iaitu nilai, jangkaan, afektif, strategi pembelajaran kognitif dan strategi pengurusan sumber pembelajaran. Aspek nilai merangkumi beberapa komponen iaitu sikap, motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan nilai tugasan. Manakala aspek jangkaan pula mengandungi dua komponen iaitu kawalan kepercayaan pembelajaran kendiri (control of learning beliefs) dan kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy). Aspek afektif pula melibatkan satu komponen iaitu kebimbangan ujian. Strategi pembelajaran kognitif pula berkaitan dengan lima strategi iaitu strategi kognitif rehearsal, penyusunan, penghuraian, pemikiran kritis serta strategi metakognitif. Strategi pengurusan sumber pembelajaran pula mengandungi empat komponen iaitu strategi pengurusan masa dan suasana pembelajaran, strategi pengurusan usaha, strategi belajar bersama rakan dan strategi mencari bantuan. Kesemua aspek ini merupakan subkomponen dalam strategi pembelajaran kendiri yang digariskan oleh instrumen pembelajaran kendiri The Motivated Strategies For Learning Questionnaire (MSLQ) oleh Pintrich,Smith, Garcia dan McKeachie (1991). Berdasarkan Duncan dan McKeachie (2005), instrumen ini diguna pakai secara kerap dalam kajian-kajian berkaitan dengan pembelajaran kendiri, sama ada melibatkan keseluruhan komponen ataupun sebahagiannya sahaja. Selepas perbincangan mengenai aspek-aspek ini dilakukan, buku ini mengupas pengertian pembelajaran kendiri, instrumen-instrumen yang berkaitan serta sebahagian kajian terdahulu yang pernah menggunakan MSLQ.

Bab ketiga mengupas aspek pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Penekanan diberikan kepada prinsip, teknik dan aktiviti pembelajaran bahasa. Ia seterusnya dilanjutkan kepada perbahasan mengenai aspek pengujian kemahiran lisan yang merangkumi aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Bagi mengupas kedua-dua aspek ini, model Sosio Kognitif Weir (2005) untuk keesahan ujian mendengar dan bertutur telah dijadikan sebagai asas. Ia disusuli pula oleh teknik pengujian kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur serta teknik pemarkahan dalam kemahiran bertutur iaitu teknik analitik dan holistik.

This entry was posted in Buku, self regulated learning. Bookmark the permalink.

One Response to Buku terbaru: PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA DAN ASING

  1. siti salwa says:

    Assalamualaikum ustaz, sy berminat utk membeli buku ustaz Pembelajaran bahasa kedua dan asing ini. di mana saya boleh dapatkannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s