Kepercayaan Jangkaan Keupayaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab / Self-efficacy Among Arabic Language Course Students

Artikel ini merupakan artikel ketiga saya di Jurnal Gema Online. Jurnal ini terindeks dalam SCOPUS dan dalam proses penyenaraian di Jurnal ISI Thomson. Saya suka menghantar artikel ke sini kerana maklum balas yang cepat dan tempoh menunggu untuk diterbitkan pun agak cepat. Maklumat lanjut tentang jurnal ini boleh didapati di sini.

Abstrak

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 yang melibatkan seramai 445 orang sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO7 yang melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap komponen ini pula menunjukkan bahawa jangkaan untuk berjaya dalam kursus di UiTM berada pada tahap yang tinggi manakala jangkaan untuk menguasai kemahiran lisan bahasa Arab secara umum berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan agar konsep jangkaan terhadap keupayaan kendiri perlu diterapkan dalam kalangan pelajar bersesuaian dengan pencapaian mereka yang berbeza. Begitu juga, bahan pembelajaran yang autentik perlu digunakan dalam pembelajaran bagi menjadi satu penanda aras kepada matlamat pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab.

Kata kunci: kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri, pembelajaran bahasa Arab, kemahiran lisan bahasa Arab, pembelajaran kendiri, MSLQ

Abstract

The Arabic course at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia is an elective offered to first degree students. The objective of this study was to investigate students’ self-efficacy in learning oral Arabic at UiTM. It was a mixed method of quantitative and qualitative study using a questionnaire adapted from The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) and interviews. Quantitative data were analysed using SPSS 17, involving 445 samples which were chosen by using the stratified random sampling technique. Qualitative data were analysed using NVIVO7 engaging 13 interviews with students. The study found that the level of self-efficacy among overall students was high. Further investigation found that self-efficacy towards success in the oral Arabic course in UiTM was high while self-efficacy towards mastering oral Arabic in general was moderate. This study suggests that the concept of self-efficacy should be implemented and nurtured among students and it should be in line with their different abilities in oral Arabic. On the other hand, authentic learning materials should also be used in learning in order to become an ultimate benchmark in learning oral Arabic.

Keywords: self-efficacy, Arabic language learning, oral Arabic skills, self-regulated learning, MSLQ

http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2011%20%281%29%202011/pp81_96.pdf

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah, & Ahmed Thalal Hassan (2011). Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online Journal of Language Studies, 11(1), 81-96.

This entry was posted in artikel jurnal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s