Kamus Akhbar Bahasa Arab


Prakata

Terlebih dahulu kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana akhirnya Kamus Akhbar Bahasa Arab ini dapat diterbitkan. Kamus ini merupakan usaha awal kami menghimpunkan frasa-frasa kontemporari yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sukan dan sebagainya sebagai satu rujukan penting kepada para pelajar bahasa Arab. Sumber bahan diambil daripada pelbagai akhbar bahasa Arab dari pelbagai negara seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi.

Objektif kamus ini adalah untuk menerangkan istilah-istilah semasa yang digunakan dalam sesuatu topik serta memberikan contoh penggunaan sebenar dalam ayat sepertimana yang digunakan dalam akhbar-akhbar tersebut. Terjemahan contoh ayat bahasa Arab dalam bahasa Melayu juga disertakan dengan tujuan memudahkan pelajar memahami penggunaan istilah tersebut dalam kedua-dua bahasa.

Kamus ini penting kepada pelajar bahasa Arab dalam mencari istilah yang sesuai dengan penggunaan semasa dan yang lebih penting ialah cara membina ayat mengikut lenggok bahasa kewartawanan dan pelaporan akhbar bahasa Arab semasa. Ia juga penting kepada pelajar penterjemahan Arab Melayu khususnya, dari aspek melihat contoh penterjemahan yang berkaitan dengan genre pelaporan semasa.

Kamus ini disusun mengikut susunan huruf abjad Arab bermula dengan huruf hamzah sehinggalah huruf ya’. Perkataan dan ayat dibariskan bagi memudahkan pembacaan. Bagi memudahkan pencarian perkataan mengikut bahasa Melayu, satu indeks disediakan di bahagian belakang kamus.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Penerbitan Universiti (UPENA) yang sudi menerbitkan kamus ini. Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada Akademi Pengajian Bahasa yang menyediakan kemudahan-kemudahan yang membantu dalam usaha ini.

Akhir sekali, kami memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penulisan ini. Segala kesempurnaan itu adalah milik Allah yang Abadi.

Ghazali Yusri Abd Rahman
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
gy_ar@yahoo.com

Azman Che Mat
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Terengganu
azmanchemat@yahoo.com

This entry was posted in Buku. Bookmark the permalink.

4 Responses to Kamus Akhbar Bahasa Arab

  1. nurbalkis says:

    salam berapa harga kamus ni??

    • gyar says:

      w’salam.. aduh.. sukar nak menjawab soalan ini.. nanti saya tanyakan pada penerbit UPENA ttg harganya… maaf ye Balkis… nanti akan saya updatekan maklumat ini..

    • gyar says:

      alhamdulillah, baru kembali dari pejabat penerbit. Buku ini berharga RM35 (RM28 harga buku + RM7 penghantaran melalui pos). Jika berminat boleh emelkan kepada saya di gy_ar@yahoo.com nanti saya akan nyatakan langkah selanjutnya…

  2. mariyam says:

    saya pun berminat jgk…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s